Inilah Lokasi Menarik Di Selangor Yang Anda Wajib Lawati!


I am what I am……….

Nak rasa seronoknya berjalan dicelah-celah pokok buah-buahan, nak belajar bagaimana caranya menoreh getah, anda teringin melihat anak anda memegang kambing atau arnab, rasa ingin rendamkan kaki anda ke dalam kolam air panas atau anda ingin mengalami keseronokan dan kesejukan bermain air sungai. Semua yang anda ingin rasai ini boleh didapati di daerah Hulu Selangor hinggalah ke Kuala Selangor tau. Tak susah sebenarnya nak ke tempat ini, anda hanya perlu memandu di Lebuh Raya KL-Kuala Selangor­ (Latar) dan highway ini telah memendekkan jarak perjalanan antara daerah Selangor dan Lembah Klang sekaligus ia memudahkan orang ramai untuk berulang-alik.

Jadi di sini, Mamable nak share beberapa lokasi di Selangor yang menarik, murah dan dekat untuk bercuti atau berjalan-jalan. Antaranya :

Cholo-Cholo, Di Hulu Tamu, Batang Kali, Selangor

Landskap dan dekorasi indah di sini menggamit pengunjung terutamanya apabila terpandang senireka bangunan ala Minang di tengah tasik yang indah. Apa taknya, nama sahaja membuatkan Mamable atau sesiapa saja yang ke sini seperti berada di bumi Minangkabau, mereka yang melangkah masuk ke pekarangan Cholo-Cholo pasti terpesona dengan suasananya. Ia dikelilingi hutan tebal Hulu Tamu di Hulu Selangor.

Cholo-Cholo menggabungkan chalet dan restoran, nama itu pasti mengundang rasa ingin tahu bagi mereka yang kali pertama mengunjunginya. Cholo-Cholo dalam bahasa Minangkabau bermaksud jenguk-jenguk, manakala Ontok-Ontok pula ialah diam-diam. Ontok-Ontok merujuk kepada nama spa di Cholo-Cholo yang beroperasi di bawah satu bumbung.

Berlatarbelakangkan kawasan bukit-bukau, setiap sudut taman di sini mempunyai pengisian menarik termasuk hiasan dan tumbuhan hijau yang mampu meredupkan suasana sepanjang masa. Tumbuhan hiasan, pokok kelapa, buluh dan palma mampu menceriakan persekitaran.

Lepas menjamu selera di Restoran Cholo-Cholo bolehlah rendamkan kaki ke Kolam Air Panas Cholo-Cholo. Mamable telah rasai sendiri kehangatan air panas semulajadi yang asli. Terdapat kemudahan kolam-kolam bermozek yang dibina khas untuk pengunjung. Fakta yang korang perlu tahu mengenai kolam air panas iaitu ianya berlaku bukan kerana aktiviti gunung berapi tetapi penyejukkan magma dan panasnya batu granit di dalam bumi. Air sejuk masuk dari kawasan sekeliling melalui lurah bukit, tasik, sungai, air hujan dan sebagainya ke dalam tanah melalui rekahan dalam bumi. Air sejuk akan mengenai batu granit panas ini. Akibatnya air sejuk tersebut menjadi panas dan mengembang. Ia akan naik semula ke permukaan bumi melalui rekahan-rekahan yang ada lalu menjadi satu kitaran tanpa putus.

This slideshow requires JavaScript.

Waktu operasinya setiap hari dari pagi hingga malam. Bayaran masuk RM3.00 (dewasa) manakala RM1.00 (kanak-kanak).

Selangor Fruits Valley

Dulunya hutan tebal, kini bertukar menjadi sebuah lembah buah-buahan yang menghimpunkan pelbagai jenis buahan untuk dirasai, juga pelbagai aktiviti sampingan turut diselitkan membuatkan penerokaan di sini penuh kenangan terindah. Seperti Encik Md Saad berkata, “Sharing The Experiences”.

Pengalaman bermain dengan arnab di Taman Arnab, memberi dan melihat rusa di Taman Rusa juga sesuatu yang punya keterujaan tersendiri. Nak tau tak yang trem di sini sebenarnya 
memudahkan pengurusan 
ladang membawa pengunjung melawat sekitar kawasan berkeluasan hampir 1,000 hektar.

