Muzium Yang Anda Wajib Lawati Di Melaka


I am what I am………….

Mewarisi kegemilangan masa lampau, Melaka kini merupakan pusat tarikan bagi tempat-tempat bersejarah di Malaysia. Dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah Malaysia, Melaka mempunyai pelbagai lagenda, monumen-monumen dan artifak-artifak yang berusia lebih 500 tahun.

Melaka merupakan lokasi percutian yang menarik untuk dikunjungi dan dinikmati. Banyak sekali tarikan utama tempat-tempat bersejarah yang lokasinya berhampiran dan begitu mudah untuk dijejaki. Mamable huraikan Melaka disifatkan sebagai sebuah destinasi percutian lengkap kepada pelancong. Segala-galanya ada di sini – sejarah, warisan, tradisi, gastronomi, hiburan, alam semulajadi dan sebagainya.

Bagi meneruskan kesinambungan Melaka sebagai tumpuan pelancong dari seluruh dunia, Tourism Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia baru-baru ini menganjurkan ‘Media Challenge 2.0’ yang telah disertai oleh para media berlainan latarbelakang dan platform.

Jom follow rapat-rapat Mamable dalam menyorot kembali sejarah lampau yang tidak dapat dipisahkan daripada Melaka.

Lokasi Pertama : Muzium Kesultanan Melayu, Melaka

Disambut dengan gerakan silat bak hulubalang Melaka sambil diiringi dengan paluan gendang dan gong daripada Persatuan Cahaya D’elima oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) membuktikan ilmu mempertahankan diri ini tidak pernah luntur malah ia terus kukuh.

Image may contain: one or more people, sky and outdoor

Sukar untuk generasi masa kini menggambarkan suasana kota Melaka ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka. Namun demikian, atas kesedaran untuk memelihara kesan-kesan sejarah, sebuah replika Istana Kesultanan Melaka telah didirikan. Muzium ini dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan Mansur Shah.

Mamable menerokai ruang-ruang pameran termasuk balairong seri yang menggambarkan zaman pemerintahan Kesultanan Melaka seperti istiadat menghadap Raja dan lain-lain peraturan istana di tempatkan di tingkat satu. Di tingkat dua pula terletaknya pameran tempat peraduan raja dan bilik-biliknya manakala di tingkat tiga menempatkan simpanan segala khazanah. Pameran diorama Balairong Seni, delegasi pedagang-pedagang, diorama pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat serta bilik beradu Sultan. Pelbagai model istana Melayu turut dipersembahkan di samping peragaan koleksi pakaian tradisional, aksesori perhiasan, senjata dan peralatan tembikar.

Image may contain: 1 person, indoor
Gambar oleh DBoy Ahmad : http://www.dboystudio.com – Diorama Balairong Seri

Image may contain: indoor

Sebenarnya kawasan pameran diorama Balairong Seri ini tidak boleh dimasuki dan tidak dibuka kepada para pelawat tetapi pada hari tersebut Mamable dan rakan media yang lain berpeluang untuk memasukinya. Apalagi, Mamable pun berootd disamping patung-patung para pedagang dan pembesar Pahang. Dan part yang paling tak boleh dilupakan ialah bergambar disamping patung Sultan Mansur Shah….tak kisahlah kannnn.

Image may contain: Rosmawati Aboo Hassan, smiling, indoor

Image may contain: 2 people, including Rosmawati Aboo Hassan, people smiling, people sitting

Lawatan ke muzium ini tidak berakhir begitu saja, Puan Ruhaiza Zawawi (Kurator) dan beberapa kakitangan Jabatan Muzium Malaysia telah menyediakan soalan dan aktiviti untuk para media dalam ‘Media Challenge 2.0’ ini. Biasalahkan jawapan untuk setiap soalan yang diberikan ada di dalam muzium ini.

