Fakta Menarik Mengapa Anda Perlu Ke Encore Melaka


I am what I am……….

Awesome!!! Mamable ke sini dengan mengikuti Program ‘Media Challenge 2.0’ yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Negara bersempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2018.

Encore Melaka membawa Mamable mengembara ke masa lampau negeri Melaka. Dah seperti berada di dalam mesin putaran masa. Sesuatu yang ‘first look’ di Melaka. 100% dipersembahkan oleh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, berlainan latarbelakang dan yang menariknya mereka bukan dari kalangan yang profesional.

Image may contain: 3 people, including Wendy Pua, people smiling, people standing and outdoor
Gambar diambil oleh Abang Hakmal

Image may contain: 14 people, including Ida Baharum, people smiling, people standing

Fakta menarik yang anda perlu tahu mengenai Encore Melaka

  • Pembinaannya yang berinovatif dan persembahan yang penuh dengan kreativiti merupakan yang pertama di Asia Tenggara.
  • Merupakan teater terbesar di Asia Tenggara di mana mampu memuatkan 2000 penonton pada satu masa yang sama.
  • Bahagian luar bangunan daripada jubin porselin dan diletakkan dengan ribuan lampu LED.
  • Bangunan yang diterangi warna putih dan biru memberi maksud kepada kesucian dan keabadian.
  • Sebuah produksi teater yang bertaraf dunia dan terulung, merupakan sebahagian daripada Impression and Encore Series yang ikonik dari China.
  • Melaka dipilih sendiri oleh Direktor Wang Chaoge sebagai pentas persembahan pertama yang dipentaskan di luar negara China.
  • Encore Melaka diinspirasikan daripada identiti masyarakat Melaka yang berbilang bangsa dan hidup harmoni, merupakan karya Direktor Wang Chaoge apabila beliau melalui Jalan Harmoni, Melaka di mana masjid, gereja, tokong dan kuil berada di satu jalan yang sama.
  • Encore Melaka menambat hati penonton dan merangsang semua deria  dengan pentasnya yang berputar 360 darjah.
  • Pementasan teater  berdurasi selama 70 minit menggarap enam kisah hebat dan kaya dengan isi sejarah Melaka sejak awal pembukaan dari Parameswara sehinggalah kisah iringan penduduk Melaka yang kini bersatu padu.
  • Penceritaan semua keunikan dan daya tarikan negeri Melaka dalam pementasan Encore Melaka dalam 3 bahasa sekaligus iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.
  • Gabungan tarian tradisional dan kontemporari yang dipersembahkan oleh 200 orang penari yang terdiri daripada penduduk setempat dan bukannya dari kalangan penari professional.

This slideshow requires JavaScript.

This slideshow requires JavaScript.

Image result for encore di melaka

Info dan tiket Encore Melaka:

Lokasi : No. 1 Jalan KSB, Impression 8, Impression City @ Kota Syahbandar, 75200, Melaka.

Waktu persembahan 1 Ogos dan ke atas :

  • Isnin – Sabtu : 5:30 petang dan 8:30 malam
  • Ahad : 2:30 petang dan 5:30 malam

Harga tiket : VIP RM 528 (MyKad) / RM 568 (Non-MyKad); Premium RM 228 (MyKad) / RM 248 (Non-MyKad); Standard – RM 128 (MyKad) / RM 148 (Non-MyKad); Wheelchair –RM 98 (MyKad) / RM 98 (Non-MyKad).

Hubungi: https://encore-melaka.com atau 06-270 7777

 

Advertisements

One thought on “Fakta Menarik Mengapa Anda Perlu Ke Encore Melaka

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s