Nasib Baik Ada Mr. Muscle Toilet Bowl Cleaner


I am what I am……….

Harini Mamable nak ringankan minda sedikit bercerita mengenai bahan pencuci tandas dan kebersihan tandas itu sendiri. Tandas atau lebih lembut kalau dikatakan bilik termenung, adalah destinasi kita yang pertama dalam memulakan hari-hari kita. Jelaslah di sini bahawa jika tandas kita tidak bersih ia akan mencerminkan individu itu tersebut. Mak selalu sebut, kalau tandas dia bersih maknanya orangnya pun pembersih.

Mungkin ramai yang kurang ambil berat mengenai topik ini, tapi ianya adalah salah satu elemen dalam kehidupan. Mamable paling tak suka kalau tandas itu berbau busuk dan tidak bersih. Setiap 3 kali seminggu, Mamable akan mencuci tandas. Walaupun ada 5 orang dalam keluarga Mamable, tapi Mamable akan pastikan tandas yang digunakan mestilah bersih dan wangi gitewwww.

Ni Mamable nak sharing satu produk untuk tandas yang baru Mamable beli tau. Selalunya Mamable akan beli produk yang sama untuk tandas tapi pada kali ni nak cuba sesuatu yang baru. Baunya wangi seperti bunga walaupun dalam packaging. Tak sabar Mamable nak gunakannya.

Produk tersebut adalah Mr. Muscle Toilet Bowl Cleaner. Nak gunakannya simple ajer, firstly korang kena masukkan bekas yang ada gel tu ke dalam bekas biru yang ada lubang-lubang tu. Ala macam picagari hahahaha. Pastu korang buka penutup gel tu dan tepek kat area permukaan mangkuk tandas korang. Nanti korang akan nampak tepekkan gel warna ungu kat mangkuk tersebut. Akhir sekali korang flush dan mangkuk tandas korang menjadi bersih dan wangi sentiasa.

Lepas ni Mamable dah tak nak pandang produk pencuci tandas yang lain sebab Mr. Muscle Toilet Bowl Cleaner kini menjadi buah hati kami sekeluarga. Tepek, flush, bersih dan wangi. Masuk tandas pun happy ajer. Tq Mr. Muscle kerana berikan kebahagian itu kepada kami sekeluarga.

Ni Mamble nak nasihat sikit, masyarakat kita seringkali memandang remeh terhadap isu kebersihan tandas. Disebalik kebersihan tandas ini, ia memberi implikasi yang sangat besar kepada kesihatan, kebersihan dan persekitaran. Sebab itulah Mamable sanggup berkongsi pendapat bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mereka di luar sana terhadap kepentingan kebersihan tandas dan menjadi budaya yang dipratikkan.

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s