Patin Tempoyak Temerloh Kini Di Danau Kota, Kuala Lumpur


I am what I am…………

Anda suka makan ikan patin masak tempoyak. Tak payah nak pening kepala bagai, kini patin tempoyak Temerloh dah ada di Danau Kota, Kuala Lumpur. Malah anda boleh call dan mereka delivery terus kepada anda. Terkejut tak korang……….patin tempoyak ada di KL.

Tunggu apa lagi tu start kereta jom ke sana….haaaaaa ini dia Mamable share lokasi ikan patin tempoyak tersedap tu.

Kancil Raja Patin Danau Kota
Jalan 2, 1/23e, Kuala Lumpur,
11am – 5pm, Isnin tutup
Tel: 012-951 1470 (Ameer), 017-988 4042 (Firdaus)

IMG_20190127_170523_mh1549363752661
Mamable pinjam gambar daripada http://www.anajingga.com

Nak dijadikan cerita, Mamable dah lapar sangat. Tapi sebelum tu tempat ini direkomenkan oleh Cik Anna dan Abang Fauzi yang suka makan tu. Cik Anna ni kalau tempat tu sajikan makanan yang sedap, dia akan rekomen tempat tu pada yang lain. Okey sambung balik penceritaan Mamable, laaaa patutlah lapar rupanya dah masuk waktu lunch.

Memang kena buku dengan ruaslah nampaknya, dah lapar tahap gaban dan disajikan pulak patin pais dan patin tempoyak. Mak aihhhhhhh sedapnya, sedap tak terkata. Bila menaip ni boleh kecur pulak haishhhhhhhhh.

Simple ajer makan kat sini, santai dan cool tau. Maklumlah kiri kanan Jalan Danau Kota ni terdapat deretan gerai-gerai makan so terpulang pada tekak tu nak makan apa. Boleh dikatan kat sini merupakan syurga makan bagi mereka yang minat nak makan secara ‘street food’.

Chef cilik yang bernama ‘Rosyam Nor’ ni menghidangkan set makan tengahari seperti nasi putih, ulaman timun, sambal belacan, patin tempoyak dan tambahan menu iaitu patin pais tempoyak.

56476788_2381050295271897_8476948162949414912_n
Chef cilik ni menggelar dirinya ‘Rosyam Nor’, tak taulah tu nama betulnya atau sekadar gurauan. Apa-apa pun sajian patin tempoyaknya memang terbaik.

Korang tak cayakan, jom eksplor gambar-gambar yang Mamable sempat snap…

This slideshow requires JavaScript.

Mamable sharing jugak video Kancil Raja Patin di Temerloh. Video ini diambil di FB Page https://www.facebook.com/kancilrajapatin/

Korang tunggu apa lagi tu, cepatlah start enjin kereta tu, moh kita ke Jalan Danau Kota, Kuala Lumpur sekarang.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s