MMSOS Hero Siber Dan Penyelamat Komuniti Masakini


I am what I am……….

Kali ini Mamable nak bercerita pulak pasal satu aplikasi ni. Aplikasi MMSOS kini dah makin popular tau. Tak kira muda tua malah kanak-kanak pun dah mula mengenali MMSOS.

Pendekkan cerita, Mamable merupakan member berbayar untuk aplikasi ini. Bila dah jadi member MMSOS, Mamable diberi kelebihan dalam ‘benefit’ MMSOS. Salah satu ‘benefit’ yang Mamable dah guna ialah ‘Health’. Pemeriksaan secara percuma di Pantai Hospital Cheras dan Mamable jimat RM365 tau.

This slideshow requires JavaScript.

Pemeriksaan apa yang Pantai Hospital Cheras berikan pada Mamable secara percuma tu? Korang nak tau ke…..meh sini Mamable sharing kat korang yer.

  1. Blood test – BP, BMI, Blood Glucose, Cholesterol
  2. Facial Analysis – Help in identifying skin problem
  3. Eyes Screening – Screening for detect of Eye Cataracts, Glaucoma, Diabetic Retinopathy & Macular Degeneration

Korang kena booking tarikh untuk rawatan di atas. Pastu korang akan dapat satu nombor booking dan pengesahan email daripada MMSOS Admin dan Wellness Centre, Pantai Hospital Cheras. Terbaik tau servis diorang ni, cepat dan pantas.

Semasa di Wellness Centre, Pantai Hospital Cheras, Mamable kena register dulu, selepas tu Nurse Zuraini memberikan servis tip top dan Mamable hanya duduk menunggu apa yang perlu dibuat saja.  Mamable rasa dah macam orang yang ‘have-have’ ajer tau. Okeylah tu berangan untuk sehari kannnnnn.

Mula-mula sekali Mamable kena buat Blood Test checking – BP, BMI, Blood Glucose dan Cholesterol. Alhamdulliah semuanya okey walaupun hakikatnya genetik mempunyai sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Pastu Eye Screening, nak tau adakah Mamable mengalami Eye Cataracts, Glaucoma, Diabetic Retinopathy dan Macular Degeneration. Menurut Pakar Mata Dr. Chong mesin eye screening ni yang pertama dan satu-satunya di Pantai Hospital Cheras. Melalui ujian tersebut Mamable diagnosis Glaucoma. Apa tu Glaucoma? Glaukoma merupakan penyakit mata yang menyebabkan kerosakan pada saraf optik. Saraf optik merupakan laluan yang membawa imej yang dilihat ke otak. Sekiranya tidak dirawat, ianya  boleh merosakkan saraf optik secara perlahan-lahan sehingga mengakibatkan kebutaan yang kekal. Di seluruh dunia, didapati bahawa glaukoma merupakan penyebab kebutaan kedua tertinggi. Dianggarkan terdapat 4.5 juta pesakit menjadi buta disebabkan oleh penyakit glaukoma. Jumlah ini akan meningkat kepada 11.2 juta pada tahun 2020. Tersentak jugalah hati ini mendengarnya. Tapi Dr. Chong ada sarankan untuk berjumpa semula dengannya pada 01.10.2019 nanti. 6 bulan selepas pemeriksaan tersebut. Selalunya dalam masa 6 bulan, mungkin ada perubahan yang berlaku. Tiada sapa yang tau kecuali Allah Taala.

Image result for eye screening glaukoma

Image result for glaukoma

Akhir sekali Mamable kena jalani Facial Analysis – Help in identifying skin problem. Bab yang ini membuatkan Mamable tertarik okeyyyyy. Menurut Nurse Farah, Mamable ada masalah jeragat huarghhhhhhhh tapi jangan risau kerana rawatan awal boleh mengelakkan jeragat ini berleluasa kannnnnnnn.

So inilah keputusannya jeng jeng jeng……

This slideshow requires JavaScript.

55807260_2370623192981274_5177190111590219776_n
Alhamdulillah Mamable sihat walafiat cuma bab obesiti tu buat menyakitkan hati ajer

Terima kasih MMSOS kerana andalah penyelamat kami sebenarnya. Tak ramai yang mengetahui bahawa MMSOS bukan sekadar satu aplikasi kecemasan malah ia sebenarnya HERO Siber masakini.

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s