Safi Shayla Botanical Silk Penjagaan Rambut Berbaloi


I am what I am…….

Kali ini Mamable ingin berbicara mengenai syampu dan rambut. Korang tau tak rambut adalah aset yang sangat penting untuk dijaga. Kalau tak jaga sekaligus akan merosakkan penampilan seseorang. Jadi, adalah penting bagi setiap orang untuk menjaga rambut mereka kerana ia ibarat satu mahkota.

Mesti anda runsing jika mempunyai masalah kesihatan rambut contohnya rambut gugur, kulit kepala berminyak, kepala botak, rambut bercabang dan berkelemumur. So korang jangan risau, Mamable nak share pilihan syampu Mamable yang berbaloi dan 100% diformulasi botanical, zero paraben dan menjadikan rambut Mamable lembut, wangi, sihat dan cantik sekali!

Tiga variasi Safi Shayla Botanical Silk yang Mamable dah try iaitu :

  1. Safi Shayla Botanical Silk Silky Sheen Care – Organic Habbatus Sauda + Argan Oil + Rose Oil
  2. Safi Shayla Botanical Silk Intense Nourishment – Organic Habbatus Sauda + Argan Oil + Chamomile Oil
  3. Safi Shayla Botanical Silk Hair Fall Rescue – Organic Habbatus Sauda + Argan Oil + Sunflower Oil

IMG_4779

Nak tau kelebihan syampu-syampu ini, jom baca entri kat bawah ni……..

3 Variasi Safi Shayla Botanical Silk Dan Kelebihannya

Safi Shayla Botanical Silk Silky Sheen Care

Matahari adalah “musuh” utama rambut. Sinar ultraviolet melakukan kerosakan besar kepada helai jenis apa pun. Jika tidak menjaga rambut dan tinggal di bawah sinar matahari untuk masa yang lama tanpa perlindungan produk tertentu, maka helaian rambut menjadi kusam, nipis, rapuh, tidak bermaya, mula berpecah dan gugur.

Apabila Mamable berada di luar Safi Shayla Botanical Silk Silky Sheen dengan kombinasi Rose Oil memberikan pemulihan rambut yang rosak,  melindungi daripada sinaran UV, melembapkan dan melindungi kualiti setiap helaian rambut. Jangan kata yang berhijab tidak perlukan perlindungan, walaupun berada di dalam rumah, kita mudah terdedah dengan sinaran lampu dan penyaman udara. Ia membuatkan rambut kita mengering dan tidak bermaya. Oleh itu, Mamable amat mengesyorkan Safi Shayla Botanical Silk sebagai pelindung kepada rambut.

IMG_4783

Safi Shayla Botanical Silk Intense Nourishment

Mamable ada masalah kegatalan kulit kepala dan kelemumur tau. Of coz la kan semua wanita mendambakan rambut yang sihat dan cantik. Lurus dan panjang seperti model Jepun dan Korea gitu. Tetapi dengan Safi Shayla Botanical Silk Intense Nourishment dengan Chamomile Oil memberi nutrisi pada rambut, malah ia juga mengatasi kulit kepala kering, kegatalan dan jerawat di kulit kepala.

Baru dua tiga kali Mamable guna, rambut dan kulit kepala semakin sihat. Mamable amat rekomen Safi Shayla Botanical Silk Intense Nourishment pada mereka yang mengalami masalah yang sama seperti Mamable.

IMG_4781

Safi Shayla Botanical Silk Hair Fall Rescue

Rambut cantik adalah sesuatu yang semua orang inginkan, tetapi tidak semuanya cukup bernasib baik. Mamable nak bagitau ni dan anda pasti terkejut mengetahui bahawa Safi Shayla Botanical Silk Hair Fall Rescue + Sunflower Oil juga bagus sebagai nutrien penting dan asid lemak yang menjadikan minyak bunga matahari sangat baik untuk rambut. Kandungan 100% botanical yang diformulasikan daripada Sunflower Oil yang kaya sumber asid oleik, asid omega – 9 yang membantu kesihatan rambut dapat meningkatkan pertumbuhan rambut pada individu. Ia juga menghalang rambut daripada menjadi rapuh dan menghalang penurunan rambut, menjadikan rambut  lebih tebal.

Bukan itu saja, Safi Shayla Botanical Silk ini sangat ringan dan mudah diserap, oleh itu ia boleh dikatakan sebagai produk penjagaan rambut yang hebat. Ia menjadikan rambut berkilat dan menambah kilauan padanya.

IMG_4785

Cara MemBasuh Rambut Dengan Betul

Mamable basuh rambut 4 kali semimggu melainkan kalau Mamable rasa rimas. yang penting jangan lakukannya terlalu kerap. Ini kerana membasuh rambut terlalu kerap menghilangkan minyak semula jadi daripada kulit kepala anda, dan mengakibatkan kesan sebaliknya; akar rambut menjadi lebih berminyak. Ingat tu!

Rambut Mamable tak panjang dan tak pendek sangat…medium ajer. So amaun syampu yang sama dengan 1/4 daripada tapak tangan anda cukup untuk rambut anda. Hanya gunakannya sekali, agar rambut tidak menjadi berat.

Masa mencuci rambut, Mamable urut perlahan-lahan bermula dengan gerakan membulat, gosok syampu selama lebih kurang 20 saat. Biarkan syampu mengalir turun ke hujung rambut.

Selepas tu kan Mamable bilas dan letak perapi. Untuk resukt yang lebih baik Mamable menggunakan Safi Shayla Hair Mask. Korang hanya perlu digosok pada rambut dan hujungnya. Biarkan perapi itu terperap pada rambut selama 5 hingga 7 minit. Kemudian bilas hingga bersih.

Aktifkan peredaran pada akar. Semasa masih lagi berada di dalam bilik mandi, gunakan sikat untuk meleraikan kekusutan rambut perlahan-lahan, sentiasa dari hujung rambut ke bahagian tengah rambut.

This slideshow requires JavaScript.

Syokkan manjakan rambut seperti kita berada di salon. Siapa kata rambut mesti kaku tak bergerak? Dengan Safi Shayla Botanical Silk membuatkan rambut yang lembut dan beralun mengikut pergerakan anda!

Korang mesti tak sabar nak mencuba Safi Shayla Botanical Silk ni kan. Jangan risau kerana Safi Shayla Botanical Silk mudah didapati di semua hypermarkat, farmasi dan online shopping seperti Lazada dan Shopee.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s