Fakta Mengenai Lexis Hibiscus Port Dickson Dan Tips Untuk Menginap Di Sana


I am what I am…..

Lexis Hibiscus, sekuntum bunga raya mekar di Selat Melaka. Daripada konsep ia menjadi sebuah realiti. Lexis Hibiscus Port Dickson sebuah resort yang bertaraf antarabangsa tidak pernah sunyi menerima kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara saban hari.

Fakta Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Lexis Hibiscus Port Dickson

  • Lexis Hibiscus Port Dickson telah mencatat sejarah yang membanggakan bagi industri pelancongan Malaysia apabila dinobatkan Guiness World Records untuk dua kategori. Kategori pertama adalah bagi kategori Resort Kolam Renang Terbanyak (643) dan kategori kedua pula Resort Dengan Vila Di Atas Air Terbanyak (522).
  • Lexis Hibiscus Port Dickson telah meletakkan Malaysia pada kedudukan positif dan setanding dengan pihak lain di dunia.
  • Lexis Hibiscus mencipta rekod baharu di negara ini dengan menjadi resort pertama yang dilengkapi kolam renang bagi setiap biliknya dan bilik mandi wap untuk bersantai serta melakukan aktiviti bagi tujuan beristirehat.
  • Lexis Hibiscus Port Dickson juga menerima Anugerah Jenama Terbaik kategori hospitaliti bagi pusat peranginan premium. Ia adalah Anugerah Jenama Terbaik The BrandLaureate 2017-2018 yang diadakan baru-baru ini.
  • Lexis Hibiscus menawarkan 639 pool villa dengan tujuh jenis pilihan bilik iaitu : executive pool villa, premium pool villa, panorama pool villa,  imperial suite, presidential suite yang dibina mengikut susunan bunga raya di atas air manakala sky pool villa dan royal suite terletak di bangunan utama.
  • Bersesuaian dengan lokasinya yang menghadap laut lepas, membolehkan anda menikmati pemandangan matahari terbenam.
  • Setiap bilik dilengkapi dua katil besar, TV, almari pakaian, bilik mandi, tandas, kolam renang dan bilik sauna.
  • Antara kemudahan yang boleh didapati di sini adalah seperti perkhimatan shuttle buggy yang dapat membawa anda dan bagasi anda ke bilik anda. Jadi tidak perlulah anda jauh berjalan kaki ke bilik anda. Shuttle buggy ini beroperasi setiap hari dari pukul 7.00 pagi hingga 12.00 pagi dengan kekerapan 10-20 minit.
  • Di Hibiscus Walk, terdapat gerai-gerai makanan yang menarik sambil-sambil tu bolehlah bersantai di kerusi-kerusi yang disediakan oleh pihak hotel.
  • Terdapat juga aktiviti sukan air bagi mereka yang suka aktiviti air di sini, memang sesuai untuk percutian bersama-sama rakan-rakan baik anda, atau bersama keluarga yang aktif. Selain itu, aktiviti riadah lain seperti berbasikal dan memanah juga turut disediakan.

40488419_2037653479611582_6964859416919146496_n

Tips Tempahan Bilik Di Lexis Hibiscus Port Dickson

Umpama mimpi dalam mimpi apabila Mamable bermalam di Lexis Hibiscus. Sebab mengapa Mamable berkata demikian, Lexis Hibiscus merupakan hotel yang mewah dan agak mahal untuk bermalam.

Tapi sekiranya bernasib baik, anda boleh mendapatkannya dengan harga yang lebih rendah cuma anda kena rajin sikit sahaja. Sekarang memang banyak laman-laman web yang menawarkan perkhidmatan tempahan hotel cuma nak mencari satu-satu memang jenuhlah. Antara yang anda boleh gunakan ialah Trivago untuk membandingkan harga-harga yang terdapat pada laman-laman web tempahan hotel seperti Booking.com, Agoda.com, Expedia.com dan sebagainya.

Ataupun anda boleh ke laman web tempahan Lexis Hibiscus Port Dickson untuk mendapatkan jadual harga harian bilik-bilik yang terdapat disini. Dengan jadual itu anda dapat mengetahui berapa harga yang dikenakan bagi setiap bilik pada setiap hari. Cara ini memudahkan anda menjangka bila dan waktu sesuai untuk mendapatkan harga bilik yang rendah.

Image result for trivago hotel booking

Pengalaman Mamable Bermalam Di Lexis Hibiscus Walaupun Singkat Rasanya

Mengadaptasikan elemen kotemporari, setiap kamar di Lexis Hibiscus dihiasi perabot serba moden yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk dua katil bersaiz king, kolam renang dan bilik stim persendirian serta kelengkapan set mandian. Ruang kamar yang luas dan selesa mampu menempatkan seisi keluarga. Dengan adanya kolam renang di setiap bilik, Mamable bebas melakukan aktiviti secara privasi.

Menginap di Sky Pool Villa ‘menyajikan’ pemandangan laut lepas yang indah. Lokasinya yang strategik menghadap laut dan berada di bangunan utama, Mamable berpeluang menyaksikan matahari terbit sambil menghayati keindahan Selat Melaka, lebih manis lagi apabila Mamable dapat melihat susunan resort berbentuk bunga raya.

Terokai keseronokan bercuti di Lexis Hibiscus dengan mencuba aneka hidangan sarapan pagi yang menyelerakan di Roselle Coffee House. Menikmati sesi memanjakan diri di Lex Spa yang terletak di tingkat 2. Rawat tubuh yang lesu dan kembalikan kesegaran tubuh badan dengan memilih pelbagai rawatan urutan badan atau kecantikkan yang ditawarkan di Lex Spa ini. Riangkan hati anak-anak dengan melawat Kidz World yang terletak di aras yang sama. Luangkan aktiviti bersama keluarga dengan berkaraoke di Starz Karaoke.

Apa yang pasti, percutian di Lexis Hibiscus Port Dickson telah meninggalkan seribu satu kenangan walaupun ia adalah percutian singkat Mamable bersama MITA dan penggiat industri pelancongan.

This slideshow requires JavaScript.

Laman web : www.lexishibiscuspd.com

Hubungi : 06-660 2626

Facebook : https://www.facebook.com/lexishibiscuspd/

Instagram : https://www.instagram.com/lexishibiscus/?hl=en

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s