I am what I am…….
Gelombang fenomena K-Pop telah menular hampir ke seluruh peminat muzik tak kira umur, bangsa dan juga jantina. Tidak terhad pada muzik, budaya K-Pop juga telah mempengaruhi kreativiti dan fesyen anak-anak muda masakini. Sekali gus menjadikan muzik K-pop mula diterima baik dan membuka ruang kepada bakat-bakat baharu menempa nama tak kira di peringat antarabangsa ataupun di mana-mana sahaja.
Inilah 10 sebab mengapa K-Pop digilai di Malaysia terutamanya mereka yang obses dengannya :
Paras rupa
Sudah pasti yang paras rupa menjadi daya tarikan utama apabila bertemu seseorang. Begitu jugalaj para selebriti K-Pop yang mempunyai paras wajah yang cantik, comel dan kacak. Tak percaya, lihatlah sendiri Kim Tae Hyung, Nam Joo Hyuk dan Kim Hyun Joong yang kacak? Atau mungkin Jiyeon dan Yoona yang comel dan cantik? Siapa yang tidak akan terpikatkan?
Muzik
Mengapa peminat di Malaysia meminati K-Pop? rentak muziknya yang diisi dengan bunyi bass yang padat dan susunan muzik yang bertenaga, sebab itulah K-Pop mampu membuatkan adrenalin para pendengarnya menjadi laju dan terpengaruh.
Tarian
Sememangnya kumpulan K-Pop terkenal dengan pelbagai jenis tarian. Kalau kita lihat dimana-mana pun, tarian sentiasa menjadi perhatian ramai. Statement paling win ialah lelaki Korea kelihatan seksi bila mereka menari dengan penuh perasaan dan gaya.
Fesyen
Cara berfesyen juga mempengaruhi peminat K-Pop tempatan. Kebanyakan kumpulan K-Pop memakai pakaian mengikut identiti masing-masing dan mereka semua mengikut trend berfesyen. Mereka merupakan influencer terhebat masakini.
Persembahan secara langsung
Artis K-Pop sering mengadakan sesi konsert jelajah ke seluruh dunia dan rajin membuat konsert-konsert kecil. Apa yang pasti, persembahan artis K-Pop adalah persembahan secara langsung dan sememangnya sempurna. Mereka tahu bagaimana hendak berinteraksi dengan peminat.
Muzik video yang menarik
Sebelum menulis entri ini, Mamable telah menonton satu muzik video kumpulan K-Pop dan tertarik dengan kualiti dan jalan penceritaan yang ringkas. Inilah salah satu sebab mengapa muzik video K-Pop mampu memikat hati penonton.
Lirik lagu
Korang perasan tak, kumpulan K-Pop selalu menggabungkan dua bahasa di dalam satu lagu. Iaitu bahasa ibunda mereka dan juga bahasa Inggeris. Ini sekaligus memberikan pemahaman pada pendengar yang selama ini tidak memahami bahasa Korea. Terbaik diorang ni kan…….
Pengaruh kawan-kawan
Kebanyakan peminat K-Pop tempatan terdiri daripada remaja berusia 12-18 tahun dan mereka ini kebanyakannya bermula dari pengaruh rakan-rakan sebaya. Termasuklah anak Mamable sendiri, mereka kata dengar lagu K-Pop akan membuatkan mereka nampak sangat cool.
Perwatakan
Daya tarikan seperti riak wajah comel dengan gaya inilah yang benar-benar memikat hati para peminat K-Pop tempatan. Artis-artis K-Pop memang selalu muncul dengan gaya-gaya yang comel tidak kira lelaki atau perempuan.
Komuniti K-Pop Tempatan
Melalui laman Twitter, Facebook dan Instagram, peminat K-Pop sentiasa mengekalkan hubungan mereka dan juga berkongsi maklumat terbaru tentang berita K-Pop. Setuju tak…..of coz korang setujukan.
Demam K-Pop Di SS15 Courtyard, Subang Jaya
Gelombang demam K-Pop kini menyerbu SS15 Courtyard, Subang Jaya. Setiap level, kedai, restoran hinggalah ke pasaraya Jaya Grocery di SS15 Courtyard terjangkit dengan demam K-Pop ni. Siap ada Chuseok Festival (Korean Autumn Festival) pada 25 September hingga 30 September 2018 dan K-Pop Dance Cover Competition pula berlangsung pada 30.09.2018. So pastikan korang yang fanatik dengan K-Pop ni block kalendar masing-masing yer………
Annyeonghaseyo! The K-fever wave is back with Chuseok, a Korean autumn festival at ss15 Courtyard! We have many exciting activities waiting for you such as Kimchi Making Workshop, Korean Spicy Topokki Eating Challenge, Korean Spicy Noodle Eating Challenge, and K-street Colouring Contest! So don’t miss out and lock your dates on September 25th – 30th!
25th to 30th September
10:00am to 10:00pm Mini Korean Fair
10:00am to 10:00pm Phototaking with HanBok28th to 30th September
12:00pm to 8:00pm Korean Arts & Crafts29th September
12:00pm Large Bibimbap Demo
1:00pm Golden Bell Quiz
2.00pm K-Street Colouring Contest
4:00pm K-Pop Performance
4:15pm K-Pop Dance Along Workshop
5:00pm Kimchi Making Workshop
5:30pm Korean Spicy Topokki Eating Challenge
6:00pm Korean Spicy Noodle Eating Challenge30th September
12:00pm Gimbap Rolling Workshop
1:00pm Golden Bell Quiz
2:00pm ss15 Courtyard K-Pop Dance Cover Competition
5:00pm K-Pop Dance Along Workshop by RJVN
5:30pm Korean Spicy Topokki Eating Challenge
6:00pm Korean Spicy Noodle Eating Challenge
https://goo.gl/forms/dLWVH5lB0wcjb8KP2
https://www.facebook.com/events/308769213231862/
Alamat : Jalan SS15/4G, SS15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Hubungi : 03-5612 6335
Laman web : www.ss15courtyard.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/ss15courtyard/