Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 Di Melaka


I am what I am…….

Dengan berpakaian batik, Mamable menghadiri Majlis Perasmian Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan kali ke XXII 2018 di Perkarangan Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka pada 23hb Ogos 2018 yang lepas.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Beliau bersama-sama tetamu terhormat turut melawat booth-booth pameran dari jabatan-jabatan Muzium Negeri dan Agensi-agensi Kerajaan yang terlibat.

No automatic alt text available.

Image may contain: 5 people, people standing and night

Image may contain: 13 people, people smiling

Antara Booth yang Mamable lawat di Hari Muzium Antarabangsa 2018.

Image may contain: 6 people, including Rosmawati Aboo Hassan and Wendy Pua, people smiling
Mamable dan Wendy Pua di booth Bank Negara. Kami berootd berlatarbelakangkan duit bertaburan.
Image may contain: one or more people and people sitting
Mamable cuba mencetak duit di booth Bank Negara
Image may contain: 1 person, sitting
Mamable melihat keris berdiri sendiri. Ini bukan silap mata okey
Image may contain: 7 people, people standing
Permainan gasing
Image may contain: 6 people, including Rosmawati Aboo Hassan, people smiling, people standing
Mamable bersama suku kaum Sarawak

Kalau nak tau, Hari Muzium Antarabangsa yang diraikan oleh muzium-muzium seluruh dunia pada 18 Mei setiap tahun adalah hasil resolusi Persidangan Majlis Muzium Antarabangsa ke-12 pada tahun 1977. Dan ia juga merupakan hari terbesar yang membawa pengertian bermakna kepada dunia muzium sejagat.

Pada tahun ini, Melaka telah terpilih sebagai tuan rumah untuk sambutan Hari Muzium Antarabangsa yang ke-22 dan Jawatankuasa Penasihat Majlis muzium Antarabangsa (ICOM Advisory Committee) telah menetapkan tema perayaan Hari Muzium Antarabangsa ialah Hyperconnected Museums : New Approached, New Publics.

Tujuan Hari Muzium Antarabangsa diadakan adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya peranan muzium di dalam kehidupan dan pembangunan sosio-budaya bangsa. Malah ia dapat menarik minat masyarakat untuk bersama-sama melindungi warisan pelbagai budaya yang menjadi identiti sebuah negara.

Mamable rasa berbangga menjadi salah seorang tetamu untuk majlis perasmian Hari Muzium Antarabangsa ini. Terima kasih Tourism Malaysia dan Jabatan Muzium Malaysia kerana memberi peluang pada Mamable untuk merasai sendiri betapa pentingnya sejarah dalam hidup seharian kita.

No automatic alt text available.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s