Pengakuan Sukarela LHDN


I am what I am……..

Program khas ini merupakan salah satu usaha kerajaan dalam melakukan reformasi percukaian bagi menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela mengisytiharkan pendapatan bagi meningkatkan kutipan cukai untuk pembangunan negara. Pengakuan sukarela ini boleh dibuat di mana-mana pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di seluruh negara bermula pada 3 November 2018 sehingga 30 Jun 2019.

Berikut adalah maklumat berkenaan kategori pembayar cukai dan kadar penalti yang akan dikurangkan mengikut tempoh pengakuan sukarela dan bayaran cukai dibuat :
Kategori Pembayar Cukai
Tempoh Membuat Pengakuan Sukarela dan Kadar Penalti
3/11/2018 – 31/3/2019
1/4/2019 – 30/6/2019
Pembayar cukai yang masih belum berdaftar dengan LHDNM dan belum mengemukakan BNCP / BNP / BNCKHT bagi mana-mana tahun taksiran
10%
(bayaran sebelum atau pada 1/4/2019)
15%
(bayaran sebelum atau pada 1/7/2019)
Pembayar cukai yang sudah berdaftar dengan LHDNM tetapi masih belum mengemukakan BNCP / BNP / BNCKHT bagi mana-mana tahun taksiran
Pembayar cukai yang telah mengemukakan BNCP / BNP / BNCKHT tetapi tidak melaporkan pendapatan / keuntungan pelupusan aset dengan betul bagi mana-mana tahun taksiran
Pembayar duti yang mengemukakan surat cara melebihi enam (6) bulan selepas tempoh penyeteman (30 hari dari tarikh surat cara disempurnakan)
10% atau minimum RM50
15% atau minimum RM100

Ke mana hasil cukai dibelanjakan :

  • Membantu golongan yang memerlukan
  • Kesihatan
  • Infrastruktur dan kemudahan awam
  • Pertanian dan perindustrian
  • Keselamatan dan pertahanan negara
  • Kolej / Universiti
  • Sekolah

Tunaikan tanggungjawab anda sebagai WIRA NEGARA :

  • Isi borang nyata cukai pendapatan – individu tidak menjalankan perniagaan sebelum / pada 30.04.2019 dan individu yang menjalankan perniagaan sebelum / pada 30.06.2019
  • Hantar borang nyata cukai pendapatan (e-BE / e-B / e-BT / e-M / e-MT / e – P) melalui e-filing
  • Menyediakan kemudahan bayaran cukai secara elektronik
  • Bayaran melalui kad kredit dan perbankan
  • Semua rekod perniagaan dan lain-lain dokumen berkaitan pendapatan perlu disimpan selama 7 tahun samada dalam bentuk manual atau elektronik untuk audit oleh LHDN

Nota Penting Yang Perlu Kita Ketahui

Pembayar cukai yang menerima surat atau e-mel pemakluman tidak perlu bimbang, sebaliknya perlu segera menghubungi LHDN untuk maklumat lanjut. Malah mereka boleh mengabaikan pemakluman itu sekiranya sudah melaporkan pendapatan, perbelanjaan dan pelepasan cukai kepada kerajaan. Kalau korang nak tau kira-kira 8.3 juta surat dan e-mel dikeluarkan LHDN kepada pembayar cukai berdaftar adalah makluman berkenaan PKPS yang bermula 3 November 2018 dan berakhir pada 30 Jun 2019 ini.

This slideshow requires JavaScript.

Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut berkenaan program khas ini, sila hubungi kami di:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s