I am what I am……..
Pernah makan nasi ambeng? Dihidangkan panas dalam dulang dengan nasi putih, ayam semur (ayam masak kicap), sambal goreng mee goreng, serunding kelapa dan tempeyek cukup mengenyangkan. Daun pisang digunakan sebagai pelapik di atas nasi memberikan bau aroma pada nasi tersebut.
Paling best bila melihat sendiri penyediaan nasi ambeng. Aktiviti memasak dan menyediakan nasi ambeng ini mengambil masa 3 hingga 6 jam tau. Hero utama dalam nasi ambeng ini adalah ayam semur. Diikuti dengan serunding kelapa, sambal goreng, mee goreng dan tempeyek. Cara makan nasi ambeng ni adalah menghidangkannya dalam dulang yang besar dan dimakan beramai antara 4 – 6 orang dalam satu hidangan. Sesungguhnya nasi ambeng ni dapat mengeratkan silaturrahim dikalangan kita, tanpa kita mengetahui begitu simboliknya nasi ambeng ini.
Hubungan orang Jawa dengan nasi ambeng ibarat irama dan lagu malah makanan tradisi itu kekal menu wajib dalam pelbagai majlis keraian masyarakat itu terutama di kampung-kampung.
Peminat nasi ambeng, ayuh kita ke Homestay Haji Dorani, Sabak Bernam di Selangor jika mahu menikmati keenakan makanan Jawa asli itu sambil dihidangkan dengan suasana alam yang mendamaikan, dengan hamparan sawah padi yang menghijau.