Tahun Baru Cina 2020: Tikus Lambang Ketekunan Dan Kebijaksanaan


I am what I am……..

Hai korang! Kali ni Mamable nak cerita pasal si tikus. Tikus ialah bintang haiwan yang pertama dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Pada zaman silam, tikus disanjung sebagai pelindung dan pembawa kekayaan.

Sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini merupakan giliran tikus pula mengikut kalendar masyarakat Cina. Kali terakhir bagi elemen logam untuk tahun tikus ialah 60 tahun yang lalu iaitu 1960. Tikus juga mempunyai beberapa sifat positif yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian.

Tahun Dan Lima Unsur Tikus

Sesiapa yang lahir dalam mana-mana lingkungan tarikh berikut boleh dikatakan lahir pada “Tahun Tikus,” serta juga membawa lambang unsur yang berikut:

Tikus Logam, Tikus Air, Tikus Kayu, Tikus Api & Tikus Tanah

  • 31 Januari 1900 – 18 Februari 1901: Tikus Logam
  • 18 Februari 1912 – 5 Februari 1913: Tikus Air
  • 5 Februari 1924 – 24 Januari 1925: Tikus Kayu
  • 24 Januari 1936 – 10 Februari 1937: Tikus Api
  • 10 Februari 1948 – 28 Januari 1949: Tikus Tanah
  • 28 Januari 1960 – 14 Februari 1961: Tikus Logam
  • 15 Februari 1972 – 2 Februari 1973: Tikus Air
  • 2 Februari 1984 – 19 Februari 1985: Tikus Kayu
  • 19 Februari 1996 – 6 Februari 1997: Tikus Api
  • 7 Februari 2008 – 25 Januari 2009: Tikus Tanah

Ramalan Tahun Tikus Logam 

Mereka yang dilahirkan pada tahun tikus bakal mengalami perubahan. Anda boleh berubah dengan baik atau berubah menjadi buruk. Ia bergantung kepada bagaimana anda mahu meninggalkan zon selesa anda sekarang. Juga dikatakan mempunyai naluri yang kuat, pemikiran yang tajam dan merupakan seorang yang bersikap berhati-hati. Mereka boleh bertindak balas dengan baik dalam semua keadaan, mempunyai otak yang berfikiran futuristik, popular di kalangan rakan-rakan, dan boleh menyesuaikan diri dalam apa-apa situasi dengan senang.

Sang tikus dikatakan paling serasi dengan zodiak monyet dan naga berbanding zodiak kuda dan kambing.

Warna biru dan emas pula dipercayai merupakan warna yang akan membawa tuah kepada mereka yang dilahirkan pada tahun tikus.

Kekuatan mereka termasuklah bijak, positif, fleksibel, dan ceria. Tetapi, kelemahan mereka termasuk bersikap pemalu, degil, suka memilih kawan, terburu-buru dan juga senang bosan. Pada tahun 2020, tikus akan mempunyai kekayaan yang cukup baik dalam hal kewangan dan dalam segi kerjaya mereka.

Mereka mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapat kenaikan gaji, kenaikan pangkat ataupun lulus dalam ujian. Tetapi mereka haruslah berhati-hati dalam soal kesihatan mereka kerana sistem pernafasan mereka mungkin terjejas dan mungkin mengalami masalah jantung.

Dalam hal percintaan, mereka yang belum berpunya akan memulakan hubungan cinta yang baru tetapi mereka haruslah berusaha dengan keras untuk mengejar seseorang atau meminta bantuan daripada kawan-kawan untuk memperkenalkan “calon” yang baik.

Image result for tikus logam

Image result for tikus

Tahun Tikus Adalah Masa Terbaik Untuk Ekonomi Malaysia

Tahun Tikus adalah masa terbaik untuk ekonomi Malaysia menyediakan pelan alternatif berkaitan ekonomi dan pentadbiran dalam semua sektor bagi mengekalkan kemampanan. Membuat pelaksanaan dan keputusan dengan penuh kewaspadaan kerana ekonomi ‘kelihatan’ baik. Namun, ia mungkin baik di permukaan sahaja kerana kita percaya ada kekurangan dari unsur logam, yang melambangkan kekayaan.

Tahun 2020 dianggap menarik untuk mencapai persahabatan baharu, jaringan baharu dan permulaan baharu. Tahun ini juga diyakini masa terbaik untuk mereka mampu melangkah jauh dan menjadi pemimpin yang baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s