I am what I am……….
Sekiranya Mamable diberi pilihan untuk memiliki satu alat solek, berkemungkinan Mamable akan memilih sebatang gincu. Gincu bukan sahaja menyerlahkan wajah, ia juga menyerikan muka dengan sentuhan sedikit warna. Gincu juga penyeri segera bagi wanita yang sibuk dan bekerjaya seperti Mamable kannn.
Persoalan yang sering kali bermain di kepala, adakah anda pernah lalui perkara seperti gincu apa yang sesuai dengan warna kulit. Gincu warna ini padan atau tidak dengan warna kulit sebegini? Pernah atau tidak? Mesti pernah bukan! Nahh, jangan pening kepala kerana Irisa Cosmetics tampilkan warna-warna yang mempesona dan Mamable kongsikan beberapa tips untuk anda semua.
Gaya hidup
Gaya hidup yang diamalkan dan situasi di mana warna itu dipakai. Adakah ia untuk ke tempat kerja atau ke majlis formal?
Ton warna kulit
Sebelum membeli gincu, lihat warna kulit anda. Wanita berkulit gelap lebih sesuai menggayakan warna-warna dramatik, terang dan gelap. Mereka yang mempunyai bayangan kulit kekuningan warna-warna panas adalah lebih sesuai.
Saiz bibir
Sekiranya bibir anda nipis daripada biasa, anda patut memilih warna-warna lembut dan bukan gelap kerana warna gelap menyebabkan bibir kelihatan kecil. Sebaliknya warna terang yang berkilauan boleh menyebabkan bibir kelihatan penuh dan besar.
Waktu
Kekalkan warna-warna lembut untuk siang dan lebih gelap untuk malam. Kemasan matte dan krim menawarkan penampilan yang lebih lembut untuk siang hari, sementara kemasan berkilat memberikan elemen glamor pada sebelah petang dan malam. Warna nipis dan kelihatan natural dengan sedikit kilauan juga elok digayakan pada sebelah siang.
Tekstur
Anda harus menilai kepentingan tekstur. Adakah anda mahu warna matte yang boleh berkekalan sepanjang hari? Tetapi jika anda dapati warna matte terlalu mengeringkan, pilihlah matte yang mempunyai tekstur berkrim.
Tetapi jika anda lebih menggemari sesuatu yang lebih nipis dan atau sedikit berwarna-warni, pertimbangkan sama ada anda kisah menyapukan beberapa lapisan gincu berkilau dan bukan hanya sekali dua dengan sesuatu yang lebih tahan lama.
Berani Mencuba
Sekiranya warna yang dicuba tidak memuaskan hati, hasilkan warna anda sendiri dengan menggabungkan beberapa warna. Cara paling senang untuk melakukannya ialah dengan menyapukan setiap warna dengan menggunakan dan mencampurkannya menggunakan berus bibir.
Sesuaikan dengan solekan
Warna gincu yang terang dan gelap sesuai digandingkan dengan solekan mata yang lembut, sementara warna gincu yang lembut atau neutral kelihatan lebih baik dengan solekan yang berat.
Irisa Cosmetics Pencetus Produk Kecantikan Dari Tumbuhan
Usahawan paling muda berumur 15 dan 17, Iman dan Irisa gandingan adik-beradik telah menzahirkan jenama kecantikan milik Bumiputera sepenuhnya yang dikenali sebagai Irisa Cosmetics.
Tampil dengan 5 pilihan pewarna bibir (flux matte) yang segar dan neutral. Adik-beradik ini percaya bahawa Irisa Cosmetics mampu memenuhi kehendak kulit wajah wanita Asia untuk sentiasa tampil anggun dan bergaya.
Produk yang berasaskan daripada tumbuhan atau bahan semulajadi bukannya mudah untuk ditemui di negara ini. Irisa Cosmetics merupakan produk bebas paraben, sesuai untuk kulit yang sensitif dan ia mudah dibawa ke mana-mana. Gincu bibir Irisa Cosmetics mudah menyerap, bebas dari cecair, pemakaian yang tahan lama, mesra wuduk dan dijamin halal. Lima warna Irisa Cosmetics :
- Solo
- Stigma
- Valerie
- Moonlight
- Dead Roses
Irisa Cosmetics
Alamat : 19-10, 19th Floor, Q Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, 50470 Kuala Lumpur
Hubungi : 03-2276 0328
Laman web : www.irisacosmetics.com
Facebook : https://www.facebook.com/Irisa-Cosmetics-264123954169789/
Instagram : https://www.instagram.com/irisacosmetics/?hl=en