3 Muzium Yang Patut Anda Lawati Di Negeri Sembilan


I am what I am……….

Sampai Kuala Lumpur pada pukul 2.00 pagi dari Muar, Johor terus packing baju untuk ke Negeri Sembilan dan Melaka. Wah!!!! Mamable dapat tidur 2 jam ajer tetapi rasa tak sabar pun ada sebab ini merupakan trip pertama Mamable bersama Tourism Malaysia.

Trip ke Negeri Sembilan dan Melaka ini merupakan anjuran Tourism Malaysia dengan sokongan dan kerjasama dari Jabatan Muzium Malaysia. Objektif dan konsep program ini adalah untuk menarik minat para pelancong dari dalam dan luar negeri, malah  juga mereka dari golongan murid-murid sekolah untuk melawat muzium.

Apabila kita sebut atau dengar pasal trip ke muzium pasti kita menganggapnya seperti trip budak sekolah…..lawatan sambil belajar ke muzium. Sebenarnya ia bukan seperti yang disangkakan. Inilah yang dikatakan ‘tak kenal maka tak cinta’, Mamable bersama rakan media yang berlainan latarbelakang dan platform bersama-sama Tourism Malaysia menjelajah dan mengenali muzium dengan lebih dekat. Program ini bukan sekadar lawatan sahaja, Tourism Malaysia bersama-sama Jabatan Muzium Malaysia telah menyediakan aktiviti ‘Media Challenge 2.0’, di mana pihak Jabatan Muzium Malaysia telah menyediakan soalan dan aktiviti sepanjang trip 3H2M ini.

Terdapat 24 orang media dan ia dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan ada 4 orang ahli. Setiap kumpulan akan tentukan nama kumpulan masing-masing.

  • Kumpulan pertama : Hafiz Team
  • Kumpulan kedua : Team Cool
  • Kumpulan ketiga : Merecik Hawau
  • Kumpulan keempat : Soko
  • Kumpulan kelima : Fantastic 4
  • Kumpulan keenam : Wira

Mamable merupakan ahli kumpulan Soko dan ditemani lagi 3 orang ahli iaitu Nina (Libur, Karangkraf), Farah Nadia (traveller) dan DBoy Ahmad (blogger & social media). Kumpulan Soko ni happening dan kami teamwork. Korang mesti excited nak tau kan apa aktiviti dalam ‘Media Challenge 2.0’ ni………jom bersama-sama merasai pengalaman Mamable dan rakan media yang lain.

Image may contain: 4 people, including Dboy Ahmad and Rosmawati Aboo Hassan, people smiling, people standing
Gambar oleh : DBoy Ahmad : http://www.dboystudio.com

Lokasi Pertama : Muzium Adat, Jelebu, Negeri Sembilan

Negeri Sembilan ini sememangnya banyak cerita dari segi adat. Sehubungan dengan itu, diwujudkan Muzium Adat yang merupakan muzium pertama di negara kita bagi menghimpunkan adat dari pelbagai etnik di Malaysia. Muzium Adat di bawah Jabatan Muzium Malaysia ini terletak di Kuala Klawang, Jelebu dan merupakan tempat menarik di Jelebu, Negeri Sebilan.

Awesome!!! Mamable menerokai adat-adat Malaysia di muzium ini. Ia meliputi sejarah awal tercetusnya adat terbesar di Alam Melayu iaitu Adat Perpatih dan Temenggung. Mamable berpeluang mendalami keunikan adat orang Negeri Sembilan menerusi galeri Adat Perpatih. Adat Perpatih atau undang-undang berkaitan perkahwinan adalah unik di Negeri Sembilan di mana kaum hawa boleh membuat keputusan berhubung pewarisan ke atas harta benda dan hal-hal berhubung kekeluargaan.

Di muzium ini juga memperlihatkan keutuhan dari Adat Perpatih dari sudut struktur sosial seperti Datuk Lembaga Berlapan dan peranan Ibo Soko.

Part yang paling best ialah aktiviti ‘Media Challenge 2.0’. Setiap soalan yang diterima adalah disediakan oleh Jabatan Muzium Malaysia. Dalam cabaran ini, Mamable dan ahli team yang lain perlu mencari jawapan untuk soalan yang berkaitan dengan adat perpatih dan adat temenggung. Jawapannya pula ada di dalam Muzium Adat itu sendiri.

Image may contain: one or more people, people standing and indoor
Gambar oleh : DBoy Ahmad : http://www.dboystudio.com. Situasi ketika mencari jawapan.
Image may contain: 4 people, including Rosmawati Aboo Hassan and Dboy Ahmad, people smiling
Team Soko – dari kiri : Farah, Nina, DBoy dan Mamable. Untuk melengkapi task, kami diwajibkan mencari signage Tourism Malaysia, Jabatan Muzium Malaysia dan hashtag yang telah disorokkan dan berwefie dengan signage tersebut.

Image may contain: 16 people, people smiling, people standing

Sesungguhnya, banyak yang dapat dipelajari dan diketahui di Muzium Adat ini. Bukan sahaja adat orang Melayu, tetapi bangsa yang lain juga seperti Cina, India, Kadazan, Dusun dan lain-lain lagi. Bagi yang ingin mencari kisah adat perpatih dan Negeri Sembilan Darul Khusus, disarankan untuk ke Muzium Adat ini.

Info Muzium Adat, Jelebu, Negeri Sembilan

Muzium ini dibuka pada setiap hari dari pukul 9.00 pagi – 5.00 petang dan masuk adalah PERCUMA.

