Tarikan Expo Taiwan 2018 Yang Patut Semua Orang Tahu


I am what I am…….

Kalau tidak banyak, sedikit rasa terkejut dan excited pasti ada apabila Mamable menjejakkan kaki ke ‘Soft Launch Taiwan Expo 2018’. Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta. Mengenali Taiwan memberi pengalaman berbeza, menerbitkan rasa cinta yang tak disangka-sangka.

Tarikan Expo Taiwan 2018 Yang Patut Diketahui

  • Lebih 22,000 dijangka hadir ke Taiwan Expo 2018 di Pusat Konvensyen dan Pameran Kuala Lumpur (KLCC) yang akan menampilkan 12 pavilion pameran utama.
  • Pelbagai inovasi ditonjolkan bagi mempamerkan kecanggihan penyelidikan serta pembangunan negara tersebut.
  • Inovasi-inovasi hebat dan bermutu tinggi yang menonjolkan kecanggihan penyelidikan dan pembangunan negara Taiwan seperti ‘Lengan Robot’ berkolaborasi dengan pengesan visual pintar dan pencetak 3D telefon bimbit  yang pertama di dunia.

  • Taiwan Expo 2018 yang bertema ‘Menghubungkan Taiwan, Menghubungkan Dunia’ akan menampilkan 250 gerai oleh 200 syarikat yang meliputi pelbagai kategori seperti  Bandar Pintar, Teknologi Hijau, Penjagaan Kesihatan, Halal Taiwan, Gaya Hidup  Taiwan  dan  Pelancongan Taiwan.
  • Teknologi canggih Taiwan juga akan dipaparkan di beberapa bahagian pameran bertema. Taiwan Excellence umpamanya  akan mempamerkan produk umum yang terunggul; Digital Commerce & Startups yang menggabungkan pemimpin dalam bidang e-dagang; Produk ICT mendominasi  bidang teknologi internet dan komunikasi di Taiwan; Smart Health Station yang membawa teknologi pintar ke dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan dan banyak lagi.

  • Teknologi Hijau juga akan dipaparkan dengan jelas di bawah platform  penyelesaian teknologi hijau bandar pintar, bahan binaan  hijau untuk pembangunan lestari sekaligus mempromosikan gaya hidup yang lebih prihatin terhadap alam sekitar.

  • Taiwan telah membangunkan industri halal dengan cemerlang dan Taiwan Halal Pavilion akan memperkenalkan industri halal Taiwan ke pasaran Malaysia.
  • Pengunjung juga boleh menghayati  fesyen, produk kecantikan dan budaya berbasikal di ruang pameran Taipei IN Style, dan mengalami sendiri pengalaman kombinasi fesyen dan sukan yang Taiwan ditawarkan.

This slideshow requires JavaScript.

This slideshow requires JavaScript.

Taiwan Ekspo merupakan salah satu aktiviti utama untuk melaksanakan ‘Dasar Pandang Ke Selatan Taiwan’ (Taiwan Southbound Policy) di Asia Tenggara. Antara negara-negara yang telah dijelajahi sebelum ini termasuklah Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand dan India. Manakala, Malaysia yang menjadi destinasi terakhir merupakan kemuncak siri jelajah Taiwan Expo pada tahun ini yang menjadi tumpuan perhatian ramai.

Taiwan Ekspo 2018 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 25hb. Oktober (Khamis) sehingga 27hb. Oktober (Sabtu), dari pukul 10 pagi hingga pukul 6 petang. Kemasukan adalah percuma dan pengunjung hanya cuma mendaftar untuk mendapatkan pas masuk.

Untuk pendaftaran aktiviti-aktiviti ekspo atau maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Taiwan Ekspo: http://mys.taiwanexpoasean.com/ atau Platform media sosial www.facebook.com/TaiwanExpo.mys/ dan instagram.com/taiwanexpo2018_malaysia

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s