Dapat Hadiah Jika Buat Potongan Gaji Melalui Zakat Skim Thohir


I am what I am……

Mudah, cepat dan paling utama tidak memeningkan kepala. Itulah kemudahan, yang ditawarkan oleh portal Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan PPZ-MAIWP) bagi menggalakkan umat Islam menunaikan kewajipan berzakat. Kemudahan pembayaran zakat secara dalam talian (online) itu adalah alternatif terbaik bagi umat Islam yang sibuk untuk menunaikan kewajipan mereka.

Portal PPZ-MAIWP, yang boleh dilayari di www.zakat.com.my, menyediakan pelbagai perkhidmatan pembayaran zakat termasuk pendapatan, wang simpanan, perniagaan, emas, saham dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tanpa perlu mengunjungi kaunter pusat itu.

Skim Potongan Gaji Zakat atau dikenali sebagai Skim Thohir adalah kaedah yang disediakan bagi kemudahan pembayar zakat sama ada di dalam mahu pun yang luar negara. Thohir bermaksud suci dan membabitkan skim potongan gaji zakat berjadual. Ia mudah kerana pembayar zakat hanya perlu mengisi borang dan PPZ-MAIWP akan uruskan proses seterusnya termasuklah menghubungi majikan mereka.

Oleh itu, Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) telah melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui SKIM POTONGAN GAJI ZAKAT (SKIM THOHIR 2018) yang berlangsung selama 4 BULAN MULAI 1 JULAI HINGGA 31 OKTOBER 2018. Ia merupakan tahun ketiga kempen ini dilaksanakan berikutan sambutan luar biasa yang diterima dari pihak majikan dari syarikat swasta dan kerajaan pada tahun sebelum ini.

Wahhh!!! Bayar gaji dengan potongan zakat, dapat 10 hadiah percutian menarik termasuk hadiah utama menunaikan umrah tajaan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd yang bernilai RM28,000 ditawarkan. Para pemenang bagi kempen ini bakal diumumkan sewaktu Karnival Zakat pada bulan November akan datang.

PPZ-MAIWP akan menganjurkan aktiviti turun padang dengan melawat ke beberapa syarikat swasta dan badan kerajaan untuk memaklumkan mengenai skim ini disamping menerangkan fungsi utama PPZ-MAIWP yang merupakan agensi dilantik bagi mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, manakala agihan pula dilaksanakan oleh Baitulmal-MAIWP. Pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,000 kakitangan yang akan membuat potongan gaji zakat sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Bagaimana caranya nak sertai kempen ini ??? Teramatlah senang. Sila pilih kaedah di bawah :
Permohonan Online : www.zakat2u.com.my/bayar-zakat
Kaunter-kaunter PPZ
Hantar borang yang lengkap kepada majikan anda dan emailkan ke skimthohir@zakat.com.my
Hubungi TALIAN ZAKAT :  1 300 88 5757

This slideshow requires JavaScript.

Alamat : Wisma PPZ, 68-1-6,Dataran Shamelin, Jalan 4/91 Taman Shamelin Perkasa, Cheras 56100 Kuala Lumpur

Hubungi : 1-300-88-5757

Laman web : www.zakat.com.my

Facebook : https://www.facebook.com/myzakat/

Instagram : https://www.instagram.com/pusatpungutanzakat/?hl=en

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s