Ladang buah-buahan tropika disulami dengan tanaman sayuran, pokok herba dan madu kelulut yang mempunyai tarikan tersendiri. Mamable berpeluang menikmati kesegaran air kelapa pandan di rumah kampung dengan pemandangan menghijau sambil mendengar embekan kambing memberikan kepuasan tersendiri.

Nak rasai pengalaman menoreh getah atau korang nak belajar cara menoreh, hanya Selangor Fruits Valley ada semua ini.

Gabungan agrotourism, ekotourism dan edutourism telah menjadikan Selangor Fruits Valley sebuah percutian lengkap yang sesuai untuk seisi keluarga sekaligus menjadikannya ia destinasi amat popular di Selangor.

This slideshow requires JavaScript.

Selangor Fruits Valley beroperasi setiap hari kecuali Jumaat pada pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Untuk tempahan pula pada hari Isnin hingga Jumaat kecuali Sabtu dan Ahad.

Untuk bayaran masuk :

  • RM10.00 dewasa
  • RM5.00 kanak-kanak
  • RM5.00 warga emas dan OKU
  • RM20.00 antarabangsa

Alamat : KM 7, Jalan Batang Berjuntai, Rawang, 45600 Batang Berjuntai, Selangor,

Hubungi : 03-3272 0019

Laman web : www.pkps.gov.my

Facebook : https://www.facebook.com/selangorfruitsvalley/

Bukit Malawati

Bukit Malawati, Kuala Selangor menyimpan banyak tinggalan sejarah. Ada kisah Panglima Hitam, orang bunian, Batu Hampar, Telaga Tujuh, meriam meletup sendiri, pokok terbakar sendiri serta Kampung Teluk Penyamun cukup menarik untuk dibongkar. Kat sini Mamable bukan sahaja dapat bermain dengan kera dan lotong yang jinak tetapi berpeluang menikmati aura Kuala Selangor menerusi bukit yang menyimpan kisah-kisah misteri. Terdapat sebuah rumah api yang masih berfungsi dengan baik di puncak Bukit Malawati. Banyak betul monyet jinak sedia dihampiri untuk diberi makan. Cuma awas, kerana ada antara monyet-monyet itu yang nakal dan berani mengacah-acah dan memanjat kita!

Yang paling best dan awesome bila persembahan silat daripada anak-anak cilik menyambut kedatangan kami ke sini. Inilah orang dulu-dulu kata, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Jangan pernah lupa bahawa tamadun dahulu banyak mengajar kita erti kehidupan masakini.

This slideshow requires JavaScript.

Perkhidmatan kereta api turut disediakan di Bukit Malawati pada setiap hari Ahad dan Sabtu. Setiap penumpang dikenakan tambang sebanyak RM2.00 sahaja.

Kuala Selangor Nature Park

Menggemari aktiviti jungle trekking sambil melihat pelbagai spesies burung boleh berkunjung ke Taman Alam Kuala Selangor yang terletak bersebelahan dengan Bukit Malawati. Menurut Pengurus Taman Alam Kuala Selangor, S.P. Maichal Isthyben, Taman Alam Kuala Selangor ibarat kawasan rehat dan rawat (R&R) bagi pelbagai spesies burung yang lazimnya datang dari negara-negara seperti Rusia, Mongolia dan Siberia.

Burung-burung ini berhijrah semasa musim sejuk ke New Zealand dan Australia dan akan melalui serta singgah di Taman Alam Kuala Selangor. Malah, ada antaranya akan terus menetap di sini kerana kekayaan sumber alam semula jadi yang ada di sini. Selain sebagai lokasi residen dan persinggahan burung, Taman Alam Kuala Selangor juga menyimpan hutan paya bakau yang menjadi habitat kepada pelbagai hidupan liar seperti kera, monyet dan ketam-ketam kecil. Ia juga bertindak sebagai penampan semula jadi daripada ribut dan ombak besar. Seperti yang korang tahu bakau mempunyai banyak kegunaan. Selain menjadi kawasan untuk tujuan penyelidikan dan pendidikan, ia juga berkesan sebagai kawasan penyaring pencemaran, habitat unggas serta berpotensi dijadikan kawasan rekreasi.

