Apa Yang Dimaksudkan Perempuan Murahan Dan Ciri-Cirinya


I am what I am………

images

Fahamkan dulu maksud perempuan murahan sebelum menghakimi orang lain sebagai ‘PEREMPUAN MURAHAN’. Jika berbicara tentang perempuan murahan tentunya difikiran kita hanya ada satu definisi iaitu perempuan yang sering bertukar-tukar pasangan atau dengan maksud lain seperti sesuatu yang tidak berkualiti hingga dijual dengan harga yang sangat murah dan seseorang yang memang menjual harga dirinya dengan murah.

Di sini Mamable memfokuskan ‘PEREMPUAN MURAHAN’ adalah seseorang yang menjual harga dirinya dengan murah. Masyarakat menganggap ‘PEREMPUAN MURAHAN’ sebagai tidak memiliki harga diri, rendah tarafnya serta mereka juga sukar untuk memperbaiki diri.

Tergerak hati Mamable untuk menerangkan ‘Apa Yang Dimaksudkan Perempuan Murahan Dan Ciri-Cirinya’. Perkara ini tercetus apabila segelintir anak muda yang bijak pandai melabelkan seseorang perempuan yang berkahwin adalah ‘Cheap’ dan perempuan yang tidak berkahwin pula adalah seorang perempuan yang pandai menjaga diri. Kenyataan yang paling tak boleh diterima oleh akalkan. Maknanya mak kita seorang yang ‘CHEAP’ ker? Perempuan-perempuan yang dah berkahwin, bahagia bersama keluarga masing-masing juga dilabelkan sebagai ‘CHEAP’ ke?

Wahai anak-anak muda yang bijak pandai, tolonglah fikir dulu sebelum berkata-kata. Kerana kata-kata membuat orang lain terasa hati. Jangan anggap diri korang dah matang dalam sesuatu perkara. Apa yang Mamable tau, kematangan sukar untuk dijelaskan..secara umum, menjadi matang ditakrifkan sebagai ‘bersikap seperti orang dewasa’. Mengikut pengalaman Mamable, kematangan tidak ditentukan dengan umur. Pengalaman banyak mengajar kita dan itulah kematangan sebenarnya.

Di bawah ini merupakan ciri-ciri seorang ‘PEREMPUAN MURAHAN’ :

  1. Bertukar-tukar pasangan
  2. Mudah dirayu
  3. Curang
  4. Gaya pakaian
  5. Berbicara kotor
  6. Berbicara tentang seks
  7. Menonton video seks
  8. Tiada dara
  9. Jual diri

Kesimpulan Mamable : Semua orang tahu bahawa wanita ini diciptakan oleh Allah dengan penuh kecantikan dan kehalusannya. Terdapat banyak keistimewaan dalam diri seorang wanita. Wanita juga adalah salah satu tonggak utama untuk membina ummah. Dialah yang mendidik anak-anak nanti sedari dalam kandungannya, hinggalah si anak itu membesar menjadi seorang manusia yang berguna untuk masyarakat dan juga agama. Namun, untuk menjadi wanita berjaya mendidik anak-anak ini adalah bukan wanita yang lemah. Bukan lemah dengan hawa nafsu dan godaan dunia. Di sinilah kita perlu memahami perbezaan antara ‘PEREMPUAN MURAHAN’ dan wanita yang hebat.

Satu persoalan yang amat menjadi keraguan mereka adalah, “adakah masih mampu dan layak untuk menjadi seorang wanita yang di segani, dan wanita yang benar-benar hebat?”. Hanya satu jawapan yang mampu Mamable katakan adalah peluang untuk merubah diri itu selalu ada selagi mana hidup kita belum berakhir.

Jika sekali lagi Mamable dengar anak-anak muda bijak pandai ni melabelkan perempuan itu sebagai ‘Cheap’ atau ‘Perempuan Murahan’, Mamable dengan bangga berkata, ‘Aku bangga dengan hidup aku sekarang kerana aku berjaya menerajui sebuah rumah tangga bersama suami ketika susah dan senang dan rasa bangga melahirkan tiga orang insan yang comel, cantik, sempurna dan cemerlang’.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s