Kelebihan Menaiki Tangga Dalam Acara KL Tower International Towerthon Challenge 2018


I am what I am……

Bagaimana kalau Mamable katakan dengan menaiki tangga dan bukan menggunakan lif, kita dapat membakar kalori, otot menjadi kuat dan daya tahan. Tak rugi menjadikan aktiviti ‘panjat tangga’ sebagai rutin harian. Di sini Mamable kongsikan kelebihan menaiki tangga. Antaranya ialah :

Mempercepatkan penurunan berat badan

Apabila naik tangga, lebih berat anda……lebih banyak kalori yang akan bakar. Menaiki tangga memerlukan 8 hingga 9 kali tenaga berbanding duduk dan 7 kali ganda berbanding menggunakan lif. Seseorang yang beratnya 160LB dapat membakar 26 kalori dengan menaiki tangga selama 3 minit. Wow! Kalau Mamable naik tangga 4 kali sehari, sebanyak 116 kalori terbakar….boleh kurus macam ni kan….

Mengurangkan risiko sakit jantung, strok, kanser, obesiti dan diabetes

Menaiki tangga adalah salah satu aktiviti sukan aerobik dimana jantung akan mengepam laju dan sistem dalam badan berfungsi dengan baik. Ia juga membantu menstabilkan paras kolesterol dalam darah dan mengurangkan risiko mendapat penyakit tekanan darah tinggi.

Sistem gluteal muscles, hamstrings, quadriceps dan calves’ yang lebih kuat

Mula dengan menaiki 1 hingga 2 anak tangga setiap hari dalam keadaan santai. Berjalan naik tangga boleh membina kekuatan ‘gluteal muscles, hamstrings, quadriceps dan calves’. Kaki kita juga akan menjadi kuat kerana menaiki tangga ada melibatkan bahagian otot terutama dibahagian betis dan juga peha.

Aktiviti menaiki tangga boleh juga dianggap sebagai aktiviti riadah kerana ia adalah sesuatu yang baik untuk kesihatan dan juga menyihatkan tubuh badan. Aktiviti senaman tidak dianggap pilihan bermusim sebaliknya pelbagai teknik diketengahkan mengikut kesesuaian berdasarkan kreativiti dan tempat. Oleh itu Menara Kuala Lumpur bakal menganjurkan acara sukan ekstrem ‘KL Tower International Towerthon Challenge’ pada 19 Ogos 2018. Program seumpama ini merupakan satu bentuk riadah yang dapat membentuk masyarakat supaya mengamalkan gaya hidup sihat.

‘KL Tower International Towerthon Challenge’ merupakan edisi ke-18 yang bertemakan ‘Road to Glory’ membawa maksud bahawa setiap peserta yang berjaya menamatkan larian pada acara kali ini merupakan peserta yang hebat kerana acara ini amat mencabar. Acara berprestij ini telah menjadi acara sukan lasak utama Menara Kuala Lumpur dan ia bertepatan dengan aspirasi dalam mempromosikan Menara Kuala Lumpur sebagai destinasi lawatan wajib bagi aktiviti kebudayaan, aktiviti lasak dan aktiviti alam semulajadi.

Mamable percaya bahawa Menara Kuala Lumpur adalah salah sebuah lokasi yang paling popular di kalangan pelancong luar. Pada tahun ini penyertaan adalah terhad kepada 3,000 peserta dan ia terbuka kepada warganegara Malaysia dan peserta luar negara. Oleh itu, melalui acara ini dapat memberi peluang kepada penduduk setempat untuk bersama menaiki menara ini. Sedikit sebanyak dapat membina hubungan dua hala antara masyarakat di negara ini dengan peserta dari luar negara dan juga menjadi satu platform untuk berkenalan antara satu sama lain.

Image may contain: Wendy Pua, Rosmawati Aboo Hassan and Dboy Ahmad, people smiling, people standing

Enam kategori yang akan dipertandingkan adalah :

  • Lelaki Terbuka (18 hingga 39 tahun)
  • Lelaki Veteran (40 tahun ke atas)
  • Wanita Terbuka (18 hingga 39 tahun)
  • Wanita Veteran (40 tahun ke atas)
  • Lelaki Junior (13 hingga 17 tahun)
  • Perempuan Junior (13 hingga 17 tahun)

Yuran penyertaan bagi peserta dewasa ialah RM85.00, pelajar sekolah ialah RM47.00 dan peserta dari luar negara ialah RM123.00. Pelbagai hadiah lumayan dan menarik boleh dimenangi para peserta, di mana jumlah hadiah secara keseluruhan bernilai RM42,000.00. Selain itu, para peserta juga boleh membawa pulang barangan percuma seperti beras basmathi oleh Jasmine, minuman kesihatan Yakult, 100 Plus, 3Horses, MOMA dan makanan kesihatan Nature Valley. Bagi para peserta dari luar Lembah Klang boleh menginap di Hotel OASIA yang terletak bersebelahan Menara Kuala Lumpur pada kadar harga yang amat istimewa.

No automatic alt text available.

Persembahan buskers dan jualan sarapan pagi istimewa akan diadakan. Manakala Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengadakan aktiviti khas seperti ‘Flying Fox’, persembahan bina badan, pameran keselamatan dan banyak lagi pada 19 Ogos 2018 ini.

Acara ‘KL Tower International Towerthon Challenge’ masih membuka penyertaan dengan mendaftar melalui http://www.adrenalinaddict.asia/klt2018

Image may contain: text

Image may contain: 2 people, text

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s