Lokasi Pilihan Untuk Dilawati Di Negeri Sembilan


I am what I am…….

Kalau Lemak Masak Cili Api menjadi pilihan anda, tak perlu nak berfikir panjang kalau bercuti ke Negeri Sembilan. Mengapa yer? Sebab anda pasti akan tertarik dengan rekabentuk bangunan yang unik dengan pengaruh Minangkabaunya. Malah lokasinya yang cukup strategik berdekatan dengan Kuala Lumpur dan Selangor.

Tak cukup menarik lagi? Atau masih tak percaya yang Negeri Sembilan ini hebat, awesome dan marvelous setaraf dengan destinasi pelancongan yang lain? Jom baca dulu tempat-tempat yang menjadi pilihan Mamable sepanjang trip bersama MITA (Malaysia Inbound Travel Association) di Negeri Sembilan ini, jangan terkejut tau korang, banyak sebenarnya!

Pokok Getah Pertama Di Negeri Sembilan

Pokok getah yang dibawa oleh British ke Malaya bertujuan untuk mengenal pasti kesesuaian tanaman berkenaan di rantau ini. Disebabkan tumbesarannya yang sempurna, pokok getah di Taman Tasik Seremban telah berjaya meyakinkan pihak British untuk membuka ladang getah pertama Negeri Sembilan iaitu Linsum estet di Rantau.

Kalau nak tahu, pokok getah ini telah berusia lebih kurang 128 tahun dengan ukur lilitan batang pokok berkenaan sepanjang 4.5 meter dan berketinggiaan 25 meter. Ia ditanam di persekitaran kawasan Taman Tasik Seremban iaitu berdekatan dengan Galeri Di Raja Tuanku Jaafar, Seremban. Ia dibuka untuk lawatan untuk pelancong dari dalam dan luar negara.

Image may contain: 1 person, standing, tree, sky, outdoor and nature

Galeria DiRaja Tuanku Ja’afar

1st time dapat masuk ke muzium ini. Serba ringkas mengenai muzium ini, bangunan yang seluas 44 ribu kaki persegi ini siap dibina pada tahun 2013. Bangunan yang berkonsepkan moden kolonial ini memuatkan sembilan buah ruang pameran utama dan satu ruang pameran sementara. Buat julung kalinya koleksi peribadi dan kisah hidup DYMM Almarhum Tuanku Ja’afar dipamerkan dan diabadikan buat rakyat dan para pelancong di sini.

Alamat : Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan

This slideshow requires JavaScript.

NS Galeria Chocolate World

Melangkah masuk aje ke galeri ini, dah terhidu bau coklat. Kepada penggemar coklat tu bolehlah datang ke sini. Terdapat lebih kurang 50 flavours dengan pelbagai jenama coklat keluaran usahawan tempatan yang sedap dan berkualiti tinggi. Para pengunjung akan diberi demonstrasi membuat coklat serta penerangan ringkas khasiat dan kebaikan coklat dari aspek kesihatan oleh Puan Izzah Kassim.

Alamat : NS Galeria Chocolate World, Kompleks Muzium Negeri, Jalan Sungai Ujong, Seremban, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.

This slideshow requires JavaScript.

Colours of Negeri Sembilan

Bagaimana kalau Mamable katakan Colours of Negeri Sembilan adalah persembahan tarian kebudayaan Negeri Sembilan yang terhebat di abad ini!!!! Mana taknya, ia menonjolkan keunikkan Tarian Adat Perpatih, tarian masyarakat Cina, India serta beberapa tarian dari suku kaum Sarawak dan Sabah.

Colours of Negeri Sembilan dipersembahkan pada setiap hari Selasa dan Sabtu pada pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Tempat adalah terhad. Untuk tempahan bolehlah hubungi Encik Saiful di 0197552424 dan Puan Farah di 0129245979.

Alamat : Kompleks Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Negeri Sembilan, Jalan Sungai Ujong, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.

This slideshow requires JavaScript.

Dickson Dragon Cruise

Ingin melihat keindahan matahari terbenam dan keunikkan belayar sepanjang pantai Port Dickson. Dickson Dragon Cruise menyediakan pelbagai aktiviti untuk keluarga, pelajar, pelancong antaranya karaoke, jakuzi ‘salt water’, ‘sound system’ serta bbq. Teruja tak….kalau teruja cepat-cepat hubungi 012-900 8200 sekarang.

Alamat : Kampung Baharu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

This slideshow requires JavaScript.

PD Dream Upside Down & 3D Pix

Apa yang best di sini? Rumah kedai ini nampak normal dari luar tetapi di dalamnya terdapat semua perabot dipasang terbalik. Dari katil di bilik tidur sehinggalah bilik air yang lengkap dengan tandas dan ubat gigi, semuanya dipasang di siling. Kalau tak pandai berposing, jangan risau kerana ada tips cara bergambar.  Dan anda juga jangan risau kalau datang seorang kerana ada staff di sini yang boleh tolong ambil gambar korang.

Alamat : Ground Floor No. 21G, Jalan Remis 2, Medan Remis 71050 Port Dickson

Facebook : https://www.facebook.com/pdupsidedown/

This slideshow requires JavaScript.

PD Ostrich Farm

Pernah naik burung unta di PD Ostrich Farm! Itupun kalau anda bawah 40kglah. Hehe yang ‘sihat walafiat’ tu sorrylah yer. Kalau anak-anak mestilah mereka happy, sebab hanya mereka yang boleh naik burung unta ni. Tak apa, jangan sedih, banyak lagi haiwan yang boleh anda lihat, pegang dan bergambar juga, hebatkan?

Bagi anak-anak kecil yang comel dan mereka yang sukakan binatang, mereka bukan sahaja boleh mendekati dan memberi makan kepada burung-burung unta yang terdapat di sini, sebab ada banyak lagi binatang lain sebenarnya, seperti arnab, keldai dan kambing. Awesome!!! Mamable dapat menikmati sate daging burung unta tau. Dah puas berseronok, jangan lupa beli barangan yang dibuat daripada burung unta di kedai cenderahati yang terdapat di sini.

Alamat: Lot 1419 Jalan Kemang 13 | Batu 9, Jalan Pantai, Port Dickson 73000, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.30am – 6.00pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM20.00 | Kanak-kanak Atas 3 Tahun RM15.00

This slideshow requires JavaScript.

Herbal Oasis

Anda mungkin terlepas pandang satu produk pelancongan menarik yang ada di Negeri Sembilan iaitu Herbal Oasis. Taman ini amat kaya dengan pelbagai spesis tumbuhan herba yang boleh didapati di dalam taman herba ini. Taman ini amat sesuai untuk seisi keluarga dan manfaatnya untuk anak-anak juga boleh kenali herba-herba yang ada di sana yang punyai pelbagai fungsi dan kegunaan seperti untuk perubatan, aromatherapi, dijadikan bahan untuk kosmetik dan ada juga untuk dijadikan ulaman serta rempah ratus.

Mereka juga ada menyediakan bahan-bahan untuk salads. Bahan-bahan tersebut diambil dari taman herba itu sendiri. Kalau korang datang ke PD Ostrich jangan lupa singgah taman herba ini yer….ia terletak betul-betul dalam PD Ostrich.

This slideshow requires JavaScript.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s