Majlis Apresiasi Media 2020 LHDN


I am what I am………..

Assalammualaikum uols, buat apa tu? Time macam ni mesti korang tengah lunch or keje kan. Sambil-sambil tu bolehlah singgah baca entry Mamable ni.

Harini Mamable nak story pasal kejadian semalam, 18.02.2020 di Sunway Putra Hotel. 1st time Mamable join majlis apresiasi media anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) tau. Rasa bangga bila kita sebagai pengamal media ni dirai dan diiktiraf kerana peranan kami dalam membangunkan negara. Mak aihhhhh ramai betul pengamal media yang hadir…..hampir 200 orang gitu. Apa yang Mamable tau, mereka terdiri daripada ketua-ketua agensi dan wartawan termasuk media dalam talian seperti Mamable telah hadir bagi memeriahkan majlis apresiasi ini.

Image may contain: Rosmawati Aboo Hassan, standing

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Dato’ Sri Dr. Sabin Bin Samitah, inisiatif ini diadakan khusus buat rakan-rakan media di Malaysia sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas sokongan yang telah mereka berikan selama ini khususnya sepanjang tahun 2019 melalui laporan berita serta publisiti yang diterbitkan melibatkan peranan LHDNM.

Sepanjang tahun 2019, sebanyak 12,746 laporan berkaitan LHDNM telah dipaparkan oleh pihak media merangkumi 8,408 media cetak, 862 media elektronik dan 3,476 media online. Keseluruhan jumlah laporan ini menunjukkan bahawa penglibatan media amat penting dalam usaha untuk menyebarkan maklumat percukaian negara kepada rakyat dan pada masa yang sama memberikan pendedahan serta pendidikan awal tentang dasar dan polisi percukaian kepada orang ramai.

Ujar Dato’ Sri Dr. Sabin Bin Samitah lagi, liputan media yang positif dan meluas dapat mengukuhkan jenama LHDNM dan melalui publisiti yang berterusan daripada pihak media, setiap perkhidmatan yang ditawarkan lebih dikenali dan menjadi pilihan masyarakat. Proses engagement dengan rakyat juga dapat dilaksanakan dengan jayanya menerusi mesej yang disampaikan melalui saluran media ini.

Contoh kejayaan LHDNM yang boleh dikongsikan hasil daripada sokongan pihak media ialah pencapaian Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) di mana menerusi hebahan secara berterusan oleh pihak media, seramai 286,428 pembayar cukai telah tampil membuat pengakuan sukarela yang melibatkan jumlah cukai, cukai tambahan dan penalti sebanyak RM7.877 bilion serta PKPS juga berjaya menarik seramai 11,176 pembayar cukai baharu ke dalam jaringan cukai LHDNM.

Signifikan hubungan rapat antara LHDNM dan rakan-rakan media juga terbukti apabila LHDNM telah berjaya mengutip jumlah cukai langsung tertinggi dalam tahun 2019 sebanyak RM145.110 bilion, iaitu peningkatan sebanyak RM 8.076 bilion atau 5.89 peratus berbanding rekod kutipan cukai langsung pada tahun 2018. LHDNM percaya rakan-rakan media telah berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang dalam mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan di LHDNM serta melaporkan isu-isu percukaian negara dengan tepat dan berkesan.

Majlis ini turut dihadiri oleh barisan pengurusan atasan LHDNM dan pegawai-pegawai kanan LHDNM bagi merapatkan hubungan LHDNM yang sedia ada bersama pengamalpengamal media di dalam sesi perkongsian pandangan dan pendapat ketika majlis ini berlangsung.

Part paling best bila lucky draw. Daripada 200 pengamal media yang hadir, hanya 60 yang dapat lucky draw dan Mamable diantaranya.

This slideshow requires JavaScript.

 

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDNM di http://www.hasil.gov.my atau hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s