I am what I am……….
Bila cari kerepek pasti kita akan ke Kuala Selangor or Tanjung Karang kan. Apa kata kali ini kita beralih arah ke Banting pulak. Dengar citer kat Banting ni ada kerepek segar dari ladang, betul ke………namanya meniti disetiap bibir mereka yang suka mengunyah tak henti-henti hahahahahaha, Mamable gurau ajer ye.
Ros Kerepek Enterprise adalah produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Banting. Begitu popular dikalangan orang Selangor, para pelancong dari dalam dan luar negara malah favourite Raja Muda Selangor.
Apa yang Mamable nampak di sini ialah Ros Kerepek Enterprise antara usahawan berjaya yang telah membantu sosio ekonomi penduduk setempat dengan menggalakkan mereka menjadi pembekal bahan mentah penghasilan kerepek seperti ubi kayu, pisang, cili dan sebagainya. Bayangkan kawasan kat belakang gudang pemprosesan ni pun ditanamnya ubi kayu dan pisang ini adalah disebabkan bekalan bahan mentah tidak mencukupi. Nasib baik Ros Kerepek menggalakkan penduduk setempat menanam ubi kayu, keledek, sukun dan pisang malah mereka sendiri menjadi pembekal kepada Ros Kerepek.
Kalau korang nak tau, kerepek untuk bekalan pada hari raya tahun depan pun dah ada. Terkejut mak hokey. Sehari ajer mereka menghasilkan bertan-tan kerepek untuk dijual. Bekalan sentiasa ada untuk diborong. Pelanggan tak putus-putus datang membeli. Ada yang datang dari Ampang, Ipoh, Kuala Lumpur malah dari Banting pun ada.
Harga yang dijual pun berpatutan dan murah. Mamable beli 3 paket kerepek untuk dibawa balik. Round RM20 jugaklah Mamable belanja. Kerepek dia memang fresh dan kualiti dijaga baik. Belakang tempat memproses, di tengah tempat penyimpanan dan di hadapan pulak tempat kita shopping hahahahahaha.
Yang surprise dan tak sangkanya ialah perusahaan kerepek ini dimulakan oleh Encik Roslan dan isteri, bertujuan menampung perbelanjaan keluarga dan kini telah memberikan manfaat kepada orang ramai dan produk Kerepek Ros ni juga diedarkan ke Pahang, Terengganu, Johor dan seluruh Malaysia.
Bukan itu saja Kerepek Ros juga membantu menjana pendapatan kepada golongan sasaran tertentu seperti suri rumah, pelajar dan kalangan profesional yang menjadikan perniagaan kerepek sebagai kerjaya sampingan. Antaranya menjadi stokis, pengedar, ejen dan dropship kepada usahawan kerepek yang mengambil bekalan kerepek dari Kerepek Ros Enterprise.
Di sini Mamable share details mengenai Kerepek Ros Enterprise :
Alamat : 738, Jalan Sukun, Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangor
No. Tel : 03-3187 0512
Beroperasi setiap hari bermula pada 8.00 pagi hingga 10.00 malam
facebook : https://www.facebook.com/kerepekros/
Boleh waze : ROS KEREPEK
⛳ Ros Kerepek, Lot 738,Jalan Sukun,Kanchong Darat 42700 Banting, Selangor.
Boleh call or whatsapp utk order:
☎ 0331870512
📲 0122411051 www.wasap.my/60122411051
📲 0123455299 www.wasap.my/60123455299