Sebab Mengapa Anak-Anak Muda Berminat Dalam Mengarah Filem Pendek


I am what I am……

Percaya atau tidak datang ke Ipoh semata-mata berjalan dan dalam masa yang sama memburu makanan yang menjadi signatur Ipoh.  Bukan itu saja…….jeng jeng jeng. Inilah orang kata sambil menyelam minum air……Mesti korang nak tau apa yang jeng jeng jeng tu kan? Ini jawapannya, singgah Ipoh Parade sekejap untuk makan tengahari sebenarnya dan kebetulan menyaksikan beberapa filem pendek yang dihasilkan oleh anak-anak muda kita dalam ‘Youth Short Film Fest 2018’. Wow! best pulak menontonnya.

This slideshow requires JavaScript.

No automatic alt text available.
Rupanya Inilah Sebabnya Mengapa Anak-Anak Muda Berminat Mengarah Filem Pendek 

  1. Mengetengahkan bakat dan kreativiti mereka selain menyampaikan dan mengolah mesej kepada masyarakat.
  2. Usaha terbaik bagi membolehkan anak-anak muda menzahirkan pemahaman mereka melalui filem pendek.
  3. Bebas untuk membuat keputusan dalam pemilihan tema mengikut kreativiti tersendiri.
  4. Pemilihan genre dan stail juga tidak terhad, anda boleh menghasilkan drama mencemaskan, seram, ngeri, komedi dan romantik.
  5. Apa yang ingin dilihat adalah kemahiran penceritaan yang menarik di mana penonton dapat menjiwai drama disamping menerap mesej yang positif buat masyarakat.

Ia merupakan inisiatif Ipoh Parade untuk meraikan para pencipta muda filem pendek yang bercita-cita tinggi di Malaysia. Program yang pertama seumpamanya untuk tempat membeli belah seperti Ipoh Parade ini. Misi festival filem pendek ini bertujuan untuk anak-anak muda menonjolkan bakat kreatif dan inovatif mereka dalam menghasilkan filem pendek yang memberi mesej perpaduan.

Part yang ni mereka paling suka apabila tiada yuran penyertaan untuk menyertai pertandingan ini. Mereka hanya perlu menyerahkan filem pendek mengikut cara dan format yang ditetapkan dalam terma dan syarat-syaratnya.

Antara pilihan tema untuk filem pendek : 

  • Empowering the Youth of Tomorrow
  • Perak, My Home
  • Malaysia, Kau Ku Cinta
  • My School, My Life (hanya untuk kategori Insta-Video)

Semua bahasa di Malaysia boleh digunakan dalam dialog, tetapi tajuk filem pendek ini mesti dalam Bahasa Inggeris. Hadiah-hadiah yang ditawarkan untuk dimenangi amatlah lumayan yer….10 penyertaan akan dipilih dalam senarai pendek setiap kategori, dan hanya satu pemenang akan dipilih untuk setiap kategori.

  • Terbuka (bawah 30 tahun) 
  1. Home – Cheah Seang Hong (RM2,000 tunai dan hadiah)
  2. Apai – Muhammad Irfan bin Muhammad Nizam (RM1,000 tunai dan hadiah)
  3. Merdekaku In London oleh Aras 2 Production (RM500 tunai dan hadiah)
  4. Saguhati : Sebuah Kepulangan – Muhammad Hakim bin Hasnan (RM200 tunai dan hadiah)
  5. Saguhati : 05 –  Soong Kah Yan (RM200 tunai dan hadiah)
  • Amatur (bawah 21 tahun) 
  1. Roti Kosong – Muhammad Umar Akmal bin Zairul Hisham (RM2,000 tunai dan hadiah)
  2. A Journey to the Heart of Malaysia – Ian Phang Khai En (RM1,000 tunai dan hadiah)
  3. Diabetes Awareness – Eliza Goh (RM500 tunai dan hadiah)
  4. Saguhati : Reunion – Leong Yiq Zhenn (RM200 tunai dan hadiah)
  5. Saguhati : The Voice – Nicholas Tan (RM200 tunai dan hadiah)
  • Insta Video (berdurasi 1 minit)
  1.  School Life My Life – David Lee Lek Wee (RM500 tunai dan hadiah)
  2. Eat It, Clean It – Henri Lee (RM300 tunai dan hadiah)
  3. Why Do We Love Malaysia – Eunice Chan (RM200 tunai dan hadiah)
  4. Saguhati : My Day – Evon Chan (RM100 tunai dan hadiah)
  5. Saguhati : My School My Life – Chan Kagami (RM100 tunai dan hadiah) 

This slideshow requires JavaScript.

 

 

 

Advertisements

2 thoughts on “Sebab Mengapa Anak-Anak Muda Berminat Dalam Mengarah Filem Pendek

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s