Belajar Berenang Dengan Swimrush


I am what I am……….

Berenang bukan sahaja menjaga kesihatan, malah juga membentuk tubuh yang lebih sempurna. Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang sihat sering dilakukan, oleh golongan belia mahu pun dewasa. Ada yang gemar melakukan sukan lasak seperti hiking, sukan permotoran seperti go kart serta aktiviti yang biasa kita lihat seperti bola sepak dan badminton atau bowling.

Sukan air iaitu berenang kini menjadi pilihan ramai untuk bersenam. Ia adalah sukan paling popular yang melibatkan di dalam air, sehingga renang termasuk di dalam acara Olimpik, temasya sukan terbesar di dunia.

Senaman renang adalah perkara yang sinonim dalam masyarakat kita. Tambahan pula, pada zaman nenek moyang kita dahulu telah menjadikannya sebagai salah satu aktiviti riadah pada waktu petang. Aktiviti berenang kini luas skopnya. Malah, kini terdapat banyak kemudahan untuk melakukan aktiviti tersebut.

Jika dahulu, kita boleh berenang hanya di laut dan sungai, kini terdapat kemudahan khas seperti kolam renang yang disediakan kepada kita.

Bagi umat Islam, Rasulullah S.A.W menyarankan kepada ibu bapa supaya mendidik anak-anak mereka berenang sebagai salah satu cara untuk beriadah. Sudah terang lagi bersuluh, jelas perkara yang disuruh oleh Nabi Muhammad S.A.W pasti akan membawa kepada kebaikan terutama kepada kesihatan.

Kelebihan Berenang:

1.       Menurunkan Berat Badan

Ternyata, senaman renang menjadi pilihan ramai kerana kemampuannya menurunkan berat badan. Senaman renang dapat membakar banyak kalori di dalam badan. Badan memerlukan tenaga bagi melawan arus air dan menampung berat badan untuk terus bergerak di dalam air. Tenaga yang digunakan untuk bergerak di dalam air dapat membakar kalori di dalam badan sebanyak 24% (sumber daripada http://marinanawi.blogspot.com/2012/07/kelebihan-berenang.html).

2.       Membentuk Postur Badan

Mungkin sebelum ini anda sibuk dengan kerja anda atau sering melakukan aktiviti yang memerlukan untuk mebongkokkan badan. Situasi ini membuatkan postur badan tidak seperti biasa dan anda sekaligus menjadikan badan anda menjadi sedikit membongkok. Antara kelebihan berenang ialah mengembalikan postur badan anda seperti biasa. Apabila anda berenang, segala otot pada badan anda bergerak dan otot anda yang tegang akan kembali lentur. Otot-otot tersebut juga akan menjadi lebih kuat kerana semuanya bergerak ketika anda berenang.

3.       Kurang Risiko Kecederaan

Apabila berenang, risiko untuk anda mengalami kecederaan adalah amat kecil. Berenang tidak memerlukan pergerakan yang agresif dan ‘pertempuran’ satu sama lain. Malah, berenang adalah salah satu cara rehabilation (pemulihan) untuk atlet yang mengalami kecederaan. #Berenang juga sesuai kepada sesiapa yang tidak mampu melakukan senaman dengan kadar kardiovaskular yang tinggi, iaitu pesakit asthma dan orang kurang upaya.

4.       Meningkat Stamina

Selain itu, berenang adalah salah satu cara untuk anda meningkatkan stamina. Berenang dikategorikan sebagai senaman jenis kardiovaskular, senaman yang memerlukan tenaga yang tinggi. Berenang turut membantu anda bebas daripada penyakit berbahaya dan berupaya membantu seseorang itu melakukan sesuatu kerja tanpa berhenti untuk tempoh yang lama. #Kelebihan berenang juga ialah ia mampu untuk menyelesaikan masalah pernafasan kepada yang mempunyai penyakit asthma kerana sistem kardiovaskular akan membuatkan pernafasan anda menjadi lebih baik dan lancar.

5.       Mengurangkan Stres

Berenang juga mampu meredakan stres yang terbeban di dalam otak fikiran anda. Masa dengan berenang di dalam air membantu menenangkan kembali kadar denyutan jantung anda. Secara tidak langsung ia berupaya membantu anda daripada terkena serangan jantung. Berenang juga mampu melatih anda menjadi lebih tenang. Apabila seseorang pandai berenang, mereka tidak mudah panik apabila berdepan situasi yang mencemaskan. Mereka akan berfikir secara lebih rasional, tahu tindakan yang patut diambil apabila berlakunya kecemasan.

