Terapi Mata Dan Minda Dengan Bunga Di Sungai Buloh


I am what I am…….

Kebetulan temankan kakak hantar mak balik kampung, lalu singgah Sungai Buloh untuk cari pokok buah. Mak dan maklang nak cari pokok buah Durian Belanda, Rambutan Gading, pokok Limau, Buah Kuini, Kedondong dan baja. Kata mak, pokok-pokok buah ni nak tanam kat kampung, senang nanti anak cucu balik dapat makan buah.

Landmark nak ke nursery ni adalah Klinik Kesihatan Sungai Buloh dan tak jauh dari Hospital Besar Sungai Buloh. Kawasan nursery ni dipenuhi dengan pokok bunga, mereka jual kat laman hinggalah ke tepi jalan raya. Jadi nak cari parking kereta tu pandai-pandailah ye.

Bawak RM50 anda dah boleh beli macam-macam pokok bunga dan buah tau. Mereka jual dengan harga yang murah serendah RM5.00 pun ada. Pelbagai baja pun ada dijual. Dalam kesibukan mak, maklang dan kakak memilih pokok buah, Mamable ambil kesempatan dengan mengambil gambar pokok bunga disekitar nursery. Geram tengok warna dan kelopak bunga yang kembang mekar tu. Terdapat pelbagai bunga, ada bunga raya, ros, kekwa, bunga kertas, kaktus pokok keladi, pokok bunga 3 bulan, lidah buaya dan banyak lagilah.

Terkejut Mamable tau, bila mak dan maklang tanya harga pokok buah yang tingginya anggaran 2-3 kaki hanya… RM10 hingga RM15! Murahnyaaaa…Mamable teringin nak beli tapi apakan daya rumahku tiada tempat nak bercucuk tanam bagai.

Inshaallah one day nanti, Mamable mempunyai rumah yang ada landskap ringkas dihiasi pokok-pokok bunga yang berwarna-warni menenangkan malah sinonim dengan alam dan ada kebun kecil berkonsepkan taman herba, menanam pelbagai herba untuk masakan harian seperti daun sup, kucai, selasih, kesum, cili, kunyit selain ulam.

Bagi Mamable, menanam ini sangat bagus bukan saja dari segi ekonomi terutama buat suri rumah kerana dapat berjimat, tidak perlu membeli sayur, buah-buahan dan bunga hiasan malah ia sebagai terapi mata dan minda.

This slideshow requires JavaScript.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s