Asam Pedas Paling Sedap Patut Terjah Di Melaka – Restoran Lot Lapan Lima


I am what I am……..

Orang kata, tidak lengkap percutian di Melaka jika tidak makan Asam Pedas di sini. Asam Pedas bukanlah masakan asing di Malaysia. Hanya cili dan air asam merupakan bahan utama. Namun, lain tempat lainlah caranya walaupun asasnya serupa. Pengalaman berkunjung ke Melaka pasti tidak lengkap tanpa mencuba Asam Pedas dari air tangan orang Melaka.

Oleh itu, Mamable kongsi lokasi penting Asam Pedas di Melaka untuk mengisi perut yang lapar ini setelah berhempas pulas  dalam aktiviti ‘Media Challenge 2.0’ tadi.

Image may contain: outdoor

Image may contain: 9 people, including Wendy Pua, Rosmawati Aboo Hassan and Dboy Ahmad, people smiling, people sitting, people eating, table and food
Gambar oleh DBoy Ahmad : http://www.dboystudio.com

Lokasi yang Mamable maksudkan ialah Restoran Lot Lapan Lima. Restoran ini menyediakan masakan asam pedas yang cukup enak dan asli. Antara menu lain yang popular di restoran ini ialah kari kepala ikannya. Restoran Lot Lapan Lima menyajikan Asam Pedas Ikan Jenahak, Ayam Goreng Berempah, Sambal Sotong serta ulam-ulaman bersama sambal belacan untuk makan tengahari Mamable dan rakan media. Ini membuatkan restoran ini sesuai dijadikan persingahan untuk menikmati makanan tengah hari sebelum anda meneruskan perjalanan percutian anda di Melaka.

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Sedapnya lahai hirup asam pedas Melaka dan marvellous!! Bagi sesiapa berminat nak makan tengahari masa bercuti di Melaka, Mamable sangat-sangat recomended restoran ini tau!!!

Restoran Lot Lapan Lima ini terletak di Jalan Durian Daun, Melaka. Hubungi 06-2922045 / 010-2090104 / 016-6293304 dan ia beroperasi pada hari Isnin hingga Sabtu pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja.

Terima kasih Tourism Malaysia kerana memberi peluang Mamable menyertai program ‘Media Challenge 2.0’ ini, kalau tidak Mamable tak merasalah asam pedas tersedap di Melaka.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s