Dim Sum Dan 60 Hidangan Masakan Cina Halal Di The Federal Kuala Lumpur


I am what I am…….

Lagi sekali Mamable ke The Federal Kuala Lumpur untuk review tapi kali ini ke salah satu outletnya iaitu Mandarin Palace Restaurant. Mamable bersarapan dengan hidangan dari Kantonis, Hunan dan Szechuan tau. Gabungan sajian autentik masakan kaum Cina dengan suasana seperti di dalam istana membuatkan Mamable tak sabar nak cuba semua hidangannya.

Image may contain: indoor

Dim Sum merupakan hidangan klasik bagi kaum Cina di mana ia dikukus dalam bekas buluh dan bentuknya yang kecil membuatkan Mamable menikmatinya dengan hanya sekali gigitan. Dim Sum bukan saja dikukus malah ia juga digoreng dan dipanggang hingga berwarna kekuningan.

Disajikan dalam bekas buluh dan dihidangkan bersama seteko teh membuatkan Mamable menikmatinya bersama orang tersayang atau rakan sekerja dalam satu meja makan yang besar.

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: people sitting and food

Image may contain: food

Terdapat banyak pilihan Dim Sum yang disajikan di Mandarin Palace Restaurant iaitu :

  • Shrimps Dumpling (Har Kao)
  • Siew Mai Dumpling
  • Teochew Dumpling
  • Shark’s Fin Dumpling
  • Mushroom Dumpling
  • Crab Claw Dumpling
  • Sweet & Sour Dumpling
  • Curry Dumpling
  • Black Pepper Dumpling
  • Thai Style Dumpling
  • Otak-Otak Dumpling
  • Seaweed Dumpling
  • Crystal Dumpling
  • Scallop Dumpling
  • Fried Fish Ball
  • Steam Fish Ball
  • Chicken Feets
  • Steamed Chicken
  • Glutinous Rice
  • Fried Wanton
  • Fried Cheese Ball
  • Sesame Ball
  • Chinese Pancake
  • Fried Beancurd Skin
  • Fried Radish Cake
  • Pan-Fried Dumpling
  • Fried Yam Cake
  • Stir-fried Radish Cake
  • Chee Cheong Fun
  • Porridge with Oat
  • Egg Tart

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food and indoor

Selain Dim Sum, terdapat juga hidangan lain di mana para pengunjung mempunyai pilihan mengikut citarasa masing-masing.

 

Setelah puas makan itu dan ini, Mamable menjengah ke dessert pula. Terdapat 2 pilihan di situ seperti buah-buahan dan kek.

5 Hidangan Yang Amat Mamable Suka

Image may contain: food
Kesemua Dim Sum Mamable suka……ini antaranya
Image may contain: dessert and food
Pau Salted Egg. Pau yang lembut dengan lelehan telur asin ketika Mamable nak mengunyahnya
Image may contain: food
Bubur nasi yang ringkas tetapi rasanya amat sedap. Mamable gabungkan dengan cebisan telur asin, bawang goreng dan daun bawang. Terbaik wehhhhh
Image may contain: food
Roasted Duck & Roasted Chicken. Isinya yang lembut seperti cair dalam mulut. Untuk Roasted Duck pula ia seperti dipanggang dengan baik sekali dan baunya wangi, nasib baik tiada bau hanyir.
Image may contain: food
Chee Cheong Fun…..dah lama Mamable mencari menu ni. Banyak didapati di restoran-restoran Cina yang tidak halal. Tak sangka sajian ini ada di Mandarin Palace. Puashati dapat habiskan 1 pinggan ini. Suka rasa udang kering dan sambalnya

Apabila melihat suasana dekorasi dan susun atur perabot membuatkan Mamable seperti berada di  Istana Forbidden City pada zaman Dinasti Ming. Feng Shui amat sinonim dengan masyarakat Cina seperti karakter naga, burung phoenix, bunga lotus  yang terdapat disetiap penjuru dinding melambangkan tuah, kesejahteraan, kemakmuran dan kekayaan.

Melangkah masuk ke restoran ini akan membuatkan para pengunjungnya mengimbau kembali sejarah tamadun dan kebudayaan kaum Cina. Di sini Mamable nak cerita sikit mengenai restoran ini. Sebenarnya restoran ini dibuka secara rasminya pada 28 Ogos 1957 bersempena kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Satu-satunya restoran Cina yang dikunjungi tetamu VIP dan Diplomat yang ingin menyaksikan Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957.

Restoran Mandarin Palace ini juga menjadi pilihan Lewis Gilbert produksi luar negeri untuk lokasi bagi penggambaran filem The Seventh Dawn pada tahun 1964.

Image may contain: people sitting, table and indoor

Image may contain: people sitting, table and indoor

Image may contain: table and indoor

Image may contain: indoor

Bagi mereka yang menggemari sajian klasik kaum Cina, boleh mengunjungi Restoran Mandarin Palace yang terketak di aras 2 Hotel Federal Kuala Lumpur dengan harga RM48.00 seorang setiap kali hari Sabtu dan Ahad saja. Bermula pada pukul 10:30 pagi hingga 2:30 petang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s