Asam Pedas Ukay Bistari Yang Sedap Menjadi Pilihan Ramai


I am what I am………

Memang irresistible! Patutlah kenapa ramai yang sanggup travel ke Melaka, Batu Pahat, dan Muar semata-mata untuk menjamah semangkuk asam pedas. Tetapi menikmati selera asam pedas di Ukay Bistari, seumpama menjamu selera air tangan bonda. Seperti berada di rumah sendiri, begitulah perasaan saat menikmati keenakan dan keaslian rasa Asam Pedas Ikan Pari, Asam Pedas Ikan Kembung dan Asam Pedas Daging Tetel yang dimasak  sendiri oleh Puan Roslin Abu Hassan dan dihidangkan panas-panas kepada pelanggan di Kantin Asam Pedas untuk makan tengahari.

Kantin Asam Pedas Menjadi Pilihan Ramai

Aroma asam pedas yang tersendiri, ditambah pula dengan rasanya yang masam-masam pedas, menjadikannya antara lauk masakan Melayu paling digemari. Ruang dan suasana di Kantin Asam Pedas, Ukay Bistari ini amat selesa dan santai serta sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga.

38789116_2121014434781818_336963647777538048_n

“Ya, memang saya yang masak. Pukul 7.00 pagi saya pergi ke pasar, siap apa yang patut, kira-kira pukul 11.00 pagi selesai saya memasak. Apa yang saya jamu ini adalah air tangan sendiri. Penjagaan kualiti masakan dan ramuan dipantau rapi bagi memenuhi citarasa para pelanggan” – Puan Roslin Abu Hassan – pemilik Kantin Asam Pedas.

Part paling best bila sambil makan-makan dan chit chat…korang akan layan lagu-lagu sentimental 70an tau. Dahlah suasana kedai klasik, memang throwback semua cerita. Memang terangkat Asam Pedas Ikan Kembung, Ikan Pari dan Daging Tetel ni. Tak boleh lupa keenakan Asam Pedas Daging Tetel…perghhh superb.

Asam Pedas Daging  merupakan campuran daging yang selalunya terdiri daripada lemak, urat, dan tulang. Resipi yang menggunakan kepingan daging empuk berlemak ini menghasilkan rasa asam pedas yang cukup luar biasa. Memang padu!

Pelbagai jenis ikan dijadikan masakan asam pedas dan antara yang menjadi pilihan Puan Roslin adalah Ikan Pari, Jenahak, Merah, Tenggiri dan Kembung.

Selain juadah asam pedas turut dilengkapi ulam-ulaman, sambal belacan, ikan goreng, telur dadar dan ikan masin. Rasanya yang tidak terlalu pedas pasti menggamit minat kanak-kanak mahu pun warga emas untuk mencuba juadah itu yang dimakan bersama nasi putih.

Kantin Asam Pedas turut menyediakan beberapa pilihan menu yang lain antaranya lempeng kelapa, cekodok pisang dan banyak lagi. Kalau sebut lebih-lebih nanti, korang tak boleh tahan nanti…hehehehe

Hidup Mamable tak boleh diteruskan gara-gara Asam Pedas Daging Tetel dari Kantin Asam Pedas, Ukay Bistari. So Mamable pun belilah bahan-bahan nak masak Asam Pedas Daging Tetel ni……memang menjadi, walaupun rupa dan rasa tu ada tapi ia takkan sama dengan asam pedas Puan Roslin. Bawah ni adalah resepi dari Mamable tau…….manalah tau kalau korang nak mencubanya. Sharing is caring.

This slideshow requires JavaScript.

Asam Pedas Daging Tetel Oleh Mamable

Bahan-bahan diperlukan :

  • 500 g daging tetel (Dipotong kecil)
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 5 biji bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu makan belacan (sekiranya suka)
  • (Cili kering, lada hitam, bawang kecil, bawang putih, serai, lengkuas, buah keras dan belacan dikisar bersama)
  • 4 cawan air
  • 1 sudu makan asam jawa
  • 1 cawan air (Dibancuh bersama asam jawa)
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 biji tomato (Dibelah 4)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan :

  • Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  • Masukkan daging tetel dan biarkan sehingga pecah minyak sekali lagi.
  • Masukkan air. Biarkan sehingga daging empuk.
  • Kemudian masukkan air asam jawa dan daun limau purut. Biarkan reneh sehingga pekat dan pecah minyak.
  • Masukkan gula, garam, dan tomato. Kacau rata.
  • Siap dan boleh dihidangkan.

Kat Mana Letaknya Kantin Asam Pedas?

Alamat : E-G-14 Residensi Bistari, Taman Ukay Bistari ,68000 Ampang ,Selangor Darul Ehsan.

Hubungi : 03-4101 9876 / 012-6665552 (ada drive thru yer….kena tempah dulu)

Facebook : https://www.facebook.com/Kantin-asam-Pedas-1613029128913687/

Instagram : https://www.instagram.com/kantinasampedas/

Operasi : 11.00 pagi hingga 4.30 petang (Isnin tutup)

goo.gl/maps/MjNkZbMZaJw

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s