Kenapa Perlu Belajar Berenang?

Dengan kemahiran renang yang anda ada, sekiranya berlaku kecemasan atau kecelakaan sudah tentu anda dapat menggunakannya bagi menyelamatkan nyawa sendiri. Pendekatan kita dalam hal kelas renang jauh berbeza dengan beberapa negara di Eropah. Di sana, tidak kira anak lelaki atau perempuan – diwajibkan mengikuti kelas renang. Kalau tidak ikut serta akan didenda. Hakikatnya, kebanyakan murid sekolah tidak tahu cara berenang yang betul.

Pelik juga perkara yang begitu penting begini, kita biar ia berlalu begitu sahaja tanpa benar-benar berusaha untuk memperbaikinya. Untuk belajar renang bukan payah pun. Cuma kita tidak berusaha mencari guru atau jurulatihnya. Kenapa berkira tentang kos belajar renang jika kita sedar betapa pentingnya ilmu renang itu.

Bab kemahiran berenang ini mungkin tidak boleh lawan anak-anak nelayan dan budak kampung. Macam-macam gaya renang dan terjunam boleh mereka tunjukkan. Itu kanak-kanak dahulu, sekarang – entahlah ada kemahiran berenang atau tidak, belum pasti.

Sampai sekarang, Mamable belum lihat lagi satu program kelas renang dicadangkan dimasukkan dalam senarai aktiviti ko-kurikulum ataupun aktiviti wajib di sekolah. Ingatlah renang adalah salah satu kemahiran keselamatan. Kemahiran ini juga sangat berguna apabila tempat tinggal anda dilanda banjir.

Tidak perlu pun melantik guru yang ada diploma ke­mahiran renang – guna sahaja khidmat jurulatih renang yang berkelayakan. Pusat re­nang awam mungkin sudah ada petugas tersebut.

Tunggu apa lagi tu, jom belajar berenang untuk ‘Survival’ anda di dalam air bersama Instructor Aisha dari Swimrush Academy. Di sini Mamable share servis Swimrush :

Kids Swimming Class
4 hours • RM130-RM150 – Medium learning : FUN & INFORMATIVE – Suitable for Beginners – Learn Basic Swimming Technique – Water Confident & Survival Skills – Certified Instructor – FREE Swimming Cap – Provide Replacement Class – 5 years old and above.

Class Info :
Kompleks Renang Seri Siantan, Batu Caves
Monday
Slot 1 : 8-9pm
Slot 2 : 9-10pm
Thursday
Slot 1 : 8-9pm
Slot 2 : 9-10pm
Saturday
Slot 1 : 3-4pm
Slot 2 : 4-5pm
Slot 3 : 5-6pm
Sunday
Slot 1 : 9-10am
Slot 2 : 10-11am

Jalan Turi, Bangsar
Saturday
Slot 1 : 3-4pm
Slot 2 : 4-5pm
Slot 3 : 5-6pm
Slot 4 : 6-7pm

Ladies Swimming Class
4 hours • RM150 – Suitable for Beginners – Learn Basic Swimming Technique – Water Confident & Survival Skills – Coach by Lady Coach – Certified Instructor – FREE Swimming Cap – Provide Replacement Class
Mens Swimming Class
4 hours • RM150 – Suitable for Beginners & Intermediate – Learn Basic Swimming Technique – Water Confident & Survival Skills – Coach by Male Coach – Certified Instructor – FREE Swimming Cap – Provide Replacement Class
Class Info :
Kompleks Renang Seri Siantan, Batu Caves
Thursday
Slot 1 : 9-10pm

This slideshow requires JavaScript.

Their Passion………….
We are two swimming instructors who are passionate on teaching you how to swim efficiently and our goal is to see you live in a healthy lifestyle by include regular swimming exercise in your daily life. We believe it is essential to have at least basics swimming technique that might one day will save your life or your loved ones. For the Women out there, we develop Ladies Swimming Class with No Barrier Concept where the class will be conducted by lady coach. This class are suitable who are beginners with zero basics, water phobics, travel addict and simply want to keep fit and in shape. This class suitable for the women out there who want to maximize their learning experiences without any boundaries. Kids Swimming Class are also available starting at age 3 years and above. Learning Swimming will greatly enhance their water survival skills and motor skills. In psychology, exposing swimming lesson during their development phase will develop their self confidence and able to accept instruction better. This will help your kids learn at school better
Hubungi Swimrush :
Call/ WhatsApp 0133654711 – Instructor Aisha
swimrush6

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s