Alamat : Jalan Dato’ Umbi, Kampung Jelebu Tengah, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

Laman web : http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-adat

Lokasi Kedua : Muzium Negeri Sembilan @Teratak Perpatih

Tak sangka di Seremban juga ada muzium.  Muzium ini memiliki reka bentuk tradisional Minangkabau yang pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melalui kawasan ini. Termasuklah Mamable sendiri hehehehe…….terdapat beberapa bahagian berbeza dan salah satunya adalah bahagian Istana Ampang Tinggi yang telah berusia lebih daripada sedekad.

Bahagian lain yang terletak di Muzium Negeri ini adalah Teratak Perpatih yang mempamerkan banyak artifak dan info sejarah. Ketika berada di sini, Mamable diberi informasi berkaitan senibina bangunan serta budaya masyarakat Negeri Sembilan pada masa silam. Satu lawatan yang sangat informatif untuk anda sekeluarga.

Muzium Negeri
Image may contain: 1 person, smiling
Mamable dihadapan Teratak Perpatih

Dalam program ada menyebut makan tengahari di Muzium Negeri tapi tak sangka pula ia berkonsepkan makan berselo dalam Adat Perpatih yang berasaskan Makan Beradat. Makan Berselo ini dihoskan oleh Muzium Negeri Sembilan dan penerangan mengenai makan berselo juga diberikan. Berselo dalam loghat orang nogori bermaksud bersila. Makan Berselo ini dilaksanakan di dalam rumah adat yang mana makanan akan dihidangkan di dalam dulang. Setiap hidangan mengandungi 4 jenis lauk dan semangkuk air basuh tangan. Lauk pauk yang dihidang merupakan makanan tradisional Negeri Sembilan. Keistimewaan Makan Berselo meraikan dan menghormati tetamu dengan layanan yang sams adil dan selesa. Majlis ini turut mewujudkan suasana mesra dan harmoni.

Makan berselo ini juga ada dimasukkan dalam pakej melawat Muzium Negeri tau, jadi jangan risau yerrrr.

Image may contain: food

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor

Image may contain: 4 people, including Wendy Pua and Rosmawati Aboo Hassan, people smiling, people sitting

Info Muzium Negeri Sembilan @Teratak Perpatih

Alamat : Lembaga Muzium Negeri, Negeri Sembilan, 70200, Seremban – Bukit Nenas Highway, 70200 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi : Selasa, Rabu, Sabtu & Ahad (10.00am – 6.00pm) | Khamis (8.15am – 1.00pm) | Jumaat (10.00am – 12.15pm & 2.45pm – 6.00pm)

Bayaran Masuk : Percuma

Lokasi Ketiga : Muzium Lukut, Negeri Sembilan

Kini Mamable ke Lukut pula. Bukan melukut di tepi gantang yer. Apa ada di Lukut ? Meh sini Mamable nak cerita sikit mengenai Lukut. Lukut merupakan sebuah bandar kecil yang berada dalam daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Disebalik bandar kecil ini terdapat sebuah kota lama yang merupakan kubu pertahanan serta gudang simpanan bijih timah terpenting suatu ketika dahulu. Kini kota lama ini telah dijadikan sebahagian daripada kompleks muzium lukut yang kini dikenali sebagai Kota & Muzium Lukut.

Pada awal abad ke-19, Lukut adalah merupakan sebuah wilayah yang berasingan dari Selangor selain Kelang, Bernam dan beberapa tempat lain. Lukut pada asalnya didiami oleh Orang Laut yang menjalani kehidupan sebagai nelayan dan petani yang bercucuk tanam. Setakat ini tidak diketahui nama Lukut itu diperoleh dari mana tetapi menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Lukut membawa maksud sejenis tumbuhan atau pohon renek.

Nak cerita memang panjang lebar, apa kata korang baca di  https://www.orangnogori.com/sejarah-disebalik-kota-lukut.html © orangnogori.com. Lengkap dengan sejarah permulaan Kota Lukut.

Di sini, untuk task ‘Media Challenge 2.0’ Mamable dan rakan media diberi ujian menghidu bau di mana kami diberi 4 buah tin dan di dalamnya terdapat rempah ratus dan kami perlu menghidu dan meneka nama rempah tersebut. Dan kami juga diberi 1 bekas berisi kacang hijau dan kami perlu meneka beratnya. Team yang memberikan jawapan yang betul akan diberi task untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan Kota & Muzium Lukut. Korang rasa macam mana……apalagi 6 team ni pun mencubalah nasib masing-masing.

Image may contain: 6 people, including Rosmawati Aboo Hassan, people standing and outdoor

Image may contain: 6 people, including Hakmal Videographer and Rosmawati Aboo Hassan, people sitting and outdoor

Image may contain: 4 people, including Dboy Ahmad and Rosmawati Aboo Hassan, people smiling, hat, outdoor and text

Image may contain: 4 people, including Dboy Ahmad and Rosmawati Aboo Hassan, people smiling

Image may contain: outdoor

Image may contain: outdoor

Image may contain: 12 people, including Rosmawati Aboo Hassan and Rosmaria Bakhari, people smiling, people standing and outdoor

Info Kota & Muzium Lukut

Alamat : Lot 730, Jalan Besar, Taman Pd Jaya, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Laman web : http://www.jmm.gov.my/en/museum/lukut-museum

Muzium ini dibuka pada setiap hari dari pukul 9.00 pagi – 6.00 petang dan masuk adalah PERCUMA.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s