I am what I am……..
Dah menjadi rutin seorang mama dalam menyediakan persiapan persekolahan anak-anak. Bermula saja cuti persekolahan, anak-anak dah mula membuat senarai barang yang perlu dibeli.
Si Kakak kata, dia akan pilih sendiri kasut sekolah apa yang dia nak. Sama juga dengan si Adik. Nak dijadikan satu cerita, si Papa mengajak kami berjalan-jalan di sekitar Petaling Jaya. Tertanya-tanya juga kenapa kami ke sini.
Laaaa rupa-rupanya si Papa bawa kami ke Sunfeet International Rehab Centre. Impian Papa untuk beli kasut sekolah anak-anak di sini. Mamable pernah dengar mengenai tempat ini dari rakan-rakan blogger dan suratkhabar. Kalau nak tahu, Datuk Dr. Edmund Lee berkata, tidak ramai yang menyedari pemilihan kasut yang bertepatan amat penting bagi menjaga sendi di bahagian bawah badan.
Malah ada juga ibubapa yang mengambil ringan soal penjagaan kaki anak-anak dengan mengabaikan aspek pemakaian kasut bersesuaian kerana rata-rata menitikberatkan penjagaan kaki hanya selepas mengalami masalah atau masalah kaki menjadi lebih serius.
Di Sunfeet International Rehab Centre, Mamable dan anak-anak dapat membuat free scanning kaki. Di mana kami dapat mengnal pasti keadaan kaki dan kondisi kaki. Melalui foot screening ini juga kami dapat mengenal pasti jenis kaki dan kasut yang sesuai dengan kaki kami.
Ada 3 jenis tapak kaki yang korang perlu tahu iaitu normal foot, high arch dan flat foot.
Sunfeet International Rehab Centre bukan hanya menawarkan khidmat nasihat dan terapi pemulihan bagi mereka yang mengalami masalah berkaitan seperti mempunyai kaki yang rata, palsy serebral, sakit lutut, scoliosis atau sebagainya malah turut menawarkan produk orthotic dan prostetik bagi membantu proses pemulihan tanpa sebarang surgery atau ubat.
Makin seronoklah si anak-anak bila si Papa nak belanja kasut sekolah dari Sunfeet. Jenuh jugalah nak melayan mereka ni. Nasib baik free scanning tadi dapat membantu kasut apa yang sesuai untuk anak-anak. Amat sesuai dengan kempen Sunfeet ‘Back To School, Healthy Feet Healthy Kids’.
Info Sunfeet International Rehab Centre
Alamat : 18, Jalan 19/1, Seksyen 19 Petaling Jaya, 46300 Petaling Jaya, Selangor
Hubungi : 013-912 2939
Laman web : http://www.sunfeet.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/sunfeetinternational/
Instagram : https://www.instagram.com/sunfeet_rehab_center/?hl=en