Image may contain: one or more people
Ada 10 soalan yang perlu diselesaikan 
Image may contain: 2 people, people sitting and indoor
Gambar oleh DBoy Ahmad : http://www.dboystudio.com – selepas menjawab semua soalan, kami Team Soko wajib menyertai aktiviti yang telah disediakan oleh Jabatan Muzium Malaysia seperti permainan congkak, chapteh dan melempar tin. Teringat kembali zaman kanak-kanak Mamable
Image may contain: 3 people, including Dboy Ahmad, people smiling, people standing
Gambar oleh DBoy Ahmad : http://www.dboystudio.com – Team Soko bermain chapteh. Di mana setiap kami perlu menimbang chapteh tersebut sebanyak 3 kali seorang 
Related image
Gambar oleh : http://www.fairus,com – permainan melempar tin dengan menggunakan selipar
Image may contain: 4 people, including Dboy Ahmad and Rosmawati Aboo Hassan, people smiling
Task terakhir dan wajib kami kena buat…..bergambar dengan signage yang disediakan dan lokasi yang dipilih oleh Tourism Malaysia – Team Soko

Image may contain: 3 people, outdoor

Dengan menyertai program ‘Media Challenge 2.0’ anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia dan PERZIM bersempena Hari Muzium Antarabangsa 2018 ini dapat memberikan pendedahan dan meningkatkan rasa nasionalisme dan patriotisme sayangkan negara serta pemahaman sejarah dan peninggalannya.

Muzium Istana Kesultanan Melaka ini dibuka setiap hari mulai 9.00 pagi – 5.30 petang. Bayaran masuk adalah RM3.00 untuk dewasa warganegara Malaysia, RM5.00 untuk dewasa warganegara asing dan RM2.00   untuk kanak-kanak warganegara dan juga bukan warganegara.

Alamat : Muzium Istana Kesultanan Melaka, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Kompleks Warisan, Jalan Kota, 75000 Melaka.

Hubungi : 06-282 7464 / 06 282 6526 / 06 281 1289

Lokasi Kedua : Muzium Seni Bina Malaysia, Melaka

Selesai saja task di Muzium Kesultanan Melayu Melaka, Mamable dan rakan media yang lain menjejaki sejarah di Muzium Seni Bina Malaysia pula.

Muzium Seni Bina Malaysia yang diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Selatan adalah satu-satunya muzium yang seumpamanya yang diharap dapat memberikan sedikit gambaran mengenai keunikan, keistimewaan dan ketinggian mutu warisan seni bina yang terdapat di Malaysia kepada masyarakat umum.

Bangunan yang dijadikan muzium ini merupakan sebuah bangunan yang dibina pada pertengahan abad ke-18 oleh pemerintah Belanda bagi menempatkan pegawai-pegawainya. Ia kemudian dijadikan pejabat pentadbiran semasa pentadbiran Inggeris. Sebelum diambil alih oleh Jabatan Muzium Malaysia untuk dijadikan muzium pada tahun 2000, bangunan ini telah digunakan sebagai pejabat pentadbiran Lembaga Air Melaka sejak tahun 1982.

Terdapat 8 galeri utama yang memaparkan seni bina rumah-rumah Melayu Tradisional, Seni Bina Istana, Seni Bina Kolonial, Seni Bina Moden, Seni Bina Rumah Ibadat, Seni Bina Kota-Kota Pertahanan dan Seni Bina Peribumi. Selain daripada itu turut dipamerkan ialah peralatan-peralatan pertukangan tradisi yang digunakan dan juga ukiran-ukiran yang terdapat pada rumah-rumah Melayu.

Image result for muzium seni bina malaysia

Encik Azahar Mat Daud (Pengarah – Muzium Seni Bina Malaysia) telah menyediakan task untuk aktiviti ‘Media Challenge 2.0’. Setiap soalan yang diberikan berkait rapat dengan senibina di Malaysia.

Melalui lawatan yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia dan PERZIM bersempena Hari Muzium Antarabangsa 2018 ini telah membuka mata Mamable dalam memahami susur galur sejarah senibina di Malaysia. Senibina Melayu turut dizahirkan ke atas binaan-binaan lain seperti masjid, istana raja-raja, rumah wakaf dan senibina makam atau pusara. Ciri-ciri senibina tradisional Melayu dapat dilihat pada bangunan-bangunan lama yang masih kekal seperti Istana Kenangan di Perak, Istana Balai Besar di Kelantan, Masjid Tengkera di Melaka dan sebagainya. Senibina Melayu yang indah ini bukan sahaja unik malahan memberi nilai estetika yang begitu tinggi dan seharusnya dipelihara untuk pengekalan identiti bangsa.

Image may contain: 5 people, people smiling, shoes and outdoor

Masuk adalah percuma dan di buka setiap hari dari jam 9 pagi – 5.30 petang

Alamat : Muzium Seni Bina Malaysia, No. 1, Jalan Kota, 75000 Melaka

Hubungi : 06-286 4763 / 06-286 4757

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s