Majlis Makan Malam Sempena Pesta Rentak Selangor 2019


I am what I am……..

Para media disambut meriah diiringi Tarian Kuda Kepang di lobby hotel Impian Morib. Majlis Makan Malam Sempena Pesta Rentak Selangor Antarabangsa dan Kongres Identiti Seni Budaya Negeri Selangor dirai dengan meriah.

Bertemakan batik pada malam itu, membuatkan Mamable pening jap. Nasib baik Mamable beli seluar batik dari Terengganu untuk dipakai bersama baju kedah berwarna purple dan shawl warna pink gitu. Nampak simple tapi menarik kan.

This slideshow requires JavaScript.

Malam ini adalah sebahagian daripada usaha Negeri Selangor untuk menunjukkan kesenian dan kebudayaan yang terdapat di Selangor dan Pesta Rentak Selangor menjadi acara tahunan yang berterusan sepanjang tahun.

Selepas makan malam, kami ke Morib Square untuk menyaksikan persembahan Gordang Sambilan, Tarian Tor-Tor Bak, Kudang Kepang dan Kompang Jawa.

Mamable sendiri pun tak tau apa itu Gordang Sambilan, bukan siput godang ye anak-anak. Bila Mamable tengok sendiri, rupa-rupanya Gordang Sambilan ni persembahan gendang dan gendang tersebut ada sembilan. Menurut wikipedia, Gordang Sambilan ialah kesenian tradisional Suku Mandailing. Sembilan gendang ini mempunyai nada yang berbeza tau.

Tor-Tor pulak sebuah tarian perayaan yang berasal dari Batak Toba, Sumatera Utara. Tarian ini berusia ratusan tahun kauuuuuu. Tarian ini akan ditarikan untuk upacara kematian, kesembuhan dan sebagainya. Gerakan dan busana yang digunakan juga menarik. Nama Tor Tor berasal dari Tor Tor, yang merupakan bunyi hentakkan kaki penari di lantai papan rumah adat Batak. Tarian Tor-Tor ini diiringi dengan muzik Gondang Sambilan dan kemudian menimbulkan suara para penari di atas lantai.

Pastu Mamable tengok pulak Tarian Kuda Kepang. Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar. Apa yang Mamable tau, ia dikawal oleh seorang “danyang” yang menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh “danyang” itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu. Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan bergerak dengan lebih laju. Kalau nak tau lebih lanjut korang kenalah buat research bagai pasal Kuda Kepang ni.

This slideshow requires JavaScript.

Malam Mamable tidak berakhir di sini, persembahan diteruskan dengan Kompang Jawa. Korang, kompang ni tak sama tau dengan kompang pengantin tu. Ni baca ni Mamable ambil daripada JKKN mengenai Kompang Jawa – Kompang Jawa (dikenali juga sebagai Kompang Tiga) merupakan salah satu permainan tradisi masyarakat Melayu berketurunan Jawa yang berasaskan kepada paluan kompang. Terdapat perbezaan antara kompang ini dengan kompang lain iaitu alatan, paluan dan lagu yang didasarkan daripada Kitab Barzanji. Asal mula kompang ini wujud pada zaman Wali Sembilan di Pulau Jawa yang berfungsi sebagai salah satu cara berdakwah untuk menarik minat masyarakat dalam pengembangan agama Islam. Muzik Kompang Jawa ini telah dibawa oleh pedagang dari Kepulauan Jawa ke negeri Selangor pada awal tahun 1900 dan terus dimainkan bukan sahaja di masjid atau surau bahkan di majlis-majlis keramaian seperti khatam Quran, berkhatan, perkahwinan, hari kebesaran serta pesta-pesta yang diadakan secara besar-besaran. Antara lagu-lagu yang dimainkan adalah seperti Assolatu, Bissarri, Ya-Solatun, Sailillah dan lain-lain yang mana seni katanya terdapat di dalam Kitab Barzanji.

Haaa….jangan tak tau inilah kesenian Negeri Selangor yang korang patut tau. Semua tahu bahawa Malaysia terkenal dengan khazanah seni, budaya dan warisan. Terdiri  daripada masyarakat berbilang kaum misalnya masyarakat Melayu, India, Cina dan lain-lain, Malaysia kini tidak dinafikan mempunyai nama tersendiri di persada dunia. Malah, kita sering diingatkan supaya terus memelihara serta menjaga seni, budaya dan warisan agar tidak terus hayut dibawa arus kemodenan. Terima kasih Gaya Travel membawa Mamable mengeksplor seni budaya Negeri Selangor.

thumbnail_a90473b5-8637-457b-b022-46b13fe07288

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s