Info Penting Yang Anda Perlu Tahu Untuk Makeup Tak Bercapuk Dan Tahan Lama


I am what I am…….

Siapalah dalam dunia ini tak nak cantik kan? Cantik adalah suatu perkara yang subjektif. Ia bergantung pada mata dan citarasa seseorang mengukur kecantikan pada individu yang dilihat.

Sebagai seorang wanita yang sukakan kecantikan dan suka bersolek, di sini Mamable ingin berkongsi dengan anda satu info penting yang anda perlu tahu, bagaimana caranya untuk mengelakkan makeup tak bercapuk dan tahan lama. Jadi apa yang anda perlu lakukan………

Image result for solekan tahan lama

PEMBERSIH MUKA

Tips makeup tidak bercapuk ialah rutin penjagaan membersihkan wajah. Tanpa membersihkan wajah dengan betul, sel kulit mati yang tertinggal akan menyebabkan solekan nampak kusam dan bercapuk. Nasihat Mamable, pastikan anda tidak tertinggal pembersih wajah, toner dan pelembap untuk penjagaan wajah yang lengkap.

Pemakaian PRIMER

Primer ialah base makeup yang digunakan selepas penyapuan moisturiser sebelum memakai foundation. Biasanya ia diperbuat daripada silikon dan berfungsi sebagai penghadang antara kulit dan foundation. Jadi foundation tidak akan masuk ke liang roma kulit dan yang paling penting ia membuatkan makeup tahan lama. Malah kulit muka akan licin berseri-seri.

FOUNDATION

Dalam solekan, pemilihan foundation amat penting. Jika anda menggunakan foundation yang salah, ia akan menjadikan wajah anda kelihatan terlalu cerah ataupun terlalu gelap. Perbezaan ini akan membezakan warna kulit wajah dan leher anda.

Ketika memilih warna foundation, anda disarankan untuk mencubanya di tempat yang terang dengan menyapukannya di bahagian rahang dan lihat perbezaannya dengan warna kulit. Jika warna senada, maka anda sudah menemui foundation yang sesuai.

Kalau anda nak tahu, foundation dirumus khas dengan formula kawalan bebas minyak dan kelihatan bersinar. Ia menutupi sepenuhnya segala cela dengan formula ringan yang tidak akan bercapuk atau pudar.

CONCEALER

Pakai foundation dulu, barulah pakai concealer. Concealer bertujuan untuk menutup jerawat, lingkaran gelap bawah mata dan kelopak mata, cela dan bermacam-macam lagi.

LOOSE POWDER

Loose powder juga digunakan di bawah mata sebelum memakai pembayang mata agar sisa serbuk pembayang mata yang jatuh tidak mencomotkan solekan.

PEMBAYANG MATA

Kini banyak pembayang mata dihasilkan daripada teknologi terkini bersama bahan-bahan eksklusif untuk memberikan warna pembayang mata lebih tahan lama berbanding yang biasa. Walaupun dengan sapuan yang lembut, ia akan meninggalkan warna yang terang tanpa ada kesan comot.

EYELINER

Eyeliner merupakan kunci utama dalam merias sudut mata. Sebelum melukis eyeliner, pastikan anda bersihkan kawasan kelopak mata dengan setting powder. Bertujuan untuk membersihkannya dari minyak atau kotoran yang melekat, supaya garis eyeliner tidak melekat pada garis kelopak menyebabkan ia kelihatan comot. Ramai yang tidak tahu, concealer juga amat berguna untuk menutup dan membersihkan kesan comot garis yang anda tidak mahu.

MASKARA

Gunakan maskara setelah foundation menyerap secara merata pada wajah. Ini adalah kerana formula yang terkandung pada foundation bersifat cair. Maskara ‘water-resistant’ lebih bagus daripada ‘mascara water-proof’ kerana teksturnya yang kurang keras.

Supaya maskara yang dipakai tidak mudah luntur, pastikan bahagian mata kita tidak terlalu berair atau berminyak. Untuk mencegahnya, kita boleh tabur bedak di sekitar mata sebelum memakai maskara.

Masa paling elok kita memakai maskara ialah ketika kesemua solekan mata  kita selesai diaplikasikan dan kering.

PEMERAH PIPI

Formula pemerah pipi dalam bentuk krim menambah kelembapan diperlukan untuk si kulit kering atau kulit matang, dan membuat kulit anda bersinar dari dalam. Serbuk pemerah pipi akan mempunyai kuasa untuk tahan lebih lama pada pemilik kulit berminyak dan jika anda mempunyai bintik atau kesan jerawat pada wajah, anda boleh memakai pemerah pipi berbentuk serbuk selepas menyapukan concealer. Pemerah pipi berbentuk cecair boleh menghilangkan solekan asas anda jika disapu terlalu kuat. Anda boleh menggunakan pemerah pipi cecair (liquid stain) untuk kesan yang cepat dan warna yang menyerlah.

GINCU BIBIR

Bersihkan bibir yang kering menggunakan berus lembut (bagi yang mempunyai kulit bibir yang merekah). Sapukan lip balm jika bibir anda mudah kering dan biarkan selama beberapa minit.

Tips untuk mereka yang inginkan kesan gincu  yang lebih lama, pilih warna gincu yang gelap atau terang. Letakkan tisu pada bibir dan kemam lembut. Kemudian sapukan gincu kembali pada bibir dengan menggunakan berus bibir. Yang penting elakkan menggunakan lip gloss jika inginkan kesan gincu yang lebih tahan lama pada bibir. Sebab lebih berkilat gincu pada bibir, lebih cepatlah ia tanggal dari bibir.

SETTING SPRAY

Setting spray adalah sejenis semburan yang akan disemburkan pada keseluruhan muka setelah selesai bersolek. Ia kemudian bertindak sebagai lapisan perlindungan optimum untuk mengelak mekap atau solekan itu menjadi cair meskipun terdedah pada faktor sekeliling seperti peluh dan minyak pada muka sepanjang hari.

Highly recommended produk untuk makeup tahan lebih lama adalah :

No automatic alt text available.

This slideshow requires JavaScript.

Ppsstt……Acik diantara 300 ladies yang dipilih oleh Revlon Malaysia untuk Revlon’s Fan Appreciation Party di Sogo, Kuala Lumpur pada 03.08.2018 yang lepas. Berpeluang mempelajari teknik makeup yang betul daripada Normaria Johnston MUA

Revlon telah memperkenalkan rangkaian alat solek PhotoReady yang terdiri daripada refresh mist, color correcting pens, dan bedak asas insta-filter yang mampu menampilkan solekan ringkas untuk hasil gambar yang sempurna.

This slideshow requires JavaScript.

Info Revlon Malaysia :

Laman web : http://www.revlon.com

Facebook : https://www.facebook.com/RevlonMalaysia/

Instagram : https://www.instagram.com/revlonmy/?hl=en

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s