I am what I am……….
Awesome!!! Mamable ke sini dengan mengikuti Program ‘Media Challenge 2.0’ yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Negara bersempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2018.
Encore Melaka membawa Mamable mengembara ke masa lampau negeri Melaka. Dah seperti berada di dalam mesin putaran masa. Sesuatu yang ‘first look’ di Melaka. 100% dipersembahkan oleh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, berlainan latarbelakang dan yang menariknya mereka bukan dari kalangan yang profesional.

Fakta menarik yang anda perlu tahu mengenai Encore Melaka
- Pembinaannya yang berinovatif dan persembahan yang penuh dengan kreativiti merupakan yang pertama di Asia Tenggara.
- Merupakan teater terbesar di Asia Tenggara di mana mampu memuatkan 2000 penonton pada satu masa yang sama.
- Bahagian luar bangunan daripada jubin porselin dan diletakkan dengan ribuan lampu LED.
- Bangunan yang diterangi warna putih dan biru memberi maksud kepada kesucian dan keabadian.
- Sebuah produksi teater yang bertaraf dunia dan terulung, merupakan sebahagian daripada Impression and Encore Series yang ikonik dari China.
- Melaka dipilih sendiri oleh Direktor Wang Chaoge sebagai pentas persembahan pertama yang dipentaskan di luar negara China.
- Encore Melaka diinspirasikan daripada identiti masyarakat Melaka yang berbilang bangsa dan hidup harmoni, merupakan karya Direktor Wang Chaoge apabila beliau melalui Jalan Harmoni, Melaka di mana masjid, gereja, tokong dan kuil berada di satu jalan yang sama.
- Encore Melaka menambat hati penonton dan merangsang semua deria dengan pentasnya yang berputar 360 darjah.
- Pementasan teater berdurasi selama 70 minit menggarap enam kisah hebat dan kaya dengan isi sejarah Melaka sejak awal pembukaan dari Parameswara sehinggalah kisah iringan penduduk Melaka yang kini bersatu padu.
- Penceritaan semua keunikan dan daya tarikan negeri Melaka dalam pementasan Encore Melaka dalam 3 bahasa sekaligus iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.
- Gabungan tarian tradisional dan kontemporari yang dipersembahkan oleh 200 orang penari yang terdiri daripada penduduk setempat dan bukannya dari kalangan penari professional.
Info dan tiket Encore Melaka:
Lokasi : No. 1 Jalan KSB, Impression 8, Impression City @ Kota Syahbandar, 75200, Melaka.
Waktu persembahan 1 Ogos dan ke atas :
- Isnin – Sabtu : 5:30 petang dan 8:30 malam
- Ahad : 2:30 petang dan 5:30 malam
Harga tiket : VIP RM 528 (MyKad) / RM 568 (Non-MyKad); Premium RM 228 (MyKad) / RM 248 (Non-MyKad); Standard – RM 128 (MyKad) / RM 148 (Non-MyKad); Wheelchair –RM 98 (MyKad) / RM 98 (Non-MyKad).
Hubungi: https://encore-melaka.com atau 06-270 7777
Great post!
LikeLike
Dah lama tak pergi Melaka, macam2 ada yer
LikeLike