Pengeluaran KWSP i-Lestari


I am what I am………

Korang, penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia ternyata memberi kesan besar kepada pelbagai aspek kehidupan kan. Keseriusan mengenai penularan wabak ini menyebabkan kerajaan Malaysia mengambil tindakan dengan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari kemudian baru-baru ni tambahan lagi 14 hari hingga 14 April ini. So #stayathome selama sebulan laaaa nampak gayanya.

Bagi meringankan beban kewangan rakyat berikutan penularan wabak COVID-19,  kerajaan telah mengumumkan satu inisiatif yang dijangka memanfaatkan sehingga 12 juta pencarum dengan jumlah pengeluaran dianggarkan bernilai RM40 billion iaitu pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh melakukan pengeluaran wang caruman akaun 2 melalui program i-Lestari secara dalam talian mulai 1 Mei ini.

Permohonan secara dalam talian itu juga boleh dibuat menerusi laman sesawang dan laman Facebook KWSP. Kaedah ini juga bagi mengelakkan kehadiran pencarum secara beramai-ramai di kaunter berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuatkuasa sekarang.

Kaedah pengeluaran secara dalam talian lebih efisien dan selamat selain boleh diproses dengan lebih cepat dalam tiga hari bekerja berbanding kaedah lain iaitu menerusi e-mel atau pos (secara manual) yang perlu melalui proses semakan terperinci selain mengambil masa lebih lama.

Langkah Mudah Daftar dan Keluarkan Caruman i-Lestari Dari Akaun 2 ...

Cara Memohon

Terdapat tiga cara ahli boleh mengemukakan permohonan.

  1. Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); ATAU
  2. Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my (Borang akan dimuat naik); ATAU
  3. Secara pos/pos berdaftar ke alamat di bawah:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Karung Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya
(Pengeluaran i-Lestari)

Siapa Yang Layak Memohon?

Permohonan pengeluaran i-Lestari hanya untuk golongan berikut:

  1. Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
  2. Berumur bawah 55 tahun
  3. Mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2

Bukan warganegara akan dibuka fasa 2 nanti (tarikh belum diumumkan).

*Ahli perlu membuat permohonan pengeluaran i-Lestari ini sekali sahaja dan pembayaran akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli.

KWSP (i-lestari) | Harian Metro

Soalan Lazim Asas Pengeluaran i-Lestari

Bilakah ahli boleh mula memohon Pengeluaran i-Lestari?
Ahli boleh mula membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020

Berapakah amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari?
Amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari adalah:

  • Maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan (1 tahun)
    (Tertakluk kepada jumlah simpanan di dalam Akaun 2 pada bulan permohonan dibuat)
  • Bayaran bermula dari bulan permohonan diterima oleh KWSP sehingga Mac 2021
  • Pengeluaran hanya boleh dibuat bagi tempoh 1 tahun (12 bulan) iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021 tertakluk kepada 2(i)
  • Bayaran Pengeluaran i-Lestari akan mula dibuat mulai Mei 2020

Bagaimanakah ahli boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari?
Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dikemukakan melalui TIGA (3) saluran berikut:

  • Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli seperti mana di 2(i)
  • Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); ATAU
  • Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my (Borang akan dimuat naik); ATAU
  • Secara pos/pos berdaftar ke alamat: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
    Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran i-Lestari)

Siapakah yang layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari?
Ahli-ahli berikut layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari:

  • Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap
  • Berumur bawah 55 tahun
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2*
  • Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)

*Tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat

Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya terhad kepada RM500 dan secara bulanan?
Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini. Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan

Mengapakah kekerapan Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?
Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan

Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?
Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut

Langkah Mudah Daftar dan Keluarkan Caruman i-Lestari Dari Akaun 2 ...

Bagaimanapun, Mamable ingin mengingatkan kepada semua pencarum supaya tidak mudah terperangkap dengan mana-mana sindiket penipuan yang sentiasa berusaha mencari peluang untuk menipu dan mengambil kesempatan daripada program i-Lestari ini.

Image may contain: text that says 'TERKIN 27/03/2020 Set soalan lazim dikemaskini (FAQ) telah Pengeluaran i-Lestari Pengeluaran bulanan bertujuan meringankan beban kewangan ahli Untuk maklumat lanjut, layari kwsp.gov.my KWSP EPF www.kwsp.gov.my'

Untuk sebarang maklumat lanjut, korang boleh menghubungi KWSP di:

Laman web : https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Facebook : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/

Instagram : https://www.instagram.com/kwsp_malaysia

Perlukan Bantuan?

Sila sertakan nombor ahli KWSP atau nombor kad pengenalan/pasport anda dan juga tajuk soalan anda semasa menghubungi KWSP.

Maklum Balas Pelanggan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s