Penginapan Dan Homestay Terbaik Di Negeri Sembilan


I am what I am…………

Mesti korang pernah rasa ingin lari dari kesibukan kota? Impikan menghayati ketenangan alam semulajadi serta kehidupan sebuah kampung Melayu tradisional dan desiran air laut menghempas pantai.

Ayuh ikuti penginapan yang terbaik di Negeri Sembilan ini.

Homestay Kampung Pachitan

Homestay Kampung Pachitan yang terletak 19 kilometer dari bandar Port Dickson manakala dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa lebih kurang sejam sahaja. Kampung Pachitan Homestay merupakan homestay yang terletak di Kg. Pachitan 71960 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia yang komposisi majoriti penduduknya adalah terdiri daripada orang-orang Jawa. Maka bahasa sehari-hari mereka juga menggunakan Bahasa Jawa.

‘Ojo Lali Pachitan Jenengnge’ atau ‘Pelik Tapi Menarik’ menjadi tema kepada program Inap Desa Kampung Pachitan. Selain terkenal dengan nasi ambang yang dihidangkan dalam dulang besar untuk dinikmati beramai-ramai, pelancong turut dibawa menjelajah dan merasai keseronokan kehidupan masyarakat Jawa di kampung ini. Ia akan memberikan anda satu pengalaman yang unik dan lain dari pengalaman inap desa anda sebelum ini.

Ia menerima anugerah Homestay Terbaik Malaysia 2014/2015 dalam Anugerah Pelancongan Malaysia yang ke-19.

This slideshow requires JavaScript.

Hotel Lexis Hibiscus

Bagi mereka yang inginkan suasana yang santai, mewah dan unik, Hotel Lexis Hibiscus di Pasir Panjang dekat Port Dickson menjanjikan pengalaman berbeza buat seisi keluarga.

Resort atas air dengan bentuk bunga raya itu memiliki 639 unit keseluruhan dengan tujuh jenis bilik iaitu Executive Pool Villa (108), Premium Pool Villa (292), Sky Pool Villa (114), Panorama Pool Villa (114), Royal Suite (3), Imperial Suite (6) dan Presidential Suite (2). Kesemua unit berkenaan dilengkapi dengan kolam renang peribadi serta bilik sauna.

Konsep yang diketengahkan oleh Lexis Hibiscus adalah mewah dengan pemandangan laut, selain ruang privasi sempurna untuk istirehat. Lebih menarik, kesemua unit di Lexis Hibiscus ini dilengkapi dengan dua katil bersaiz ‘king’ bagi membolehkan sekurang-kurangnya ibu bapa beserta dua anak menikmati penginapan yang luas dan selesa. Meskipun hotel ini menyediakan percutian berkonsep mewah, namun ia masih menawarkan tempat penginapan pada harga berpatutan kepada pengunjung.

This slideshow requires JavaScript.

Info Hotel Lexis Hibiscus Port Dickson

Laman web : https://www.lexis.my/hotels-resorts/lexis-port-dickson/

Facebook : https://www.facebook.com/lexishibiscuspd/

Instagram : https://www.instagram.com/lexishibiscus/

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s