Tadom Hill Resort Lokasi Percutian Menarik Di Selangor


I am what I am…….

Mamable touching tau dapat bercuti ke tempat viral ni……Tadom Hill Resort merupakan tempat menarik di Selangor. Menurut Shifa, Tadom Hill dulunya adalah kawasan perkampungan orang asli dan tasik tersebut menjadi tumpuan para kaki pancing. Ohhh lupa nak kenalkan, Shifa ni merupakan rakan media yang turut serta dalam trip bersama Gaya Travel untuk Pesta Rentak Selangor 2019.

Tempat percutian yang viral ni sangat indah tau kerana berdekatan dengan tasik dan permandangan bukit batu kapur. Kalau Mamable teruja, anda pasti akan teruja dengan keindahan di Tadom Hill Resort dan percutian akan menjadi lebih bermakna bersama keluarga tersayang. Macam promoter la pulak hehehehe…………

This slideshow requires JavaScript.

Kalau korang nak tau, tempat ini terletak di Banting, Selangor.  Tempat yang sangat sesuai bagi mereka yang meminati aktiviti luar dan lasak gitewwwww. Kat sini juga kita dapat bersantai melakukan aktiviti bersama rakan, keluarga, team building dan group bikers. Kebetulan masa Mamable menginap semalam di sini, ada pulak group team building dan bikers. Hujung minggu memang havoc tau. Jadi datang ke resort ni  kena buat reservation dulu mana tau bilik habis dibooking.

Mamable dapat rasa bagaimana chill dan relax nya tempat ini. Hampir segala dekorasi dan reka bentuk di Tadom Hill Resort ini diperbuat daripada buluh. Katil double decker pun daripada buluh, sejuk ajer bilik. Yelah pokok buluhkan sejuk. Malah dinding pun daripada buluh. Tak caye datanglah ke sini.

Sebelum Mamable terlupa, Mamable nak share apa yang kita boleh lakukan ketika berada di sini seperti aktiviti mandi manda di tasik. Selain daripada bersantai mandi-manda bersama keluarga, terdapat aktiviti lain seperti bermain kayak buluh, terjun macam tarzan, gelungsur, berbasikal dalam air dan banyak lagi lagilah. Semua kemudahan seperti jaket keselamatan dan rakit buluh adalah percuma. Kita boleh melakukan aktiviti ini dari 8:00 pagi hingga tasik ditutup iaitu 6:30 petang. Sehari berada di Tadom Hill Resort memang tak puas tau.

Pasal tempat tidur korang jangan risau sebab penginapan yang ada di Tadom Hill Resort memang banyak. Terpulang pada korang nak yang macam mana. Ada Gendui, Semantan, Hakka, khemah dan Hammock Sphere.

This slideshow requires JavaScript.

Bagi mereka yang tak boleh nak tidur malam tu jangan risau kerana berdekatan dengan Tadom ni ada banyak tempat makan. Lagipun dalam area Tadom ni pun ada bistro, coffee house dan juga kedai terletak bersebelahan dengan reception.

Kat bawah ni merupakan details Tadom Hill Resort, manalah tau kalau korang nak bercuti esok lusa kan.

Alamat : Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor, Malaysia.

Nombor Telefon :  +60 12-522 5728

Waktu Operasi : Kemasukan Harian (10:00 a.m – 6:45 p.m), Tutup Hari Isnin

Facebook : Tadom Hill 

Website : https://tadomhillresorts.com/

thumbnail_a90473b5-8637-457b-b022-46b13fe07288

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s