Perasmian Majlis Tindakan Keselamatan Malaysia Untuk Program Usahawan MMSOS


I am what I am…….

Tak sangka Mamable MMSOS kini berada dalam fasa evolusi perindustrian yang lebih dikenali sebagai industri 4.0. Ia berlaku sebagai kesinambungan kepada ledakan teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan. Fasa baharu perihal tingkahlaku dan gaya hidup mereka berinteraksi dengan internet dapat dimanfaatkan untuk menghasilkan satu bentuk gaya kehidupan baharu yang lebih mudah, ringkas, cepat dan tepat dengan hanya 1 klik.

Sehubungan dengan itu, MMSOS mengatur langkah selaras dengan komitmen Kerajaan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara berada di peringkat antarabangsa dengan mewujudkan peluang pekerjaan dikalangan golongan belia dan kaum wanita sebagai usahawan yang sihat, berintegriti, berdaing saing dan lebih kompetitif. Dengan dana 8 juta daripada Yang Di Pertua Majlis Mesyuarat Pusat Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia iaitu Dato’ Seri Khairul Khuzaini Zamsani, dengan  menyasarkan 1000 usahawan belia akan dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan menerusi Majlis Tindakan Keselamatan Awam Malaysia yang telah dilancarkan pada 13.07.2019 lepas.

Bidang keusahawanan sememangnya diiktiraf sebagai antara bidang yang mampu memberikan pulangan yang lumayan dan namun ia masih lagi di peringkat permulaan di negara ini dengan penglibatan golongan belia yang menjadikannya sebagai kerjaya dilihat masih sedikit. Oleh itu, MMSOS kini berusaha menggiatkan satu ekosistem, menggalakkan anak-anak muda yang berminat untuk melibatkan diri dalam bidang usahawan.

Mesti tertanya-tanyakan, bagaimana aplikasi MMSOS ni boleh menjadikan seseorang itu usahawan. Matlamat utama MMSOS adalah membantu, memberikan pelindungan dan menyelamat. Maknanya mereka akan menjadi seorang Response Officer dan Usahawan dalam satu masa. Menjana pendapatan untuk ekonomi negara dan menyumbang kepada komuniti masyarakat. Ini secara tidak langsung melahirkan usahawan muda yang gemar menggunakan teknologi dalam kehidupan mereka.

Dengan adanya program ini, MMSOS berharap dapat melahirkan lebih ramai usahawan berjaya, seterusnya memberikan sumbangan kepada golongan memerlukan serta mengurangkan masalah pengangguran antara matlamat utama MMSOS, sekali gus memastikan golongan belia di negara ini cenderung terbabit aktiviti kemasyarakatan.

IMG_7499 (1)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s