DEUM Melancarkan Aplikasi BOSS 4.0 Dalam Melahirkan Lebih Ramai Usahawan Digital


I am what I am………..

This slideshow requires JavaScript.

Program e-usahawan merupakan salah satu inisiatif DEUM untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia, wanita dan peniaga. Melalui program ini, mereka dapat terokai  perniagaan e-usahawan dan membantu memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan.

Pada 15 Julai 2019, Mamable mendapat jemputan daripada Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia (DEUM) untuk majlis MOU dan pelancaran Aplikasi BOSS 4.0. DEUM merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diberi mandat dalam memajukan sektor ekonomi dan melahirkan usahawan tempatan. DEUM kini sedang bergerak ke hadapan bersama Aplikasi BOSS 4.0 yang akan dilancarkan pada hari tersebut dan ia membuka pintu kepada semua pihak dalam membantu usaha kerajaan untuk mentranformasikan Industri 4.0 ini ke arah operasi digital dari segi ekonomi, sosial dan pembangunan. Wah! ini membuktikan Malaysia bakal menjana pertumbuhan ekonomi, sosial dan pembangunan ke arah pendigitalan yang holistik.

Aplikasi B.O.S.S bermaksud B= Busines O= Owner S= Self S= Starter. Aplikasi BOSS 4.0 merupakan aplikasi yang menawarkan kemudahan buat para peniaga kecilan dan penjaja, bakal didapati di platform mudah alih utama iaitu IOS dan Play Store. Aplikasi mudah alih ini membolehkan peniaga dan penjaja menjual produk mereka secara atas talian. Sebagai seorang peniaga, anda juga perlu lebih memanfaatkan penggunaan smartphone anda supaya aktiviti-aktiviti berkaitan perniagaan, pembungkusan serta penghantaran dapat dijalankan dengan lebih mudah dan pantas. Ia juga membantu anda melakukan jualan dengan lebih efektif.

Fungsi utama Aplikasi BOSS 4.0 :

  • Ruang niaga dalam talian
  • Terima pembayaran secara online
  • Dapatkan notifikasi pembayaran
  • Tangkap gambar atau muat naik gambar produk secara mudah
  • Pengurusan inventori yang menyenangkan
  • Paparan analisa jualan dan pesanan
  • Muat turun data serta laporan jualan
  • Penghasilan & penghantaran resit secara automatik
  • Tetapan dan jejak penghantaran anda kepada pelanggan

Dengan hanya melanggan RM1,000 anda boleh :

  • Sewa ruang niaga online (server space rental)
  • Senarai percuma (free listing)
  • Lebih banyak jualan (more sales)
  • Lebih banyak pelanggan (more customers)
  • Lebih dikenali (more famous)

Disamping manfaatnya yang banyak, impak teknologi dan globalisasi bakal menggandakan persaingan dan meluaskan capaian tanpa sempadan. Aplikasi BOSS 4.0 ini menganggarkan 2000 pengusaha kecilan sasaran kepada semua peniaga warung, penjaja, peniaga restoran Melayu, peniaga restoran halal dan restoran Mamak menjadi penggerak dalam Industri 4.0 justeru itu mereka harus turut berubah.

Aplikasi ini merupakan inisiatif DEUM dalam mengurangkan isu kemiskinan, pengangguran, ketidaksamaan agihan, kos sara hidup dan menjamin kestabilan moral masyarakat. Sehubungan dengan itu, DEUM dengan drastik menandatangani usahasama dengan EZ9 Event Int. Co., Persatuan Penjaja, Persatuan Peniaga Pasar Malam dan Persatuan Foodtruck. Perincian lanjut mengenai usahasama ini akan dibuat pada sidang media hari ini.

Dengan adanya aplikasi ini, DEUM berharap dapat melahirkan lebih ramai usahawan online berjaya dan mengalu-alukan anda untuk menyertainya. Jelaslah di sini aplikasi sememangnya memainkan peranan sangat penting kepada peniaga serta penjaja dalam memasarkan produk  dan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan sehingga ke peringkat global.

Kepada para peniaga dan penjaja di luar sana, inilah peluang keemasan untuk meletakkan anda sebaris dengan usahawan digital yang lain. Sila hubungi DEUM di 018-388 8469 sekarang.

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s