Apa Itu Coronavirus Wuhan Dan Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenainya


I am what I am………

Rasa seram sejuk jugaklah pasal wabak virus corona ni. Satu isu yang membimbangkan masyarakat dunia pada ketika ini. Virus ni sememangnya agresif sistem pernafasan haiwan mamalia termasuklah manusia. Lagi gerun apabila tiada vaksin atau ubat untuk merawat mereka yang dijangkiti.

Sehari sebelum kita menyambut Tahun Baru, pihak berkuasa China telah melaporkan mengenai satu kejadian kluster radang paru-paru (pneumonia) yang tidak diketahui punca jangkitannya, melibatkan masyarakat setempat di Wuhan, China. Pihak berkuasa
China juga telah melaporkan kepada WHO pada 5 Januari 2020 bahawa jangkitan tersebut bukanlah jangkitan influenza, avian flu, adenovirus, Middle East Respiratory Syndrome coronavirus (MERS-CoV) ataupun Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS).

Pelbagai teori dan spekulasi yang timbul mengenai tercetusnya wabak tersebut. Ada yang kata mungkin berasal dari kelawar atau ular. Tetapi apa yang kita semua ketahui, ia sekaligus membangkitkan kebimbangan kerana apabila sesuatu virus itu adalah virus baru, kita tidak tahu bagaimana ia memberi kesan pada manusia.

Pada 07 Januari 2020, pihak berkuasa China mengesahkan bahawa mereka telah mengenal pasti virus baru.

Apa Yang Diketahui Tentang Virus Ini?

Virus baru ini adalah sejenis koronavirus, merupakan anggota keluarga virus yang merangkumi selsema biasa dan virus seperti SERS dan MERS. Virus ini diberi nama “2019-nCoV” atau novel koronavirus. Seperti koronavirus yang lain, ia berasal dari haiwan.

Kebanyakan mereka yang dijangkiti virus ini samada bekerja atau sering berbelanja di pasar borong makanan laut Huanan di pusat bandar China yang juga menjual haiwan hidup dan yang baru disembelih.

apa itu coronavirus

Apakah Gejala Yang Disebabkan Oleh Koronavirus Wuhan?

Virus ini menyebabkan radang paru-paru. Mereka yang jatuh sakit akibat virus ini dilaporkan mengalami batuk, deman dan kesukaran bernafas. Dalam kes yang teruk ia boleh mengakibatkan kegagalan organ. Oleh kerana ia adalah radang paru-paru viral, maka penggunaan antibiotik adalah sia-sia. Malah ubat-ubatan antiviral yang kita ada ketika ini menentang selsema juga tidak mampu berfungsi. Jika pesakit dimasukkan ke hospital, mereka mungkin mendapat sokongan untuk paru-paru dan organ lain serta cecair dalam badan. Pemulihan bergantung kepada sistem imun masing-masing dan ramai orang yang telah meninggal dunia akibat virus ini sememangnya sudah berada dalam keadaan kesihatan yang tidak baik.

Adakah Virus Ini Boleh Dipindahkan Di Antara Manusia?

Pemindahan virus ini dari manusia ke manusia telah disahkan oleh suruhanjaya kesihatan Negara China.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memberitahu bahawa 3 kes melibatkan virus ini telah dikesan di Malaysia.

kes coronavirus di seluruh dunia

Mengapa Virus Ini Lebih Berbahaya Daripada Selsema Biasa?

Sehingga kini kita masih tidak tahu betapa bahayanya koronavirus ini, dan kita tidak akan tahu sehingga lebih banyak maklumat diperolehi. 26 kematian daripada 800 kes yang dilaporkan bermakna kadar kematian berada pada tahap 3%.

Sebagai perbandingan, selsema bermusim biasanya mempunyai kadar kematian di bawah 1% dan dikatakan menyebabkan hampir 400,000 kematian setiap tahun di seluruh dunia.

Perbezaan penting ialah tidak seperti selsema, koronavirus ini tidak mempunyai vaksin bermakna ia dalah lebih berbahaya kepada populasi yang lemah termasuklah orang tua atau mereka yang mempunyai masalah pernafasan dan imun.

kematian akibat coronavirus china semakin meningkat

novel coronavirus dikatakan disebabkan oleh kelawar atau ular

Cara Melindungi Diri Anda

Orang awam harus melakukan apa yang sepatutnya setiap musim selsema seperti :

  1. Basuh tangan anda dengan sabun dan air selama sekurang-kurangnya 20 saat
  2. Elak menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci
  3. Elakkan menyentuh atau berhampiran dengan orang yang sakit
  4. Jika anda berasa tidak sihat, tutup mulut atau hidung apabila batuk atau bersin
  5. Bersihkan objek dan permukaan yang anda sentuh
  6. Pakai topeng muka yang bersesuaian ketika berada di luar rumah

pencegahan coronavirus

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s