Sharnaaz Ahmad Dan Nelydia Senrose Gandingan Serasi Dalam Drama


I am what I am…………..

Setuju tak kalau Mamable katakan selera penonton Malaysia lebih tertumpu kepada drama yang diadaptasi daripada novel terlaris di pasaran. Yelah seperti drama yang hangat diperkatakan kini ditayangkan di TV3 iaitu drama Lelakimu Yang Dulu.

Gandingan serasi Nelydia Senrose dan Sharnaaz Ahmad yang lebih bersahaja, menarik dan serba sempurna telah membuatkan Mamable malah jutaan peminat dua pelakon ini terpegun depan tv pada pukul 7 petang hinggan 8 malam tau.

Selain drama Lelakimu Yang Dulu, Sharnaaz dan Nelydia juga pernah bergandingan dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan Setitis Kasih Darmia.

Di sini Mamable share sedikit sinopsis drama Bukan Aku Tak Cinta dan Setitis Kasih Darmia……petikan diambil dari Wikipedia yer…

Bukan Kerana Aku Tak Cinta merupakan sebuah drama televisyen sarat dengan konflik menyentuh perasaan. Kisah seorang cucu Tan Sri yang tergila-gilakan bekas ketua gengster menjadi paparan, bagaimanapun konflik mereka dilihat lebih menarik apabila diterjemahkan. Drama ini ialah adaptasi daripada sebuah novel dengan judul yang sama karya E-man Sufi, terbitan Pena Creative Sdn Bhd, dan ditayangkan di slot drama Astro Mustika dari 9 Disember 2013 sehingga 22 April 2014, setiap Isnin hingga Rabu pada jam 10 malam (60 episod). Ianya dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose sebagai teraju utama.

Episod terakhir drama ini berjaya mendapat 800 ribu tontonan dan mencatat rekod tontonan tertinggi bagi saluran Astro Mustika.

Barisan pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta :

  • Sharnaaz Ahmad sebagai Jebat / Ahmad Ziyad Iskandar Foo
  • Nelydia Senrose sebagai Hannah Mastura Umar Mukhriz
  • Iqram Dinzly sebagai Aryan
  • Adeline Tsen sebagai Airen / Damia
  • Lisdawati sebagai Hannah Maryam
  • Tony Eusoff sebagai Eric / Tiger
  • Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Tan Sri Idris
  • Alex Yanz sebagai Uwais
  • Azhar Sulaiman sebagai Wahab
  • Rahim Omar sebagai Bujang
  • Awie Dean sebagai Fisya
  • Chew Kin Wah sebagai Uncle Kwan
  • Ika Nabella sebagai Anis
  • Addy Ashraf sebagai Putera
  • Mak Wan sebagai Mak Cik Sarimah
  • Wan Raja sebagai Tengku Muiz
  • Syamim Razi sebagai Daqiq
  • Nur Fateha sebagai Nafisa

Mengisahkan tentang seorang lelaki berdarah campuran Melayu-Cina berhijrah selepas melakukan banyak kejahatan sebelum ini. Ahmad Ziyad bin Iskandar Foo atau lebih dikenali sebagai Jebat, dibesarkan oleh keluarga gengster selepas ibu bapanya mati dibunuh. Bagaimanapun, Jebat berubah selepas satu kejadian dan bertemu pula dengan abangnya, Wahab dan majikan abangnya, Uwais yang banyak membantunya.

Ketika berhijrah, tidak pernah terlintas di hatinya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya. Namun, sifatnya yang tenang, rajin dan baik telah menarik hati Hannah Mastura binti Umar Mukhriz iaitu adik ipar majikannya. Pelbagai cara dilakukan Mastura untuk menarik perhatiannya sehingga Jebat berasa rimas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak pernah berputus asa. Jebat tidak pernah menyangka gadis cantik, kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang mempunyai parut di bahagian mata.

Selepas berkahwin dengan Mastura, satu persatu rahsia Jebat terbongkar. Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui suaminya dulu bekas ketua gengster? Mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?

This slideshow requires JavaScript.

