4 Perkara Penting Mengapa Anda Perlu Memiliki Perodua Myvi Baru


I am what I am….

Jika sedang mencari kereta baru kebetulan Perodua Myvi ada dalam senarai anda, terus saja ke pusat pamerannya untuk membuat tempahan secepat mungkin. Tetapi sebelum membeli kereta, anda perlu tahu sedikit sebanyak apa yang ada pada Myvi baru ni.

Myvi baru ni merupakan generasi ketiga Perodua Myvi oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dengan rekaan terkini serta berteknologi maju. Apa yang paling penting, ia adalah 99.99 peratus hasil buatan anak tempatan yang mana ia dicipta untuk memenuhi cita rasa masyarakat Malaysia. Sangat-sangat berbaloi untuk memiliknya, lebih-lebih lagi dilengkapi dengan pelbagai ciri baru serta sistem keselamatan terkini.

Inilah 4 Info Penting Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Myvi Baru

Reka Bentuk

Myvi baru telah menjadi model Perodua pertama yang mana rekaan luarannya dilakukan oleh tenaga kerja sendiri tanpa menerima sentuhan orang luar. Reka bentuknya yang sporty dan aerodinamik. Bahagian hadapan ‘mukanya’ tampil bergaya dengan kehadiran jeriji baru dan padanan lampu utama LED bersama ciri pelarasan yang standard. Gayanya juga tampak ranggi dengan padanan rim aloi, skirt depan dan  dilengkapi spoiler belakang. Dengan rekaan ini sudah pasti menarik ramai golongan muda untuk memiliknya. Myvi ini ditawarkan dengan enam pilihan warna yang menarik. Dua daripadanya adalah warna baru iaitu Granite Grey (metalik) dan Peppermint Green (metalik).

Ruang Dalaman 

Berbeza dengan Myvi sebelumnya, model ini direka dengan lebih panjang, rendah serta lebar. Myvi baru hadir dengan ruang dalaman yang lebih luas sekaligus memberi keselesaan bagi ruang kaki kepada penumpang di belakang. Sekiranya tiga penumpang dewasa duduk di bahagian belakang, ia tidak rasa terlalu sempit sama ada ruang kaki atau berlaga bahu masing-masing. Malah, kerusinya juga boleh diubah dengan konfigurasi 8+1 yang mana sesuai untuk memunggah barangan besar atau sederhana.

Bahagian papan pemuka, ia kelihatan kemas dengan susunan butang audio atau penyaman udara yang tampak lebih praktikal dan mudah dicapai tanpa perlu mengganggu pemanduan. Paling penting, ruang kabin itu sudah dipertingkatkan dengan kedapan bunyi. Ini bermakna bunyi dari enjin atau luar agak kurang kedengaran berbanding Myvi sebelumnya. Ala-ala macam BMW gitewwww.

Keadaan Enjin

Info dari Google : Perodua Myvi baru ini dipadankan dengan enjin baru yang dipasang di kilang pemasangan enjin Daihatsu Perodua di Sendayan, Negeri Sembilan. Myvi baru ini hadir dalam 5 jenis iaitu 1.3 Standard G (MT), 1.3 Standard G (AT), 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT) dan 1.5 Advance (AT). Ini bermakna, Myvi baru didatangkan dengan dua enjin membabitkan 1.3 dan 1.5 liter yang turut menerima pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Enjin tersebut menggunakan blok aluminium yang mana ia lebih ringan dan cekap, selain memenuhi piawian emisi Euro 4.

Mereka yang ingin memiliki Myvi ini boleh memilih untuk transmisi lima kelajuan manual bagi enjin 1.3 liter atau empat kelajuan automatik bagi kedua-dua rangkaian kuasa terbabit.

Berdasarkan spesifikasi, prestasinya cukup ‘tenang’ untuk pemanduan biasa sama ada di lebuh raya atau jalan biasa. Pada masa sama, Myvi baru dilengkapi dengan ciri ‘Eco Idle’ bagi tiga varian paling tinggi iaitu 1.5 Advance. Berfungsi ketika enjin dimatikan dan dihidupkan semula jika brek dilepaskan dalam keadaan statik. Ciri ini akan memberi penjimatan bahan api yang optimum ketika berhenti di lampu isyarat atau terkandas dalam kesesakan lalu lintas. Hebat dan sememangnya ia amat hebat.

Ciri Keselamatan Dan Teknologi Terkini

Dengan jolokan sebagai kereta rakyat, ciri keselamatan yang ada pada Myvi baru ini sangat membanggakan. Ia menjadi model pertama dalam kelasnya yang diperkenalkan untuk pasaran Malaysia yang dilengkapi dengan ciri keselamatan terkini.

Ciri-ciri keselamatan tersebut ialah Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) yang dilengkapi seperti ‘Pre-Collision Warning’, ‘Pre-Collision Braking’, ‘Front Departure Alert’ dan ‘Pedal Misoperation Control’. Hahaha terbaikkan….info ini Mamable ambil dari Google yer. Myvi baru dilengkapi dengan ciri ABS dengan EBD serta Vehicle Stability Control (VSC) sebagai ciri standard. Selain itu, semua jenis Myvi 1.5L akan dilengkapi dengan enam beg udara, manakala empat beg udara bagi 1.3L. Ia juga dilengkapi lampu utama LED dengan fungsi ‘Follow-Me-Home’ serta boleh laras, sistem tanpa kunci dengan butang Push Start.

This slideshow requires JavaScript.

Laman web : www.perodua.com.my

Hubungi : 1800 88 6600

Facebook : https://www.facebook.com/Perodua/

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s