Penginapan Terbaik Untuk Percutian Di Melaka


I am what I am……….

Mengikuti program dan aktiviti ‘Media Challenge 2.0’ anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia bersempena Hari Muzium Antarabangsa 2018 selama 3H2M di Melaka.

Di bawah ini merupakan antara hotel atau penginapan yang menjadi pilihan untuk program ini……….

Treasures Hotel & Suites

Walaupun hotel ini sebaris dengan deretan rumah kedai, namun rekaannya lain dari yang lain. Unik , ekslusif, mewah dan terletak di dalam bandar. Walaupun harga bilik penginapannya sedikit mahal daripada hotel mewah yang lain, namun ia sering mendapat permintaan yang tinggi daripada pengunjung kerana keunikannya.

Rekaan deko dalaman yang menampilkan unsur-unsur vintage  menarik perhatian mereka yang datang ke Melaka semata-mata untuk merasai pengalaman tersebut bersama rakan-rakan.

Setiap sudut hotel ditatarias dengan karakter tersendiri seperti rustic, klasik, vintage, elegan dan mewah. Hiasan dinding dan bingkai cermin menggunakan bahan-bahan seperti kayu, siling bilik yang dibiarkan bersimen dan tidak bercat, perabot-perabot lama yang dicat semula dan lain-lain lagi mengikut kreativiti pemiliknya.

Terdapat 7 jenis bilik di Treasures Hotel & Suite :

  • Superior
  • Deluxe
  • Premier Deluxe
  • Premier Family
  • Grand Family
  • Bintang Suite
  • Treasures Suite
Image may contain: 2 people, including Hakmal Videographer, people smiling, people standing
Di hadapan Treasures Hotel & Suites
Image may contain: 3 people, including Rosmawati Aboo Hassan and Wendy Pua, people smiling, people sitting
Di hotel lobi, Treasures Hotel & Suite

Mamable menginap di bilik Premier Family. Bilik ini boleh menempatkan 4-5 orang dalam satu-satu masa. Luas dan selesa.

This slideshow requires JavaScript.

This slideshow requires JavaScript.

Sebab terbaik untuk menginap di Treasures Hotel & Suite :

  1. Kelajuan internet 100Mbps (fibre optic internet)
  2. Dekat dengan Jonker Street dan Stadthuys, memandu 5-10 minit dan 15 minit berjalan kaki.
  3. Bilik yang besar dan saiz katil mengikut saiz American.
  4. Kolam renang bersaiz hampir Olympic dengan kedalaman 20m.

Info Treasures Hotel & Suite :

Alamat : 108, Jalan Bendahara, 75100 Melaka, Malaysia

Laman web : http://www.treasureshotel.com

Hubungi : 06-775 5151

Facebook : https://www.facebook.com/treasureshotel/

Instagram : https://www.instagram.com/treasureshotel/?hl=en

The Orchard Wellness & Health Resort

Penginapan yang berkonsepkan wellness dan health. Satu-satunya resort di Malaysia yang menawarkan program kesihatan dan percutian dalam satu bumbung. Di sini anda boleh beristirehat sambil mengikuti program yang sesuai seperti fitness and weight management, medical anti-aging and stem-cell, de-stress and discharge holiday dan diabetic management. Jangan risau, rawatan tradisional juga ada disediakan, di mana pengamal perubatan Ayurveda yang didatangkan dari India dan pengamal perubatan tradisional Cina yang turut didatangkan dari negara China sebagai usaha untuk mencapai kesihatan yang seimbang dengan percutian anda!

Terdapat 5 jenis bilik di The Orchard :

  • Luxury Standard Room
  • Luxury Suite Room
  • Villa in the Garden
  • Luxury Villa with Private Pool
  • Honeymoon Island

This slideshow requires JavaScript.

This slideshow requires JavaScript.

This slideshow requires JavaScript.

Pelbagai kemudahan yang disediakan seperti kolam renang, thermal pool, himalaya crystal salt room, tea salon, fitness class, perpustakaan, panggung wayang dan ladang buah-buahan. Kebetulan masa Mamable datang memang tengah musim durian…..apalagi kenduri durianlah.

This slideshow requires JavaScript.

This slideshow requires JavaScript.

Kini The Orchard Wellness & Health Resort telah dibuka untuk umum dan kanak-kanak dibenarkan berkunjung dan menginap. Percutian kesihatan yang ditawarkan oleh hotel ini bukan sahaja unik, malah ia juga sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah istimewa untuk ibu bapa tersayang. Beri mereka peluang untuk rasa dimanjakan tanpa melupakan aspek kesihatan. Walau bercuti, kesihatan mereka tetap diutamakan!

Penginapan kini bukan sahaja sekadar untuk bermalam, namun menjadi lokasi untuk berkongsi pengalaman di media sosial dengan gaya foto ootd. Ada juga kebanyakan jurufoto menggunakan lokasi hotel-hotel seperti ini sebagai lokasi penggambaran model atau merakam foto perkahwinan. Yang pastinya, suatu pengalaman berbeza dapat dirasai oleh pengunjung yang tidak dapat diperolehi di hotel-hotel biasa yang lain.

Majlis Penutup Program ‘Media Challenge 2.0’

Selama 3H2M bersama Tourism Malaysia dan Jabatan Muzium Malaysia bersama-sama menjayakan sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2018 berakhir di The Orchard Wellness & Health Resort.

This slideshow requires JavaScript.

Info The Orchard Wellness & Health Resort :

Alamat : 63, Jalan Solok Uban, Kampung Brisu, Lubok China, 78100, Melaka

Hubungi : 06-552 8999

Laman Web : http://www.orchardwellness.com

Facebook : https://www.facebook.com/orchardwellness/

Instagram : https://www.instagram.com/orchardwellness/?hl=en

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s