Setitis Kasih Darmia ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan pada setiap hari Selasa dan Rabu di slot Ratu TV9 mulai 14 Oktober 2014 (14 episod). Drama ini juga merupakan sebuah drama yang diadaptasi daripada sebuah novel hasil Naniey TJ. Diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Pena Creative Sdn Bhd. Teraju utama untuk drama ini ialah Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose

Barisan pelakon Setitis Kasih Darmia :

  • Sharnaaz Ahmad sebagai Khairul Amir
  • Nelydia Senrose sebagai Darmia
  • Zarynn Minn sebagai Haliza
  • Josiah Hogan sebagai Zulfekar
  • Puteri Chi Chi
  • Liza Abdullah
  • Kazaruddin Saisi
  • Azizah Mahzan
  • Fauziah Nawi
  • Dato’ Jalaluddin Hassan
  • Aznah Hamid

Mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia yang kehilangan kasih ibu dan terjebak dengan perkahwinan tanpa rela dan tidak pernah diduga apabila terpaksa menikahi lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Lelaki yang bernama suami meninggalkannya kerana maruahnya tercalar. Mujur ada Opah (Fauziah Nawi) dan Haliza (Zaryn Minn), sepupu yang memahami keadaanya sementara keluarganya yang lain mencemuh dan membenci dirinya. Tawaran untuk menyambung pelajaran membuka lembaran baru buat Darmia apatah lagi ditawarkan untuk bekerja sambilan oleh Haliza. Dia melanjutkan pelajaran sambil bekerja separuh masa sebagai orang gaji di rumah majikan Haliza, Khairul Amir. Tanpa Darmia ketahui, Khairul Amir adalah suami yang pernah meninggalkannya empat tahun lalu. Oleh kerana dia bekerja di siang hari, dia tidak pernah bertemu dengan Khairul Amir sehinggalah satu hari mereka bertemu lalu tersingkaplah rahsia antara mereka berdua.

Menyingkap kejadian empat tahun lalu, Darmia dan Khairul Amir pernah bernikah akibat ditangkap khalwat setelah Amir cuba menyelamatkan Darmia dari menjadi mangsa rogol. Amir yang merasakan dirinya dipergunakan telah meninggalkan Darmia sejurus selepas dinikahi dan tidak pernah kembali lagi. Lelaki itu muncul dengan dendam yang tidak pernah dilupakan. Rahsianya harus disimpan sebaik mungkin. Buatlah apa sahaja pada dirinya, Darmia rela agar Haliza tidak disakiti. Dalam benci datang kasih. Jauh Darmia pergi, semakin kuat Khairul Amir mengejar. Setitis Kasih Darmia memaparkan nilai kesabaran dan kekuatan Darmia dalam mengharungi pelbagai ujian demi pertahankan kebahagiaan hidupnya.

Anugerah dan pencalonan

 
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2015 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur Drama Pilihan Setitis Kasih Darmia Dicalonkan
Pengarah Drama Pilihan Jamal Khan Dicalonkan
Pelakon Drama Lelaki Pilihan Sharnaaz Ahmad Dicalonkan
Pelakon Drama Wanita Pilihan Nelydia Senrose Dicalonkan
Hero & Heroin Pilhan Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose Menang
Barisan Pelakon Pilihan Setitis Kasih Darmia Dicalonkan
Penulis Skrip Pilihan Rozie Rashid, Suhana Mohd Nor & Shaza Talib Dicalonkan
Anugerah Skrin 2015 Drama Rantaian Popular (Pilihan Media Sosial) Setitis Kasih Darmia Dicalonkan

This slideshow requires JavaScript.

Sambil-sambil tu Mamable nak jugak share sinopsis drama Lelakimu Yang Dulu…..sinopsis ni Mamable copy paste daripada Wikipedia.

Mengisahkan tentang Hazrul dan Daliya yang terpisah apabila Hazrul dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan merogol. Daliya yang terluka membawa diri bersama kandungan yang dirahsiakan daripada Hazrul. Setelah dua tahun berpisah, Hazrul menemui Dailya dan mendapat tahu tentang kewujudan zuriatnya bersama si isteri. Lantas rancangan diatur untuk mendapatkan zuriatnya, Heidi Isyraf dan mahukan Daliya kembali padanya. Disamping itu, Nazli yang setia disisi Daliya juga menyimpan perasaan cinta terhadap Daliya.

Barisan pelakon Lelakimu Yang Dulu :

Mamable tak sabar nak tunggu pengakhiran cerita ini….adakah Zana ditangkap polis atau dibunuh oleh geng Farouk ataupun ditahan di wad pesakit gila. Bagaimana pula dengan ibu Hazrul, semua ini mula menjadi pertanyaan….tak sabar nak tunggu episod 28 niiiiiii.

Image result for watak rosnah johari dalam lelakimu yang dulu

Itu ajer Mamable nak share pasal depa ni, lagi pun Mamable memang tak pernah nak review drama ke telefilem ke apa ker, tapi bila tengok gandingan mereka berdua ni membuatkan Mamable tergelak, menangis dan marah tau….tu yang tergerak hati nak cerita sikit pasal diorang ni.

Kalau nak tau siap tengok semua drama diorang yang lama melalui youtube. Dalam masa 2 hari dapat tengok habis drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan Setitis Kasih Darmia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s