Penginapan juga ada disediakan seperti :

  • A Frame Hut untuk 2 orang dengan harga RM30.00 semalam
  • Chalet untuk 3 orang dengan harga RM60.00 semalam
  • Hostel yang mempunyai 14 bilik dan setiap bilik boleh dihuni seramai 7 orang dengan harga RM175.00 semalam
  • Dorm – terdapat 6 unit dorm dan setiap dorm boleh dihuni seramai 6 orang dengan harga RM220.00 semalam

Untuk datang ke sini, anda hanya perlu membayar RM4.00 (dewasa), RM1.00 (kanak-kanak) dan RM2.00 (warga emas).

This slideshow requires JavaScript.

Taman Alam Kuala Selangor ini dibuka setiap hari pada pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Alamat : Jalan Klinik, 45000 Kuala Selangor

Laman web : http://www.mns.com

Hubungi : 03-32892294

Facebook : https://www.facebook.com/pages/Taman-Alam-Kuala-Selangor-Nature-Park/123624887710542

Kelip-Kelip Kampung Kuantan

Waktu malam adalah masa terbaik untuk merehatkan badan sambil menikmati keindahan cahaya kelip-kelip di Santuari Kelip-kelip Kampung Kuantan. Kawasan tersebut merupakan satu-satunya di Kuala Selangor bagi menyaksikan kumpulan besar kelip-kelip di habitat eksklusif serangga kecil tersebut iaitu pokok berembang. Terdapat dua lokasi santuari kelip-kelip di Kuala Selangor iaitu di Kampung Kuantan dan di Kampung Bukit Belimbing. Info yang korang patut tahu…..hanya terdapat dua kawasan yang menjadi habitat spesies kelip-kelip iaitu di Kuala Selangor dan satu lagi ialah di Lembangan Amazon. Oleh itu, kita beruntung kerana dapat menikmati pengalaman ini tanpa perlu mengembara jauh dalam persekitaran yang selamat dan selesa.

Menyusuri Sungai Selangor dengan menaiki sampan tradisional untuk menyaksikan keindahan kelip-kelip. Setiap sampan hanya membawa empat orang pengunjung saja. kelip-kelip tidak muncul ketika musim hujan dan kurang ketika bulan terang. Justeru, pengunjung perlu memilih waktu yang sesuai untuk berkunjung ke santuari kelip-kelip.

Dibuka setiap hari dengan hanya membayar harga serendah RM10.00 seorang, mereka berpeluang melihat kelip-kelip selama kira-kira 20 minit. Waktu terbaik untuk melihat kelip-kelip adalah ketika langit gelap bermula pukul 7.30 malam sehingga santuari ditutup pada pukul 11.00 malam.

This slideshow requires JavaScript.

Alamat : Kampung Kuantan, 45600 Kuala Selangor

Saksikan Gelagat Helang, Kuala Selangor

Dari Jeti Pasir Penambang dengan menyewa sebuah bot tambang dengan harga RM25.00 (dewasa) dan RM15.00 (kanak-kanak) bagi melihat gelagat helang terbang dari puncak pokok dan menyambar makanan di hadapan kita sendiri dengan aksinya yang tersendiri. Destinasi ini boleh dikatakan yang paling menarik bagi mereka yang suka mengambil gambar flora dan fauna.

Pastikan sebelum ke sana, kena sediakan lensa zoom sejauh 300 milimeter untuk gambaran lebih jelas. Jika bernasib baik helang akan terbang berdekatan bot tambang yang dinaiki. Bukan mudah merakamkan gambar burung helang, lebih-lebih lagi ketika berada dalam bot yang sedang bergelora. Semuanya bergantung pada nasib.

This slideshow requires JavaScript.

Alamat : D Tours Kuala Selangor Sky Mirror & Eagle Feeding Tour, No1 Bagan Sungai Yu, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor

41948695_2065181240192139_8137131965397598208_n

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s