Mee Rebus Mak Ude Di Jeti Bagan Datuk


I am what I am…….

Kalau pergi negeri Johor ada Mee Rebus Johor. Hidangan ini sesuai dimasak terutamanya untuk kenduri dan pada musim perayaan. Pergi ke Terengganu pula ada Mee Rebus Terengganu, ini membuktikan Mee Rebus ada di mana-mana. Cuma rasa saja yang berbeda.

Kalau korang nak tau, Mee Rebus adalah sebuah hidangan yang diperbuat dari mee telur kuning, yang juga digunakan dalam mi Hokkien, dengan kuah yang agak pedas manis. Kuahnya diperbuat dari keledek, serbuk kari, air, kacang soya masin, udang kering, dan kacang tanah. Hidangan ini dihiasi dengan telur rebus, limau kasturi atau limau nipis, daun bawang, daun sup, cili hijau, tauhu goreng, bawang goreng dan taugeh. Sesetengah tempat makan, gerai atau warung, ada menghidangnya dengan hirisan daging lembu. Selain itu, ada yang menambah kicap pekat pada mee apabila dihidang. Hidangan ini juga datang dengan sate.

Mak pernah citer, orang dulu-dulu, mee rebus dijual oleh penjual bergerak dengan menggunakan kandar. Ala yang letak kat bahu tu. Satu bakul mengandungi dapur dan periuk air masak, dan yang lain ramuan untuk hidangan.

Nak dijadikan citer, masa temankan kakak hantar mak dan maklang balik Bagan Datuk, kami singgah makan kat medan selera dekat jeti. Mak yang cadangkan makan kat Kedai Mee Rebus Mak Ude. Maklang pula jadi penunjuk arah. Hebat diorang tau.

Kat Kedai Mee Rebus Mak Ude ni ada menu lain selain Mee Rebus seperti Rojak Ala Mamak, masakan goreng-goreng……..apa orang kata tepuk dada tanyalah selera.

Mee Rebus ni salah satu makanan kegemaran Mamable selain Mee Bandung dan Mee Jawa. Bila dihidangkan depan mata dah tak toleh kanan kiri dah…..nilah penangan Mee Rebus. Selama sukakan Mee Rebus ni, Mamable tak tau yang kuahnya diperbuat dari keledek. Patutlah ada rasa manis.

This slideshow requires JavaScript.

Bagi peminat tegar Mee Rebus, Mamable share resepi Mee Rebus untuk korang cuba…….

Bahan-Bahan:
1 kg mi kuning – dicelur
250 gm taugeh – dicelur
Limau kasturi
Bawang goreng
3 biji telur – direbus
1 tangkai daun sup – hiris halus
Cili merah – hiris nipis
Cili hijau – hiris nipis
3 ketul tauhu – digoreng dan hiris sederhana nipis

Bahan untuk kuah:
1 senduk minyak masak
500 gm daging, hiris nipis
500 gm keledek merah – anggaran 2 ketul kecil
2 sudu besar taucu
5 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 cm halia*
1 sudu besar udang kering yang direndam*
2 sudu besar serbuk kari daging
6 cawan air
1/2 cawan serbuk kacang tanah ( kacang tanah digoreng tanpa minyak dan kisar halus)
2 cm lengkuas, dititik
1 biji tomato, dipotong dadu
Garam dan gula secukup rasa

Cara untuk memasak kuah:

Rebus keledek sehingga masak, dan lenyek halus.

Kisar halus bahan bertanda *.

Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus sampai wangi, kemudian masukkan rempah kari daging dan taucu.

Masak hingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau sebati

Masukkan air dan keledek yang dilenyek tadi. Masak hingga mendidih.

Kemudian masukkan lengkuas, serbuk kacang dan tomato. Didihkan sehingga kuah menjadi pekat.

Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

Cara untuk menghidang:

Masukkan sedikit mee yang telah dicelur ke dalam pinggan. Tuangkan kuah ke atas mi.

Hiaskan dengan tauhu goreng, daun bawang, telur rebus, cili merah dan hijau dan taugeh. Perahkan dengan limau kasturi.

mee4

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s