Resepi Rendang Daging Dengan Rempah Rendang Mak Siti


I am what I am………

Time Mamable anak dara trang tang tang dulu, rendang hanya available bila time raya aje. Dulu rasa buat rendang sangatlah complicated. Dengan nak blend cili, kupas bawang, halia, lengkuas…masa tu anak dara kan, so rasa sangat malaslah bila kena tolong mak abah kat dapur. La ni tak payah tunggu raya, bila-bila masa pun boleh buat rendang. Mana taknya sekarang banyak benda segera. Cam serbuk rendang Mak Siti ni.

Nak cari rempah ratus Mak Siti ni senang ajer. Ada dijual di mana-mana tau. Nak dijadikan cerita, Mamable sibuk berbelanja barang dapur di Sogo kebetulan ternampak paket Rempah Ratus Mak Siti. Terpikirlah jugak, asyik masak rendang yang sama setiap tahun, apakata tahun ini try rempah Mak Siti iaitu Serbuk Rempah Rendang.

Mamable masak mengikut apa yang disarankan dipek pembungkusan Serbuk Rempah Rendang Mak Siti. Tapi serbuk rendang ni takdelah short-cuts banyak pun. Still kena prepare bawang, halia, lengkuas, dan lain-lain cuma tak payah nak masukkan cili kisar dan rempah lain-lain sebab semuanya dah terkandung dalam pek serbuk rendang ni. Rasa pun sedap, tak pedas sangat, budak-budak pun boleh makan.

This slideshow requires JavaScript.

Kalau korang nak tau, Mak Siti merupakan jenama serbuk rempah ratus asli masakan rasa kampung, produk Halal dan diusahakan oleh syarikat melayu di Muar, Johor. Terdiri daripada Rempah Kari Daging, Rempah Kari Ikan, Rempah Kurma, Rempah Rendang, Rempah Daging Masak Kicap, Rempah Ikan Masak Kicap, Rempah Makanan Laut dan Rempah Sup Kepala Ikan.

This slideshow requires JavaScript.

Sambil-sambil tu Mamable share resepi Rendang Daging menggunakan Rempah Rendang Mak Siti :

Bahan-Bahan :

  1. Daging Lembu
  2. Rempah Rendang Mak Siti yang dibancuh dengan air
  3. Bawang Merah
  4. Lengkuas
  5. Halia
  6. Cili Padi
  7. Serai
  8. Santan
  9. Daun Limau Purut
  10. Garam

Nota : Blend bahan-bahan nombor 2 sehingga nombor 6

Cara-Cara :

  • Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah di blend tadi sehingga naik bau dan masukkan serai. Masukkan Rempah Rendang Mak Siti dan kacau hingga sebati.
  • Pastu masukkan santan dan gaulkan hingga sebati. Kemudian masukkan daging dan tunggu sehingga mendidih hingga pecah minyak.
  • Apabila santan dan daging dah sebati, korang boleh masukkan daun limau purut dan garam secukup rasa. Macam biasalah, korang kacau hingga ia sebati. Baunya jangan cakaplah…semerbak satu rumah….ooppps sorry jiran sebelah hehehehehe

Huhhhh kesat peluh sat….haaaaa mudah kan? Cukup sempurna rasa rendang daging dengan menggunakan Rempah Ratus Mak SitiSekarang tak perlu susah-susah, tak perlu peningkan kepala risau nak masak rendang. Dengan hanya menggunakan Rempah Mak Siti, korang boleh masak apa pun untuk keluarga dan rakan taulan. Korang boleh klik link ni untuk semua resepi Mak Siti : https://www.maksiti.com/recipe.html

Mesti korang tertanya-tanya mana nak dapatkan Rempah Ratus Mak Siti??? Jangan risau sebab Rempah Ratus Mak Siti boleh didapati di pasar raya seperti Tesco, Jusco, Aeon Big, Hero, Sogo, CS Brother dan kedai-kedai runcit yang berhampiran kawasan anda. Apakata korang lawat Mak Siti di :

FB Page : Rempah Ratus Mak Siti

IG : @rempahratusmaksiti

Website : http://www.maksiti.com

Whatsapp : 017-330 9330

62019232_2756865067720460_5201947716128604160_n

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s