Pelancaran Program Sayangi Hidupku Medicare


I am what I am……..

Event pada 23 Julai lepas, baru sekarang ni Mamable berkesempatan nak story pasal event ni. Dipendekkan cerita, Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan Program Manfaat Penjagaan dan Perlindungan Kesihatan, Kemalangan dan Hayat iaitu “Sayangi Hidupku Medicare”.

Program yang terbahagi kepada 2 ini juga mengkhususkan kepada golongan B40 supaya mereka juga boleh mendaftar mengikut kemampuan masing-masing. Program ini juga turut mendapat sokongan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan kerjasama syarikat penginsuran Great Eastern Holdings.

Majlis perasmian ini berlangsung di Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh Datuk Nordin Salleh selaku Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Turut hadir ialah Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah; Pengerusi Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad, Datuk Seri Panglima Haji Yahya B. Hussein dan beberapa pemimpin koperasi.

Image may contain: 9 people, people standing

Image may contain: 8 people, people smiling, table and indoor

Image may contain: 10 people, people sitting and indoor

Program yang diketengahkan ini juga membolehkan anggota koperasi menikmati manfaat perlindungan dan penjagaan kesihatan terbaik dengan kadar harga yang tidak membebankan.

Program Sayangi Hidupku ini adalah satu program bersifat tahunan dan merupakan plan perlindungan dan manfaat untuk individu. Keistimewaan yang korang perlu tau ialah tawaran ini dilengkapi dengan perlindungan insuran / takaful yang komprehensif dan syarat-syarat yang berdaya saing. So korang tak perlu risau. Antara keistimewaannya adalah

  • Menerima penyakit sedia ada tanpa memerlukan pemeriksaan kesihatan.
  • Menerima perlindungan seluruh 24 jam sehari.
  • Perlindungan serta merta maksima sehingga berumur 80 tahun.
  • Harga premium tetap bagi setiap tahun.
  • Diuruskan oleh Great Eastern Takaful iaitu Syarikat Insurans bertauliah yang juga terbabit dalam program nasional My Salam untuk golongan B40.
  • Tawaran komisen 9% dari jumlah premium tahunan kepada Koperasi yang mempromosi & berjaya mendaftarkan ahli-ahli Koperasi masing-masing.

4 faktor utama yang mendorong kepada kewujudan Program “SAYANGI HIDUPKU” :

  • Kos perubatan yang kian meningkat
  • Bilangan penyakit kronik yang tinggi
  • Struktur kekeluargaan yang semakin lemah
  • Peningkatan umur mendadak

Anda berminat, sila hubungi :

  • KOPERASI TANJONG KERAMAT KOTA KINABALU BERHAD (KOP-KERAMAT)
    Lot13-6, Blok C, Royal Plaza Putatan
    Jalan Putatan, KM11.2 Putatan
    88200 Kota Kinabalu, Sabah
  • 088-734 950
  • AJ BIZ SOLUTIONS
    Infinity Tower
    Unit 11-8, Jalan SS6/3, SS6
    47301 Petaling Jaya
    Selangor Darul Ehsan
  • 03-7887 4442 | 03-7887 3442
  • info@sayangihidupkumedicare.my
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s