I am what I am……
Kepingin dan tercari-cari nak bercuti dan tidur di lokasi yang berdekatan dengan pinggiran hutan, ada air sungai, ada air terjun dan pemandangan matahari terbenam yang tercantik untuk dinikmati sekeluarga?
So kat sini Mamable nak sharing maring lokasi tersebut….jeng jeng jeng………..
Eco Murai Rimba, Batang Kali
Eco Murai Rimba yang terletak di Batang Kali menawarkan aktiviti rekreasi serta tempat tinggal beralakan konsep kongsi yang simple dan menarik. Merupakan lokasi yang ideal untuk berkelah, melihat burung, berenang atau mencuba nasib memancing di kawasan air terjun yang dikelilingi alam semulajadi.
Oleh kerana Eco Murai Rimba terletak di pinggiran hutan, pengunjung yang hadir di sini bakal disajikan dengan suasana hutan yang nyaman serta mereka juga boleh menikmati kedinginan air sungai dan air terjun yang terletak berhampiran dengan chalet tersebut.
Kalau malam-malam tu korang tak tau nak buat apa, bolehlah jalan-jalan ke Genting…ala dekat ajer cuma 15 hingga 20 minit dah sampai Genting.
Mesti korang tertanya-tanya berapa semalam kat sini kan?
- Weekend – Bilik Standard + sarapan = RM150.00 untuk 2 orang dan RM160.00 untuk 3 orang.
- Weekday – Bilik Standard + sarapan = RM130.00 untuk 2 orang dan RM140.00 untuk 3 orang.
- Weekend – Famili + sarapan = RM300.00 untuk 4 orang dan RM310.00 untuk 5 orang.
- Weekday – Famili + sarapan = RM260.00 untuk 4 orang dan RM270.00 untuk 5 orang.
- Exclusive group + sarapan – (10 units + dapur) = RM1700.00 maksimum 32 orang.
- BBQ pit + dapur = RM70.00 termasuk dengan arang (1 box 3kg).
Waktu check in kat sini pada pukul 2.00 petang dan check out pada 12.00 tengahari.
Alamat : B66, Jalan Lama Genting, Sungai Pinang, Batang Kali
Hubungi : 012-2505507 / 014-6355081
Facebook : https://www.facebook.com/EcoMuraiRimba/
The Kabin, Jeram
Selalunya kalau bercuti kita pasti menginap di hotel, apakata kali ini berbeza sikit. Cuba rasai tidur dan bercuti di dalam kabin. Bila fikir mengenai kabin, sudah tentu kita akan membayangkan suasana panas selain ruang yang sempit tetapi sangkaan tersebut nyata meleset kerana setiap kabin dipasang penebat haba selain dilengkapi dengan televisyen, katil, tandas dan air cond.
Statement di atas merujuk kepada The Kabin, ia dibina di atas tanah bekas paya. Pembinaan kabin ini dapat meminimumkan penggunaan ruang dan ingin tampilkan sesuatu yang unik. Konsep hiasan luaran dan dalaman bercirikan kaca, besi dan kayu serta persekitaran hijau memberikan suasana nyaman kepada pengunjung. Setiap satu kabin dinamakan mengikut nama pelabuhan utama dan negara di seluruh dunia seperti Rotterdam, Antwerp, Felixstone, Hamburg, Durban, Long Beach, Santos, Balboa, Shanghai, Singapore, Sharjah, Busan, Keihin, Kelang, Ho Chi Minh, Colombo dan Melbourne.
Rotterdam
- Max: 6 Pax
- Size: 450 ft² | 40-ft container
- View: Pool View | Ground Unit
- Bed: 1 queen & 4 single beds
- Bathroom : 2 built-in bathrooms
Antwerp, Felixstone dan Hamburg
- Max: 6 Pax
- Size: 450 ft² | 40-ft container
- Unit: Ground Unit
- Bed: 1 queen & 4 single beds
- Bathroom : 2 built-in bathrooms
Durban
- Max: 2 Pax
- Size: 300 ft² | 20-ft container
- View: Pool View | Ground Unit
- Bed: 1 queen bed
- Bathroom : 1 built-in bathroom
Santos dan Balboa
- Max: 4 Pax
- Size: 300 ft² | 20-ft container
- View: Pool View | Lower Unit
- Bed: 1 queen & 2 single beds
- Bathroom : 1 built-in bathroom
Long Beach dan Vancouver
- Max: 4 Pax
- Size: 350 ft² | 20-ft container
- View: Pool View | Upper Unit
- Bed: 4 single beds
- Bathroom : 1 built-in bathroom
Shanghai, Singapore dan Sharjah
- Max: 4 Pax
- Size: 250 ft² | 20-ft container
- Unit: Pool View | Lower Unit
- Bed: 1 queen & 2 single beds
- Bathroom : 1 built-in bathroom
Busan, Keihin, Kelang, Ho Chi Minh, Colombo dan Melbourne
- Max: 4 Pax
- Size: 200 ft² | 20-ft container
- View: Pool View | Upper Unit
- Bed: 4 single beds
- Bathroom : 1 built-in bathroom
https://thekabin.com.my/map/?location=_x31_7
Kemudahan yang ada di The Kabin https://thekabin.com.my/facilities/
Untuk segala tempahan atau info mengenai harga untuk semalam bolehlah klik http://thekabin.absbooking.com/
Pengunjung takkan boring apabila menginap di sini kerana anda juga boleh melakukan aktiviti karaoke atau mengayuh basikal yang disediakan, malah The Kabin turut mempunyai sebuah bilik serbaguna yang boleh memuatkan kira-kira 30 orang pada satu-satu masa. Moment yang paling best apabila anda sendiri memburu matahari terbenam….suasana yang susah kita nak lupakan bila hendak meninggalkan The Kabin.
Alamat : Lot 2984 Jalan Jati, Pantai Remis, 45800 Jeram, Kuala Selangor
Hubungi : 017-924 7800 atau 03-3264 7800
Laman web : https://thekabin.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/TheKabinMalaysia/
Great post 😁
LikeLike
Wahhh… Sangat menarik… The Kabin tuh dah popular juga. Tapi yang Eco Murai Resort baru first time dengar.. Boleh lah dijadikan aktiviti rehat dan santai dengan keluarga nanti.. Thanks sharing..
LikeLike
Eco Murai memang best….sesuai untuk memancing, bbq…..cuma kemudahannya seperti tandas kat luar…..boleh recce dulu
LikeLike