Mengapa Hanbing Korean Dessert Cafe Menjadi Kegilaan Orang Ramai


I am what I am……..

Setuju tak kalau Mamable katakan Selangor dikenali sebagai syurga makanan. Tetapi, terlampau banyak tempat makan di Selangor, so macam mana nak pilih yer? Lagi satu sebenarnya memang banyak pun tempat makan menarik di situ, tetapi tidak semuanya terkenal dan gerenti sedap…hanya segelintir sahaja yang terbaik dan yang paling penting kena pandai mencarinya.

Tetapi korang semua janganlah risau…kali ini Mamable ingin membawa korang ke tempat makan yang best di SS15 Subang Jaya. Terdapat banyak pilihan makanan sedap, tetapi yang satu ini telah memikat hati Mamable…..Kimbap, Bingsu, Spicy Korean Fried Chicken, Bibimbap….korang dah sedia nak baca ker?

Mengapa Makanan Korea Menjadi Pilihan?

Penasaran mengapa makanan Korea menjadi pilihan? Ini jawapannya – bagi anda yang inginkan sesuatu yang baharu atau lebih mudah cakap mengikut trend. Makanan Korea telah mendapat tempat dihati ramai rakyat Malaysia. Bukan sahaja sajian utama malah pencuci mulut mereka sinonim dengan tekak orang kita.

  • Ringkas dan mudah

    Bermula dari penyediaan bahan-bahan hinggalah sampai ketika kita menikmatinya. Menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati seperti beras, mi, tauhu, sayuran, ayam dan daging. Antara menu-menu makanan Korea yang terkenal seperti Kimchi, Jajangmyeon, Kimbap dan Toppoki, merupakan menu yang mudah dibuat dan simple.

  • Citarasa yang unik dan pedas

    Korea sinonim dengan menunya yang unik dan rasa pedasnya, namun ia boleh diterima lidah rakyat Malaysia itu sendiri.

  • Portion yang banyak dan mesti ada side dish

    Orang Korea kebiasaannya makan dengan portion yang banyak dan mesti ada side dish yang beraneka rupa dan salah satunya adalah kimchi. Tidak hanya side dish. Setiap hidangannya boleh dimakan 2 hingga 4 orang. So korang bayangkanlah yer……..

  • Setiap hidangan ada sayur-sayuran dan rumpai laut

    Korang perasan tak setiap kali ke restoran Korea, hidangan atau menu korang akan dilengkapi dengan sayuran dan rumpai laut. Antaranya menu daripada nasi yang berupa Bibimbap dan Kimbap. Info yang korang kena tahu, orang Korea sangat menyukai Sup Rumpai Laut. Haaaa yang ini kita kena cuba okey…..

  • Bahan yang digunakan mestilah segar dan menyihatkan

    Orang Korea menggunakan sayur-sayuran yang segar dalam masakan mereka. Ini kerana setiap hidangan yang disajikan menyihatkan kita sebenarnya.

Kebetulan Mamable ke SS15 Subang Jaya atas urusan kerja, Mamable terjumpa satu tempat ni…..Hanbing Korean Dessert Cafe di SS15 Courtyard Mall. Merupakan salah satu cafe yang cukup popular bagi peminat Korean Food. Selain dessert yang WOW dan unik, di sini juga menyediakan beberapa makanan korea yang cukup sedap, best, awesome dan sinonim dengan ‘lidah’ orang kita.

Antara menu yang Mamable nikmati :

This slideshow requires JavaScript.

Bingsu – Ais parut dengan pelbagai pilihan perisa! Menariknya pencuci mulut yang berasal dari negara Korea ini sangat besar hingga boleh dikongsi dua atau tiga orang! Superb!!!!!

This slideshow requires JavaScript.

Hanbing Korean Dessert Cafe – Cawangan SS15 Subang Jaya

Operasi :

  • Ahad, Isnin – Khamis pada pukul 11.30 pagi hingga 12.00 malam
  • Jumaat hingga Sabtu serta cuti public holiday pada pukul 11.30 pagi hingga 1.00 pagi

Alamat : GF-09, SS15 Courtyard, Subang Jaya

Hubungi : 03-8601 3882

Laman web : http://www.hanbing.my

Facebook : https://www.facebook.com/hanbingmy

Instagram : https://www.instagram.com/hanbingmy/

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s