Khairul Nizam JamuMall Insan Luar Biasa


I am what I am……

1 Mei bukan sekadar hari cuti umum pada Mamable tapi merupakan pengiktirafan dan penghargaan kepada golongan pekerja yang menyumbang kepada pembangunan negara. Bertemakan ‘Pekerja Amanah, Aspirasi Negara’, membuatkan Mamable teringat pada seorang insan istimewa bernama Khairul Nizam yang hanya mampu menggerakkan 3 jari telah berjaya mencipta sejarah tersendiri dengan membina empayar bisnes JamuMall. Tiada siapa menyangka di sebalik statusnya sebagai orang kurang upaya (OKU), insan istimewa ini mampu berdiri dengan sendirinya. 

“Setiap manusia ada kisah hidupnya tersendiri. Masing-masing ada kesusahan dan kesenangan yang orang lain tidak faham melainkan mereka merasainya sendiri,” kata Khairul Nizam.

Mak dan ayah, Nizam tak mampu nak gerak dan makan sendiri .. tapi Nizam taknak menyusahkan mak dan ayah, jadi Nizam usaha cari duit dan bayar PA untuk uruskan tugasan harian Nizam . Kite saja yang mampu ubah nasib kite .. !!, inilah kata-kata Nizam pada mak dan ayahnya.

Khairul Nizam telah membuktikan bahawa kekurangan dirinya bukan penghalang untuk berjaya dan kejayaan adalah milik semua. Semoga semangat Khairul Nizam menjadi inspirasi dan wajar jadi pencetus untuk individu menjadi insan luar biasa. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan…betul tak

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s