Kelebihan Teknologi Kultur Tisu Tumbuhan Di Biotech Lab Selangor Fruits Valley


I am what I am…..

Malaysia juga tidak terlepas daripada masalah tak cukup bekalan bahan mentah disebabkan faktor populasi yang semakin bertambah. Bagi mengatasi masalah bekalan makanan, pelbagai teknologi telah dicipta dan dikembangkan untuk tujuan meningkatkan produktiviti sektor pertanian.

Teknik ini adalah pembiakan tanaman secara kultur tisu. Salah satu teknik yang dimanfaatkan secara bioteknologi dalam bidang pertanian yang berjaya dibangunkan bagi menggandakan tanaman dan seterusnya meningkatkan produktiviti atau mutu keluaran.

Inilah kelebihan bioteknologi kultur tisu tumbuhan di Selangor Fruits Valley yang patut diketahui umum :

Biotech Lab, Selangor Fruits Valley, merupakan antara agensi yang giat menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan teknologi kultur tisu dan antara fokus yang diberikan adalah terhadap tanaman pisang, periuk kera dan banyak lagi. Menerusi Biotech Lab, kini pengeluaran benih berkualiti bagi tanaman pisang dan beberapa tanaman lain untuk pengeluaran secara komersial dapat dilaksanakan.

  • Untuk menghapuskan virus-virus atau penyakit-panyakit daripada pokok yang dijangkitinya.
  • Selain itu, ia berguna untuk menghasilkan klon-klon yang banyak dengan mudah dan cepat.
  • Pembiakan beberapa spesies seperti pokok buah-buahan terutamanya mempunyai tempoh penghasilan buah menjadi lebih singkat dan cepat.
  • Tumbuhan yang susah dibiak dengan menggunakan biji benih boleh dibiak melalui cara ini.
  • Membolehkan klon yang berbaka baik daripada tumbuhan yang tidak menghasilkan buah, misalnya pokok orkid.
  • Penemuan ini dilakukan bagi meningkatkan produktiviti dan mutu keluaran.
  • Sesuai untuk spesies tanaman yang sukar dibiakkan dan spesies yang hampir pupus.

This slideshow requires JavaScript.

Proses Kultur Tisu

Proses pertama tisu kultur ialah mengenal pasti pokok induk dan kemudian mengambil tisu pada bahagian tertentu pokok induk itu bagi melalui proses nyah kuman bagi memastikan ia benar-benar bersih untuk diklonkan.

Selepas itu, keratan tisu tadi dimasukkan ke dalam medium seperti agar-agar yang mempunyai nutrien dan hormon tertentu bagi memastikan ia mampu membiak dengan lebih banyak.

Daripada medium berkenaan, keratan tadi akan membiak dan menghasilkan lebih banyak pucuk pokok sebelum dikerat dan dipindahkan ke dalam medium pengakaran bagi mengeluarkan akar daripada setiap pucuk.

Apabila setiap pokok itu sudah mengeluarkan akar, ia akan dipindahkan ke pasu kecil yang ditempatkan di dalam kawasan kecil dengan suhu yang sama seperti di makmal tisu-kultur bagi memastikan ia tidak menerima kejutan apabila beralih ke tanah. Masih bayilah katakan.

Setelah anak pokok berada di ladang, para pekerja makmal akan menabur baja foliar pada pokok tersebut. Sebagai contoh anak pokok pisang tersebut perlu tutup dengan pelepah kelapa bagi mengelakkan pokok daripada melecur teruk akibat cuaca panas.

42158450_2067846603258936_5986325176646631424_n

Encik Md Saad mengakui bahawa kaedah tisu kultur telah berjaya mengatasi masalah peladang untuk mendapatkan benih anak pisang dalam kuantiti yang banyak. Daripada pemerhatiannya terhadap ladang pisang yang diusahakan oleh para peladang yang menggunakan anak benih pisang yang dikeluarkan oleh Biotech Lab ini, berupaya memberi hasil yang baik.

Yang awesomenya, bagi mereka yang ingin belajar kaedah dan teknik kultur tisu ini boleh menghubungi 03-32720019/20 waktu bekerja pada hari Isnin hingga Khamis pada pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang, manakala pada hari Jumaat pula pada pukul 8.30 pagi hingga 12.15 tengahari, 2.45 petang hingga 5.00 petang dan Sabtu pada 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari saja.

Anda buka saja balik dengan tangan kosong malah apa yang anda buat dan belajar tadi akan dibawa pulang sebagai cenderahati dari Selangor Fruits Valley – SHARING THE EXPERIENCES.

Alamat : KM 7, Jalan Batang Berjuntai, Rawang 45600 Selangor

Hubungi : 03-32720019/20

Laman web : www.pkps.gov.my

Facebook : https://www.facebook.com/pkpstissueculture/

Facebook : https://www.facebook.com/selangorfruitsvalley/

41948695_2065181240192139_8137131965397598208_n

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s