Apakah Impak Industri Pelancongan Negeri Sembilan Kepada Kita Dan Negara?


I am what I am…….

Sapo suko pergi Nogori Sembilan? Angkat tangan……Loghat Nogori Sembilan ni macam torok bunyi eh tapi sobona eh sodap didonga…ehhhhh sorry ye korang, Mamable tak habis excited lagi ni dari mula jalan-jalan sekitar Negeri Sembilan sampailah dah balik ke Kuala Lumpur ni.

Mamable bersama 250 penggiat industri pelancongan yang datang dari Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Negeri Sembilan untuk mengenal pasti produk-produk pelancongan yang baru atau yang sedia ada akan dipromosikan untuk meningkatkan hasil pelancongan.

40506427_2040766469300283_971767613786947584_n

Menurut Encik Uzaidi Udanis (Pengerusi Tourism Productivity Nexus dan juga Presiden Pelancongan Malaysia (MTC) berkata program ini merupakan pemangkin industri pelancongan agar terhasil multiplier effect untuk merancakkan lagi aktiviti-aktiviti pelancongan disetiap destinasi yang dijajahi.

Apakah Kesannya Kepada Negara Dan Rakyat?

  • Industri pelancongan menyumbangkan pendapatan kepada negara. Pihak kerajaan mensasarkan kehadiran pelancong sempena Visit Malaysia Year nanti. Disebabkan melalui kedatangan pelancong asing, sesebuah negara memperoleh kadar pulangan tukaran wang asing dengan mudah dan banyak.
  • Memberi peluang pekerjaan yang lebih luas dalam sektor pelancongan. Ini kerana pelancongan merupakan antara industri yang memerlukan ramai tenaga kerja seperti pekerja hotel, pemandu pelancong,  pekerja kedai cenderamata dan pekerja kedai kraftangan. Mampu mengurangkan kadar pengganguran di negara kita. Pada masa sama , taraf hidup rakyat juga akan meningkat.
  • Industri pelancongan memaparkan ketamadunan atau sejarah sesebuah negara yang memberi seribu satu makna. Warisan kebangsaan merupakan khazanah penting yang telah diwarisi sejak zaman-berzaman seperti tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Oleh itu, pemeliharaan warisan negara membolehkan pelancong mempelajari dan mengenali sejarah asal-usul sesebuah negara dan penduduknya serta melahirkan generasi yang berjiwa patriotik,  cinta akan tanah air .
  • Ia juga menarik pelabur asing. Kegiatan pelancongan yang aktif memudahkan kerajaan menarik lebih ramai pelabur asing untuk menanam modal di negara ini.
  • Merupakan agen perpaduan antarabangsa dimana adanya hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara-negara yang terlibat, sudah tentu negara kita akan mendapat kelebihan daripada pelbagai aspek.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program usahasama di antara Tourism Productivity Nexus dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Antara aktiviti tersebut ialah :

  • Business Matching di antara pembekal produk pelancongan tempatan dan agen pelancongan.
  • Sesi forum dalam membincangkan isu-isu terkini dalam industri pelancongan.
  • Sesi konsultasi berkenaan Productivity Gain Measurement (PGM) dalam bentuk elektronik iaitu ePGM dan juga rangka kerja Business Excellence secara mudah (ezBE) kepada para penggiat industri pelancongan.

Beberapa lokasi pelancongan telah dipilih untuk dilawati dan dipromosikan seperti :

  • Pokok Getah Pertama di Negeri Sembilan yang telah berumur lebih kurang 128 tahun.
  • Galeria DiRaja Negeri Sembilan
  • NS Galeria Chocolate World
  • Muzium-muzium Negeri Sembilan
  • Colours of Negeri Sembilan
  • Pachitan Homestay
  • Lexis Hibiscus Hotel
  • Dickson Dragon Cruise
  • Yacht View
  • PD Dream Upside Down & 3D Pix
  • Herbal Oasis
  • PD Ostrich Farm

This slideshow requires JavaScript.

Yang bestnya, program ini akan diteruskan ke negeri-negeri lain seperti Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Pihak kerajaan terutamanya haruslah sentiasa melipatkan gandakan usaha mempromosikan Malaysia secara kerap  agar negara Malaysia akan lebih dikenali. Selain itu, pelancongan juga mampu menjana ekonomi negara dan hal ini boleh diibaratkan seperti “serampang dua mata”. Oleh itu, kita berharap agar matlamat negara untuk terus jadi destinasi pelancongan antarabangsa akan berterusan kerana pelancongan adalah satu industri yang sangat penting untuk jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang.

 

One thought on “Apakah Impak Industri Pelancongan Negeri Sembilan Kepada Kita Dan Negara?

  1. Negeri mmana.pun dalam malaysia ini ada product pelancongan nya tersendiri.ada kelebihan dan kekurangan nya Banyak negeri telah saya lawati dengan.program MITA..sayang seribu kali sayang ..waktu lawatan dibuat seribu macam janji untok kami dari travel agent ..bila tiba waktu yang diperlukan untok mendapatkan product pelancongan ..seribu macam alasan yang diterima ..maka dengan ini agak susah pihak travel agent untok mempromosi product sesautu negeri..jangan salahkan pihak travel agent tak menjual ..tapi dipihak yang ingin pihak agent menjual product haruslah berkerjasama .buat kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu kami memikul..
    1.product haruslh selarat dengan harga dan aturcara program
    2 Harga hendaklh yg serendahx hingga yang tertinggi
    3 program haruslah tidak terlalu padat dengan waktu
    4 jarak sesatux tempat dengan tempat yang.ingin dilawati tidaklah terlalu mengambil masa
    4 penerangan yang banyak untok didengar sebagai ilmu pengetahuan
    5 makanaan hendaklh diselaraskan dengan dearahx yang dilawati
    6 lebih banyak papan tanda untok sesebuah dearah

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s