Elegan Residensi Taman Putra Perdana Gaya Moderate Mampu Milik


I am what I am…….

Memiliki rumah sendiri merupakan impian semua orang termasuklah Mamable. Bercerita mengenai rumah, masih-masing pasti menginginkan rumah idaman sempurna dengan kejiranan yang baik, kemudahan yang lengkap dan selamat.

Pening kepala ni memikirkan apakah rekabentuk rumah idaman dan lokasi kenalah yang strategik, mudah untuk pergi dan balik kerja serta persekitaran yang selamat. Nasib baiklah ada syarikat pemaju perumahan iaitu Tema Warisan Sdn Bhd (Gadang Holdings Group) yang banyak membantu Mamable dalam memilih rumah idaman Mamable sekeluarga.

Walaupun pelbagai pengalaman yang ditempuhi, alhamdulillah Mamable dan suami bakal mendiami rumah idaman kami tau. Mesti korang tertanya-tanyakan mengapa rumah townhouse Elegan Residensi, Taman Putra Perdana menjadi pilihan dan bukan di tempat lain.

Haaa inilah sebabnya……..

This slideshow requires JavaScript.

Harga Mampu Milik

Sejajar dengan inisiatif kerajaan Rumah Idaman Rakyat, Tema Warisan Sdn Bhd (Gadang Holdings Group) menawarkan rumah idaman townhouse mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Townhouse Elegan Residensi adalah sejenis rumah yang mempunyai konsep unik kerana ia lain daripada townhouse yang ada di Malaysia. Di dalam rumah townhouse ini rupanya seolah-olah seperti rumah teres tapi setiap tingkat ada unit yang tidak bersambung antara satu sama lain – maksudnya, setiap pemilik memiliki 1 unit untuk sesuatu tingkat di rumah townhouse itu. Keluasan 1.281 kaki persegi  membolehkan anda menghiasinya mengikut citarasa anda sendiri.

Yang paling best adalah ia mengekalkan privasi hidup anda serta gaya hidup yang moderate.

Rumah townhouse ini amat sesuai bagi mereka yang mencari 1st property yang tidak membebankan anda. Sebagai pembangunan berstrata, pemilik rumah bandar mempunyai kawalan penuh terhadap kawasan komunal seperti kebersihan, landskap, keselamatan dan pungutan sampah yang ditadbir di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (SMA2013).

Kualiti dan Keselamatan

Hartanah mereka dibina mengikut piawai kualiti yang tinggi dan mendapat pengiktirafan CIDB Qlassic.

Pelaburan Masa Hadapan

Projek ini dibina di lokasi yang mempunyai potensi pembangunan yang tinggi sesuai untuk dijadikan pelaburan masa hadapan. Dalam jangka masa panjang, rumah townhouse Elegan Residensi ini bakal mewujudkan kediaman yang bersih dan seragam malah kita bakal memperoleh pelaburan yang lebih baik.

Suasana Hijau & Fasiliti Yang Lengkap

Kawasan perumahan townhouse yang dikelilingi dengan kehijauan pokok-pokok dan tasik menjadi ia  kediaman yang selesa serta sesuai untuk keluarga melakukan aktiviti beriadah. Disediakan juga gelanggang bola, taman permainan, ‘outdoor fitness equipment’, multipurpose court, laluan jogging, gazebo, juga berdekatan dengan kemudahan luar seperti restoran, sekolah, shopping mall dan banyak lagi.

Dengan kemudahan lengkap yang disediakan di Elegan Residensi ini anda hanya perlu membayar penyelenggaraan yang rendah.

Yang penting lokasi Elegan Residensi ini menghubungkan kita dengan Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya dan KLIA melalui rangkaian lebuhraya utama seperti Elite Highway, MEX, LDP dan Kesas.

Kejiranan Yang Kondusif

Kejiranan yang kondusif (membina), selamat dan baik adalah kunci utama dalam pembentukan anak-anak, termasuk juga faktor persekitaran dan pembelajaran yang akan menentukan masa hadapan mereka. Sebab itu Tema Warisan Sdn Bhd (Gadang Holdings Group) menawarkan kediaman townhouse dengan persekitaran yang sempurna dan selesa.

Fasa Persaraan

Fasa persaraan merupakan fasa untuk beristirehat dan pastinya menjadi keutamaan untuk masa hadapan kita. Sehubungan dengan itu Tema Warisan Sdn Bhd (Gadang Holdings Group) sedia membantu untuk membuat pilihan yang terbaik dalam membina kediaman selesa untuk kita di hari tua kelak.

Korang tak payah pening-pening dah nak piker mana nak tinggal, rekabentuk rumah yang macam mana, selamat ke tak selamat.

This slideshow requires JavaScript.

Hubungi mereka ni……..

Tema Warisan Sdn Bhd, No. 67-G, Block D, Tanming Boulevard, Jalan Meranti Jaya 3/1 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel : 03-80665533 / 03-80666116

Image may contain: 1 person, outdoor

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s